dwatyKNY: RAYAKU RAYAMU JUA......

Friday, September 17, 2010

RAYAKU RAYAMU JUA......

Assalamualaikum sume.......
salam 1 malaysia.......


HRMMMM... ada yg tertggu2 a.k.a ternanti2 saya UPDATE blog saya kerrrrrr?????
mestila Xderrrrrr!!!!!!... perasan jerrrrrr %&*#^!
"awak tu blogger kecil-kecilan je lerrrrrr" 
ops.. terlebih sudah, saya x kata sapa2 tau... 'ayat tu' tuk diri saya sendiri... jgn terasa ya. maaf zahir batin..


dah 2 minggu saya x update blog saya, rasa cam 2 tahun plak. ni la akibatnya kalau dah KETAGIH.... siap termimpi2 lagi.... kalau ikut dari kesibukan, memang tak berkesempatan pun, tp saya ikut keinginan, so...saya nak update juga, saya nak cite juga, saya sempat gak jenguk blog member yg saya follow, mak aiiiii... raya sakan.. beb.


tahun ni, merupakan tahun pertama saya beraya sebagai BLOGGER....huahuahua, kelakar x ayat tu.. yelah, selalunya org akan kata... tahun pertama beraya sebagai isteri ke... beraya sebagai ibu ke.. beraya kat obersea ke.... beraya bla bla bla ke... tp ok apa... saya menghargai diri saya sebagai blogger... korg pun mesti pernah kata mcm tu kannnnn?????????


seperti yg korg tahu...yg tahu la, yg tak tahu, meh sini saya bagitau... saya cuti seminggu sebelum raya dan start keja balik pada raya ke-6.... so sempatla berpuasa bersama family n kengkawan.. terubatla juga kerinduan...


malam sehari sebelum raya, saya dan GENG BAS SEKOLAH... dah plan nak buka puasa kat rumah minah sorg ni... malang x berbau... tetiba blackout... ingatkan x bayar bil lektrik, rupanya seluruh bandar kegelapan.. ada ke patut dia kata kami yg malang. dtg2 jer blackout...sib baik saya dah abis makan... bak kata org tua dulu2.. pantang time makan blackout...sebabnya saya dah lupa la... kena tya mak balik ni... klu korg tau gitau la ya..


5 hari sebelum raya, saya n orang rumah ( familyla) berbuka puasa bersama2 P.RAMLEE...a.k.a Restoran Getaran Jiwa @ kota kinabalu... memg sedap...yg kurg memuaskan service lambat.. nasi dah habis, baru menu utama 'IKAN BAKAR' sampai, x boleh salahkan dorg jugak, coz bulan puasa, of course la busy...next time nak p lagi naaa...


kita rewind semula boleh??, 7 hari sebelum raya,...saya , my brothers n cousins, plan nak tgk wayang.. PIRANHA... 3D.. tp kami di maklumkan bahawa, filem ni x der 3d, ada ker patut, dalam TV kata ada, mana 1 yg betul ni????? abg saya siap nak gaduh lagi dgn budak cashier tu.. rasanya BUDAK BARU kot, yelah BUDAK LAMA sume dah balik kampung nak cuti raya, macam saya, HEHEHE... di sebabkan dah plan.. so kena tgk juga...tak kira la cite apa.. pilih punya pilih siap tilik,  STEP UP 3D, menjadi pilihan.... saya suka la... even dah tgk yg biasa punya... mestila saya lagi suka tgk yg 3D...wa cakap sama lu aaaaa... BEST GILERRRRRRRRR.....


aku yg kakak, tp nampak cam aku plak yg adik.....

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.


kalau dah malam tu  takbir berkumandang... maksudnya esok RAYAAAA... Korg nak tau tak dah berapa tahun saya x SOLAT HARI RAYA, asyik x dapat jer... maklumla, POMPUAN... ALHAMDULILLAH, tahun ni semangat giler nak pegi, tgk pic sebelah, muka berseri-seri...ewah, siap bawa ubat batuk WOODS lagi, perubahan cuaca la katakan, balik kampung jer terus demamla, selesemala dan yg paling teruk batukla.. rugi WOOOO... makn kuih raya pun sikit jer..huhuhu.. even yg dihidang sume 'KUIH TUNJUK' .




HARI RAYA PERTAMA
Adalah dalam 5 buah rumah saya ziarah, termasuklah rumah ex-cikgu, (gambar 2 dari kanan), cikgu dah pesan dah, kalau nak  datang, raya ke-3 bolehla... coz time tu cikgu buat open housela...tapi kitaorg ni degilla, nak juga datangHAH, ambik ko... BIHUN GORENG+KUIH RAYA... walupun ala kadar jer.. cikgu masak mmg sedap...3 kali tambah tu....


CANTIK x KETA VIVA PINK waaaa??????? atas permintaan ramai, saya uploadla gambar ni kat FACEBOOK, member ofis bantai gelak siotttt... siap bagi nama PINK PANTHER . aku tengok ok jer, senang nak cari kalau parking kat shopping complex.. dorg tu sebenarnya jealous.. HARI RAYA KE-2, keta ni la yg bawa kami sekeluarga pegi TAWAU.
HARI RAYA KE-2 = OTW KE TAWAU

"tinggi2 gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu"

ini adalah antara pemandangan yg cukup indah yang dapat disaksikan sepanjang perjalanan  nak pegi Tawau melalui jalan darat, GUNUNG KINABALU, walaupun mengambil masa 8 jam, rasanya x rugi, coz boleh berhenti sambil melihat keindahan ciptaan YANG MAHA ESA...

HARI RAYA KE-3

korg x rasa hairan ker??? apsal kami sekeluarga sanggup menghabiskan masa 8 jam perjalanan yg agak lama pada hari raya semata-mata nak ke tawau???? citenya mcm ni, saya ada 3 org abang, KEMBAR 3, meninggal semasa di lahirkan akibat x cukup bulan, di semadikan kat tawau , tapi x dapat dijejaki coz hanya arwah nenek sahaja yg ada semasa pengkebumian..hasil siasatan dgn bertanyakan saudara terdekat akhirnya jumpa gak.. dan hajat mak tahun ni mesti ziarah pusara arwah abg2 saya tu termakbul...

rumah pertama yg kami kunjungi selepas balik dari ziarah pusara abg, iaitu rumah kakak angkat saya, dah lama x datang, so ingat2 lupa rumah ni, sib baik x SALAHmasuk rumah... kalau SALAH pun, apa SALAHnya, kan hari raya... kot2 dapat duit raya.. hehehe

Kami berkesempatan menziarahi rumah IBU SUSUAN abg saya buat pertama kali nya.. rasa cam jejak kasih plak.. abg saya dah 27 thn, baru dapat jumpa ibu susu yg merupakan seorg BIDAN, ibu kepada 9 org anak lelaki.. beliau juga la yg menyambut saya semasa dilahirkan.. nasib baik sambut jer, tak bagi susu... ada chan la jadi EHEM2????? haha gatal..

NORMALLY, tawau ni, pukul 7 jer dah  tido.. sepi, tp time balik dari beraya jer tetiba kami terdengar bunyi bising like konsert gitu.. rupa2nya ada FUN FARE, "alang2 menyeluk pekasam, kami pun nak juga melaram",x salah kan????

HARI RAYA KE-4 = OTW BALIK KK

Tiada kata yg mampu ku ungkap kan kecuali.. SUBAHANALLAH


tak sangka dapat tengok PEALNGI otw nak balik kk.. nampak x???? tepi sebelah kiri, tgk guna HATI bukan guna MATA... hehe...klu x nampak juga.........?? x dape nak nolong

HARI RAYA KE-5 =  BALIK KE PANGKAL JALAN

ni first time saya take picture dari atas kapal terbang tau.!!!!! ni pun berkat doa saya, minta di berikan tempat duduk tepi tingkap. senang sikit nak capture...5 hari beraya kat KK rasanya x cukup, ramai lagi rumah kawan yg x dapat nak ziarah... tapi saya happy sangat coz ni la kali pertama saya BERAYA SAMBIL MELANCONG...  lepas ni saya akan BERKURSUS SAMBIL MELANCONG plak...

2 comments:

Related Posts with Thumbnails

ShareThis