dwatyKNY: di sebalik...'SUMAAT'

Thursday, December 23, 2010

di sebalik...'SUMAAT'

office ku kecoh hari ini hanya kerana satu perkataan iaitu 'SUMAAT'... semua ni angkara akak yang duduk di hadapan aku ni la yang mulakan... kami dok tengah buat kerja, tetiba di sebutnya perkataan tu... apalagi, yang paham maksud tersirat disebalik perkataan tu, especially yang dah kawen gelak sakanla.. yang bujang2 ni pulak tak paham...

first dengar akak tu sebut... aku pun ikut blur... bunyi dah lebih kurang 'SELAMAT'... nama orang ke SUMAAT tu??... tetiba aku rasa macam pernah dengar jer perkataan tu, tp dimana ya???... aku pun perah la otak yang tengah serabut ni... kot2 boleh ingat... perah punya perah, akhirnya aku tersenyum sendiri...

kemudian, aku dengar akak tu sebut lagi kali ke-2, aku mula tergelak2 tp dengan sound yang aku sendiri jer dengar... pastu disebutnya lagi kali ketiga, aku dah tahan, bantai gelak la sekali dengan dorg... huahuahuahua, kahkahkah... dengar jer aku tumpang gelak, akak2, abg2 yang paham maksud disebalik perkataan sumaat tu, terus toleh belakang pandang kat aku... "awat hang gelak??, paham dak??... aku tak kata apa2, hanya mengangguk...

sorg budak baya aku, tak puas hati... dia mai kat tempat aku tanya apa maksudnya... aku suruh la dia tanya kat akak yang sebut tadi.. tp dia sibuk dok tanya aku juga... seganla wei aku nak cakap... so aku diamkan jer, sambil tersengih2... dia siap buat muka kecian lagi tu... tp aku tak layan... hikhikhik...

korg tau tak maksud SUMAAT tu??? tak tau... ok, dengan korg aku cite!!! tapi, cite ni untuk 18 tahun ke atas jer tau!!!!! aku pun tahu dari majalah... diolognya aku lupa2 ingat, so aku cite ikut versi aku jerla ya!!!

mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang baru berkahwin... nama pun pengantin baru, so 'teruja' lebih... setiap hari pegi keja asyik rasa letih jer... kat office plak rasa lemah dan ngantuk sebab tak cukup tidur... macamana tak letih kalau malam2 buat 'projek'... tu pasalla lemah angota badan...hehehe... akibatnya, suami isteri ni mengalami ganguan kesihatan... lalu mereka pun pegila berjumpa dengan doktor pakar tuk dapatkan nasihat... setelah diperiksa, doktor pakar tu pun bagitahula puncanya disebabkan terlalu kerap 'bersenam'... suami isteri  ni hanya tertunduk malu...

doktor : macamnila, saya nasihatkan kalau boleh jangan selalu 'overtime'... dalam seminggu, 2 kali jer %@$%&*$#...
suami : hah!!! 2 kali jer???... 
doktoryup... dan untuk memudahkan mengigat, saya sarankan 'overtime' pada hari yang bermula dengan huruf 's' sahaja iaitu selasa dan sabtu...

malam pertama dan kedua, saranan doktor mereka penuhi walaupun hati meronta... tapi malam ketiga, si suami mula gelisah di pembaringan... dia mendekati isterinya yang sedang tidur... si isteri yang tidur2 ayam seperti paham akan maksud si suami... belum sempat suami menyentuhnya... dia pun bersuara dengan mata yang masih tertutup...

isterimalam ni malam apa bang???
suamimalam 'SUMAAT'...

dengan serta merta si isteri terus terduduk....

5 comments:

  1. salam

    kekeke... dh pernah dgr lawak ni, baca byk kali pun leh tergelak lagi...

    ReplyDelete
  2. hahaha..macam2 helah ye,malam J pn leh tukar malam S, dokter tu yg salah info agaknya..kan malam yg disunatkan tu..(baru tau)

    ReplyDelete
  3. MLD... kihkihkih
    DINAZ... rasanya doktor tu non-muslim kot... tu yang tak tau... hehehe

    ReplyDelete
  4. kahkahkahkah...memang kelakar...;d

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis