dwatyKNY: melancong @ melencong??

Friday, November 19, 2010

melancong @ melencong??

YE..YE CUTI SEKOLAH!!! Apa ker jadahnya, cuti sekolah dengan saya... saya bukannya BUDAK sekolah yang boleh cuti panjang, kalau dilihat dari belakang tu adala ala2 budak sekolah sikit dan saya juga bukannya CIKGU sekolah yang boleh bercuti bila tiba musim cuti sekolah... actually cuti sekolah tak ada kaitan pun dengan saya tapi sangat merunsingkan bagi ibubapa diluar sana... tidak keterlaluan kalau saya katakan rata2 ibubapa sebenarnya lebih suka bila anak mereka bersekolah dari bercuti... BETUL TAK???

Banyak benda nak kena pikir bila tiba musim cuti... yang nak melancong tu nak MELANCONG kat mana??? yang tak melancong tu pulak nak MELENCONG ke mana??? terlepas pandang jer.. anak pun dah entah kemana?.... so pesanan saya....

"ibu-ibu, bapak-bapak,
semua yang ada di sana, 
tolong tengok-tengokkan anakmu,
pegi mana? dengan siapa? juga buat apa?
cuti sekolah ini".. 
(versi wali band, cari jodoh)

Baru2 ini saya dikejutkan dengan satu video kat FACEBOOK, "AKSI CIUM MULUT MELAMPAU TEPI JALAN"... sekali pandang BUDAK REMAJA, dua kali pandang BUDAK SEKOLAH, tiga kali pandang BUDAK MELAYU... apa nak jadi budak sekarang, pelakon utamanya tanpa segan silu bercium di khalayak ramai.. pelakon pembantunya pulak BENGONG, yang pegi rakam tu kenapa?? 

KORG mesti dah tgk video ni kan... yang tak pernah tengok tu... tak perlu susah2 nak cari LINK kat post entri saya ni... coz saya memang tak letak pun.. merosakkan blog saya jer... HEHEHE... bukannya tak nak SHARE... tapi menambahkan dosa jer kalau saya pertontonkan kpd anda, saya ni yang tengok pun rasa macam nak muntah... GELI... kalau nak tengok sangat cari sendirila ya... hehe... Dalam kes ni sapa yang patut disalahkan??? 


CIKGU = coz tak ajar pun tak bleh cium2 kat sekolah
MAKBAPAK = coz bagi kebebasan sepenuhnya 
KAWAN = coz punya minat yang sama
PERSEKITARAN = coz tak nak ketingalan zaman
TEKNOLOGI = coz menggunakan kemudahan sedia ada
DIRI SENDIRI = tak reti nak pikir yang mana baik dan yang mana buruk

Ermm entahla... bagi saya, sume berperanan penting... CIKGU kenala selitkan isu2 semasa dalam subjek yang di ajar kat sekolah... MAK BAPAK kenala tanya si anak, cuti sekolah nak buat apa? daripada melepak baik gi kerja part time... yang si KAWAN plak nak buat dajal buat sendiri dah la, barula namanya SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG...  dari segi PERSEKITARAN, yang baik jadikanla teladan, yang buruk jadikan sempadan... TEKNOLOGI tu adik2, kakak2, abg2 untuk diguna bukan disalahguna....


Dan yang paling penting DIRI SENDIRI... korg dah besar, ada sekolah, SENDIRI MAU INGATla... takkan sume nak kena ajar... baru la jadi anak yang berguna... sejuk perut ibu mengandungkan kita sembil9n bulan...


ape2 pun sempena CUTI SEKOLAH ni... JOM kita CUTI2 MALAYSIA... disamping merapatkan silaturahim, kenali negara kita sendiri... yang nak MELANCONG kat SABAH...  dialu-alukan,  SABAH banyak PULAU...  BEST!!!! OPPSSS hampir terlupa, kpd UOLLS saya nak ucapkan.. 

Selamat Hari Tandas Sedunia... 
Jangan Lupa FLUSH Lepas Guna... 

Baru tahu ada HARI tuk TANDAS..

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

ShareThis