dwatyKNY: AKU dan NOVELLa

Tuesday, November 9, 2010

AKU dan NOVELLa

aku dan NOVEL memang tak dapat di pisahkan... 'bagai aur dengan tebing'... hobiku dikala masa terluang, semestinya membaca novel... hobi baru pulak, tulis BLOG!!!! hehehe... aku mengenali APA ITU NOVEL? sejak berada di tingkatan 4 lagi.. masa tu kalau tak silap... dah nak habis penggal kedua sebelum bermulanya cuti sekolah... baru sahaja selesai EXAM... budak2 sekelas yang lain especially budak lelaki yang 'dajal' dah ada yang ponteng... malas nak datang sekolah coz cikgu pun ada yg dah tak masuk mengajar... tapi kami budak pompuan still datang... tak nak rekod buruk la katakan... 

Datang sekolah tapi tak buat apa2 rasa rugi pulak...   daripada memekak tak tentu pasal, main kejar2 dalam kelas, gosip sana sini, ada baiknya baca buku... MENBACA KAN JAMBATAN ILMU... bezanya, kalau time study bawa buku text, nak dekat cuti bawa novel... hehehe... time study OTAK penuh dengan sejarah, matematik, puisi, teori dll, time cuti SEKALI SEKALA kena cuci juga otak tu dengan buku JIWANG pulak... ni pun kira ilmu apa!!!... "ilmu ke alam dewasa"... tapi disebabkan SEKALI SEKALA tu la akhirnya menjadi KETAGIH....

NOVEL pertama yg saya baca, pinjam dari member yang duduk sebelah saya masa dalam kelas dulu... novel remaja, tp dah tak ingatla tajuknya... alah, novel yang KAREKTERnya si budak kembar tu, novel ni memang tebal dan terlaris... ada pulak part 1,2,3,4 dan seterusnya, yelah si penulis menceritakan watak si kembar dari umur 13 hingga habis sekolah... yang sedihnya saya tak sempat baca sampai buku yang last... coz time tu dah sibuk nak ambik SPM... so kena concentrate dengan study... agak lama juga saya tak baca novel selepas itu, nak beli tapi 'meo chan' la(takder duit) coz tak keja lagi masa tu.. FRESH!!!!

apa yang saya mampu ialah pinjam... saya ingat lagi ada sebuah kedai, dimana kita boleh meminjam novel selama seminggu, masa nak pinjam tu kita kena bayar harga asal novel tersebut dahulu, tp selepas kita pulangkan semula novel tu, duit kita juga akan dikembalikan dan  hanya di kenakan bayaran 20% dari harga asal... kira berbaloila juga, sesuai dgn kemampuan saya, tapi sejak saya mula "PEGANG DUIT SENDIRI" ni, sejak itu jugala saya mula beli novel sendiri... dah tak pinjam2 dah... bilik saya dah penuh dengan koleksi novel... apa tidaknya, sebulan=sebuah novel..

sekarang ni jer... dah kurEng sikit beli novel, pinjam dari member ofis dan housemate jer... kesibukan kerja membatasi segalanya... sume novel yang saya beli akan saya bawa balik kampung untuk disatukan dengan novel2 yang lain... disebabkan terlalu banyak novel yang dah di baca, saya sampai terlupa novel yg saya pinjam tu dah baca ker blom??....


NOVEL dahulu DAN sekarang,
yang mana lagi BEST


Hah kalau tanya saya.... novel dulo2 lagi BEST!!!, baca berulang2 pun tak boring walaupun kita dah tau jalan ceritanya.... KENAPA EK????... agaknya dulu2, sebulan berapa sangatla novel yang diterbitkan, so boleh baca semua sekali.... novel terdahulu juga rasanya lagi menyengat... tidak hairanla kalau novel2 sebelum ini masih dicetak atas permintaan para pembaca... tak macam sekarang ni, novel baru yang diterbitkan macam pisang goreng panas!!!... kalau dulu, just keluaran ALAF21, sekarang ni, MACAM2 ADA... banyak persaingan, sampai kan saya sendiri tak tau nak pilih yang mana satu the best....  


Dan sekarang ini pun kita lihat, DRAMA dan MOVIE, ada yang di adaptasi dari NOVEL... telah banyak drama yang ditayangkan, penulis skripnya adalan penulis novel sebagai contoh SHARIFAH ABU SALEM....

 

Prince Charming.... novel yang baru sahaja saya habis khatam... cerita budak sekolah, lawak dan tak boring... teringat kenangan zaman sekolah... tapi cerita ni ala2 cite KOREA gitu, BOYS OVER FLOWERS.... versi melayu... mungkin disebabkan penulisnya RATU BULAN yang minat sangat dengan cite dari NEGARA 4 MUSIM ni... 


NIJMI, REZZA, NAZRUL, NURUL, FIQ
ni watak dalam Prince Charming yg saya kategorikan mengikut karekter dlm 
Boys Over Flowers... 


OK la guys... tak kirala buku apa yang kita baca... yang penting ada ilmu dan pengetahuan yang kita dapat, termasukla novel... sesetengah penulis seperti ANIS AYUNI... apabila menulis, beliau akan selitkan tempat2 yang pernah di kunjungi... sekaligus memaklumkan pembaca tentang DUNIA LUAR.....

marila membaca bersama...

2 comments:

  1. byknya novel..blh bukak mini library ni

    ReplyDelete
  2. BOLEH... rasa cam nak sewakan pun ada... hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis