dwaty

Wednesday, March 26, 2014

PETUA rambut gugur...

Assalamualaikum wbt...

Aku punya masalah rambut... rambut gugur... aku tak pasti sejak bila... yang pasti, kini semakin kritikal... pelbagai penjelasan yang aku terima ekoran permasalahan ni... ada yang cakap makanan punya pasal... ada yang cakap shampoo punya kerja... tapi bila dicampur aduk aku simpulkan... sendiri punya salahlah... nak salahkan benda lain plak... sendiri yang tak reti jaga rambut... huhuhu.... bengang???... yup!!! aku dah bengang tahap gaban dah ni... benganglah bila melihat rambut dimerata2... atas lantai... bawah katil... dalam bantal... stress sangatttt!!!!.... huh...bertambah gugurlah rambut macam ni... asyikkkk stresssss

dulu masa aku kecik2... aku punyalah berbangga dengan rambut yang aku miliki... masa tu aku tak pakai tudung lagi... yelah budak tak cukup baligh... hihihi... rambut plak panjang mengurai... kadang tu ada yang volunteer nak fesyenkan...tapi aku paling suka ikat tocang dari atas... dan tiap kali tu jugalah... rambut aku akan dipuji lebat hitam pekat melekat... bangga siot... bangganya serupa nak berlari2 anak sambil melibas2kan rambut.... hihi...

Namun bila semakin berusia... rambut aku juga semakin berguguran... gugurnya seiring dengan waktu... ketebalannya sudah tidak ketara... buktinya kepala terasa ringan... mujur rambutku jenis cepat tumbuh walaupun mudah gugur... aku fobia nak buat aksi 'guna jari pun boleh' kerana hasilnya... helaian rambut pasti terselit dicelahan jari... kalau pakai sikat??? Tak terbilang jumlah... sampai aku pernah terpikir... kalau rambut gugur ini dikumpul dah boleh jadi sepasang rambut palsu....

Dah macam2 cara aku guna termasuklah... sapu minyak kelapa... minyak zaitun... perah limau nipis pastu sapu kat rambut sambil urut2 manja... tetap juga tidak berkesan... sampai aku dah tak tau nak buat apa dan hanya mampu nyanyi lagu "kalau aku kaya... aku dah pergi Yu nam care"...hehehe

Masalahnya nak tunggu kaya entah bila... so, sementara menunggu tu, baik aku godek2 goggle petua rambut gugur... ada banyak petua... tapi aku tertarik dengan satu laman web yang mempromosikan produk rambut gugur... macam2 produk yang dijual tapi yang menarik perhatianku adalah tips penjagaan rambut yang diberikan secara percuma melalui emel... rupanya... bukan sahaja luaran... dalaman juga penting dalam penjagaan rambut... meh baca petua yang dorg emel kat aku...


Tips RambutGugur.com 

  • Mulakan dengan mengambil pil multivitamin dan multimineral yang baik! Jika Dwaty mengalami keguguran rambut yang kritikal, ia menunjukkan bahawa Dwaty kekurangan nutrient penting dalam tubuh Dwaty. Untuk menangani isu tersebut, amalkan diet pemakanan yang seimbang serta mulakan mengambil multivitamins dan multiminerals untuk menampung kekurangan nutrient di dalam badan dengan cepat sekaligus menghalang keguguran rambut. 
  • Dwaty boleh membelinya daripada mana-mana kedai pharmacy. Hanya perlu minta pada mereka pil multivitamins-multimineral yang senang meresap pada tubuh orang dewasa. Sebaiknya ambil pil yang kandungannya 100% bahan semulajadi dan halal. Ideanya adalah apabila badan Dwaty mendapat zat nutrient yang sepatutnya, ia akan dapat berfungsi dengan sempurna dan menghalang keguguran rambut berlaku.
  • Minum sekurang-kurang nya 10 hingga 14 cawan air setiap hari adalah satu lagi kaedah yang sangat baik untuk mencegah keguguran rambut. Air dapat bantu membuang toxin dalam badan. Toxin-toxin ini mungkin menjadi penyebab utama kepada masalah rambut gugur. Minum air masak atau sekurang-kurangnya air tapis yang tidak mengandungi klorin dan bendasing-bendasing yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan rambut yang subur.
  • Berhenti minum minuman berkafein. Kafein merupakan bahan yang diuretic, yang mana ia mengakibatkan seseorang itu membuang air kecil lebih daripada air yang diminum menyebabkan dehydration berlaku. Apabila dehydration berlaku, akar rambut akan menjadi kering dan perkara ini adalah salah satu punca utama masalah keguguran rambut berlaku.
  • Gantikan minuman kopi harian Dwaty dengan pengambilan jus buah-buahan, susu, atau apa-apa minuman yang tidak berkafein untuk rambut yang lebih sihat dan bersinar.
  • Pastikan tidur 7 hingga 8 jam setiap malam! Tidur yang cukup setiap malam adalah asas kepada kesihatan yang sempurna yang merangkumi  rambut Dwaty juga. Tidur adalah masa untuk badan "regenerate" dan "recover" daripada seharian bekerja, membuang toxin yang diserap, dimakan dan juga diminum. Tidur yang nyenyak membantu Dwaty mendapat tubuh yang sihat dan sempurna, dan juga mengawal keguguran rambut.
  • Kebanyakan orang jarang ambil kisah tentang jenis shampoo yang mereka pakai. Pemilihan shampoo ini amatlah penting kerana jika tersalah pilih, rambut akan jadi kering dan keguguran akan terus berlaku! Sentiasa gunakan produk penjagaan rambut yang baik dan bukan shampoo wangi sebarangan. Tambahkan produk penjagaan rambut yang istimewa dalam rutin harian dan Dwaty akan rasa "natural" selepas menggunakan beberapa hari. Menggunakan produk penjagaan rambut yang khas dan bagus adalah satu langkah penting untuk menghalang keguguran rambut. Jadi buat lah pilihan yang tepat ya!
  • Kerapkan memotong atau "trim" kan rambut yang rosak dan hujung rambut bercabang kerana ia boleh mengganggu proses pertumbuhan rambut dan dan mengakibatkan rambut menjadi rapuh.
  • Pastikan rambut dan kepala bersih sentiasa. Ia akan membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat. Kotoran minyak boleh menutup pori2 tempat dimana rambut tumbuh dan mengakibatkan kesukaran untuk rambut baru tumbuh. Bagaimanapun, tidak digalakkan untuk syampu rambut menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Ia boleh mengakibatkan kekeringan dan kerosakan rambut untuk jangka masa panjang. Sebaliknya, digalakkan untuk menggunakan produk syampu berasaskan Herba. Boleh didapati di website kami iaitu www.rambutgugur.com
  • Gunakan air suam untuk membasuh rambut. Jangan gunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk kerana boleh mengakibatkan rambut menjadi rapuh.
  • Jangan sikat, pulas, tarik atau kasar pada rambut dalam apa jua cara sejurus selepas membasuh rambut atau ketika rambut sedang basah. Akar rambut adalah lemah dan berpotensi untuk  rosak ketika basah.
  • Rawatan kimia seperti membuat Relaxing Rambut ternyata akan membuatkan rambut kerinting nampak lebih panjang dan lurus, tetapi ia juga akan serta merta melambatkan pertumbuhan rambut. Selain itu, Elakkan menggunakan produk styling rambut yang panas seperti iron rambut, hair-dryers, dan alatan rambut yang menghasilkan haba. Ia akan merosakkan rambut. Pastikan hair-dryer Dwaty disetkan pada suhu yang rendah. Bagaimana pula untuk memelihara rambut daripada kerosakan yang berpunca daripada haba? Gunakan lotion protein sebelum menggunakan hair-dryer tersebut. Boleh juga gunakan krim mutiara yang boleh didapati melalui website kami. Klik di sini.
  • Kaedahnya mudah sahaja, letak kedua belah tangan di atas kepala dan gerakkan jari-jari anda secara perlahan dalam arah seperti bulatan. Mengurut kepala dapat membuatkan kulit kepala anda berasa hangat dan lega - ia menunjukkan peredaran darah berlaku pada bahagian atas kepala yang akan membantu pertumbuhan rambut baru. Sebaiknya, apabila melakukan urutan, tambahkan "baja" pada jari-jari anda supaya ia dapat membekalkan nutrient yang diperlukan oleh akar rambut. Jadi, disamping nutrient daripada makanan yang kita makan, kita bekalkan juga nutrient terus ke akarnya untuk lebih cepat dan mudah diserap.
  • Tahukan Dwaty bahawa protein menguatkan akar rambut dan mengawal keguguran rambut? Makan makanan berprotein tinggi seperti yang ada pada daging, ikan, telur, avocado,  kekacang, dan juga sebaiknya tambahkan supplement protein ke dalam minuman anda.
  • Asid folic pula adalah sangat baik untuk kesihatan dan pertumbuhan rambut. Masukkan makanan yang tinggi kandungan asid folic di dalam diet pemakanan anda. Contoh makanan yang mengandungi kandungan asid folic yang tinggi adalah seperti kacang soya, sayuran hijau, dan juga karot.  


Psssttt : TAKZIAH buat semua keluarga penumpang dan anak2 kapal MH370... Semoga mereka tabah, redha dan percaya bila tiba masanya nanti ALLAH SWT akan tunjukkan kebenarannya... InsyaALLAH... Kita doakan juga keselamatan PARA PENYELAMAT yang sanggup bertarung nyawa dalam misi mencari... semoga dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Amin...

Saturday, February 8, 2014

Senarai Keperluan ketika mendaki Gunung Kinabalu...

Assalamualaikum wbt...

Entri pertama tahun 2014 aku sajikan dengan persiapan/senarai keperluan penting ketika mendaki Gunung Kinabalu yang dah hampir setahun aku daki... sepatutnya entri ini dipost tahun lalu... tapi ekoran kemalasan melampau yang melanda diriku... maka, entri ini sekadar menjadi penghuni draft untuk tempoh yang agak lama....hihihi

Sebelum aku share senarai keperluan yang aku bawa masa mendaki...  aku just nak bagitau yang aku ni sebenarnya spesis manusia yang kurang aktif... sejak dari bangku sekolah lagi... aku memang tak minat sukan-sukan ni semua... bagi aku memenatkan... tu yang mudah sangat jatuh sakit... antibodi tak kuat... tapi kalau bab jalan2... aku suka.. suka sanggaatttt.... hahaha... bawalah sampai hujung dunia sekali pun insyaALLAH aku akan ikut... dengan syarat cukup bajet... tapi kalau ajak aku bersukan... sekali dua aku ikut... masuk kali ketiga aku dah standby dah alasan2 yang munasabah berkonkrit... kekeke

Dalam tak minat bersukan tu... boleh plak p mendaki???... hah... yang ni kes lain sikit... aku join mendaki sebab rasa tercabar... boleh kata macam tu??? plus aku suka melihat keindahan cipataan YANG MAHA ESA...  so, masa nak mendaki tu aku cabar diri sendiri... kira paksa dirilah... kalau tak buat macam tu... sampai bila pun aku tak sampai kat atas tu... malu wei... orang sabah tak naik lagi Gunung kinabalu... mana aku nak letak muka...

Berjaya atau tidak aku sampai puncak, aku dah share sebelum ni pengalaman mendaki yang akan jadi kenangan sampai mati (PART 1, PART 2 [terdelete :'( ], PART 3, FINAL)...

Ok jom ke senarai keperluan yang aku bawa ketika mendaki...



1) PAKAIAN
Tak perlu bawa banyak pakaian... berat nak angkat... kalau nak bawa banyak juga... silakan... tapi silalah bawa banyak2 duit sekali... boleh bayar kat guide yang tolong angkatkan kalau penat... memula aku memang nak bawa banyak baju serupa nak gi melancong... sekali kena tegur adik aku... dia siap bertaruh lagi... yang aku takkan pakai semua baju yang aku bawa tu... so, sebelum dia menang... aku mengalah dulu...aku keluarkan semula baju dari beg.. reject mana yang tak berkenaan.... akhirnya tinggallah  2 helai baju... seluar slack sehelai... baju sejuk... selendang satu dan tudung malas satu... dengan pakaian ini jugalah kami gunakan untuk solat...

2) SARUNG TANGAN...
WAJIB bawa... kalau rasa diri reptilia so tak perlulah bawa... hahaha... kegunaan sarung tangan  adalah selain daripada melindungi tangan dari cuaca sejuk melampau... ia juga berfungi melindungi  tangan dari tercalar ketika menarik tali semasa mendaki... sarung tangan jenis kalis air sangat digalakkan... boleh dibeli di kedai DAISO dengan harga yang murah... nak lagi murah... just pinjam...

3) TONGKAT
Ini benda paling penting... kalau dia takde... aku tak tau macamna nak melangkah... entah2 dah kena angkat guide... hahaha... tongkat ni kira penyelamatlah... kaki ke tiga aku... cuma tak digalakkan bawa masa nak mendaki dari Laban Rata ke Puncak Gunung... kalau aku bawa juga mungkin akan menyusahkan coz kami banyak bermain dengan tali... dah pegang tali macamana nak pegang tongkat... takkan kepit kat paha plak... hihihi... kegunaannya sangat berguna masa dah nak turun... juga boleh dibeli dikedai DAISO 1Borneo...

4) KASUT...
Tapak kasut memainkan peranan penting... aku ada banyak kasut sukan... memula aku nak pakai jer kasut futsal... tapi atas nasihat my team beli kasut khas untuk mendaki... so aku pun carilah dekat shopping kompleks... bila dah jumpa... bapak mahal kasut tu... bukannya aku nak mendaki selalu kena beli yang mahal2... so aku tukar pikiran... beli kasut jogging biasa jer... janji tapak kasutnya kuat... kebetulan jusco ada sales... aku carilah kasut yang tapak kasut yang ku kira 10 tahun juga baru haus tapaknya... hihihi... dah pakai kasut... jangan lupa bawa stokit tebal... bawa lebih pun takpe...

5) HEAD-LAMP...
sila bawa touch light jenis ikat kat kepala atau nama saintifiknya head-lamp... coz ketika mendaki... tangan kita akan busy... terutama ketika mendaki waktu subuh menuju puncak... waktu gelap...  so, jangan susahkan tangan untuk pegang touch light...letak kat kepala kan senang... tangan boleh pegang benda lain... erk???? pegang apa??? pegang talilah... hahaha

6) COKLAT
apa barang bawa coklat??? itulah soalan aku bila disuruh bawa coklat... dari bawa coklat... baik aku bawa bekal masakan mak... banyak cantik nak bawa bekal... tengok dek pendaki lain... tak ker rasa bersalah melantak sorg2... so,. coklat adalah makan terbaik sebagai pengalas perut ketika mendaki... dan ternyata berkesan... aku tak tahu khasiat coklat dan kepentingannya coz aku tak suka sangat makan coklat... tapi ia sangat berguna ketika mendaki... salah satu tips mendaki supaya kekal bertenaga... makanlah coklat... takde coklat, bawalah makanan ringan yang lain janji ada yang boleh dimakan coz orang yang mendaki ketika lapar boleh hilang arah tau... dikhuatiri akan sesat... kekeke

7) YOKO YOKO
yoko yoko akan diperlukan ketika berehat di rumah rehat... masa ni lah badan akan rasa lenguh... sakit pingganglah... kaki tercabutlah... ubatnya... gunalah yoko yoko... tapi aku bawa sekali dengan minyak urut panas yang pedas tu... terbaekkkk...

8) PENADOL
sebenarnya... aku pun baru tau... ramai yang makan penadol ketika nak mendaki dari Laban Rata ke atas puncak Gunung Kinabalu walaupun masa tu kepala tak sakit... fungsi penadol ni just nak bagi badan kuat sikit... kalau tak makan pun takpe... tapi aku terpaksa makan coz badan aku lemah sangat masa tu... dengan tak cukup tidur lagi...

9) BAJU HUJAN
paling tak best mendaki jika hujan... tapi nak buat macamana kalau Allah dah nak turunkan hujan... thats why kena standby baju hujan... beli yang murah jer... kat DAISO pun ada...


pssstttt : ini persiapan buat mereka yang baru pertama kali nak mendaki... bagi mereka yang plan mendaki kali kedua, ketiga dan seterusnya... dah tak perlu kot... naik sehelai sepingan pun boleh..... hehehe
Related Posts with Thumbnails

ShareThis