dwatyKNY: movie 'MAYANG MENGURAI' best...

Friday, December 3, 2010

movie 'MAYANG MENGURAI' best...

Tercapai juga hasrat nak tengok FILEM 'MAYANG MENGURAI' versi OMPUTIH ni... RAPUNZEL.. ingat kan tak sempat... maklumla banyak sangat filem yang ditayangkan seiring dengan movie ni... tak tahu nak tengok yang mana satu dulu... apa2 pun filem MELAYU diutamakan... 2 ALAM  NYANGKUNG!!!! 

Seperti yang dijangka!!! cite ni memang best!!! seawal masuk panggung sampaila habis... "TAK KERING GUSI"... gelak jer memanjang!!! ceritanya agak berbeza sedikit dari cerita asal yang kita biasa tengok masa kecik2 dulu... walaupun di ubah tp still best!!!

TAK TENGOK LAGI???? rasanya semalam tayangan akhir... ye ker??? memandai jer aku ni!!!... Don't worry  saya dengan baik hati akan cite SINOPSIS nya....
Movie ni mengisah kan tentang seorang gadis.....

RAPUNZEL nama diberi...
anak kepada RAJA dan PERMAISUri...
Kelahirannya hampir meragut nyawa ibunya sendiri...
mujurla 'BUNGA EMAS' menyelamatkan kedua2nya sekali...

 lengkap serangkap pantun

kesan daripada 'air BUNGA EMAS' yang diminum oleh ibunya menyebabkan RAPUNZEL memiliki rambut yang sangat istimewa iaitu selain berwarna perang, rambutnya juga akan bercahaya apabila dia menyanyikan sebuah lagu khas (aku tak hafal lagi lagu tu)... disamping itu, rambutnya juga dapat mengubati penyakit dan awet muda...

Sebut pasal awet muda... sape yang tak nak!!! termasukla NENEK KEBAYAN ni... sangup buat apa saja untuk kekal muda... (botox tak de lagi masa ni) disebabkan tak dapat bunga emas... maka sasaran nya ialah rambut RAPUNZEL... malangnya, sebaik sahaja dia memotong beberapa helai rambut si REPUNZEL ni.... rambut itu telah bertukar warna.... so, nak rambut kena ambil orangnya sekali.... 

Rapunzel telah diculik sejak baby lagi... dia dibawa ke sebuah menara yang tidak diketahui oleh sesiapa pun... sehinggala dia berusia 19 tahun.... rambutnya di biarkan panjang supaya nenek kebayan tu sentiasa muda, selain digunakan sebagai tali untuk naik ke menara... 

nenek kebayan ni bukannya selalu ada pun tuk teman si repunzel... dah dia tak izinkan rapunzel keluar dari menara, so diala yang kena kuar cari makan... 

Di menara, iNi la dia peneman setia rapunzel... sekali pandang ingatkan katak, dua kali pandang rupanya sesumpah... comel tak??? nama sesumpah ni... PASCAL... tidak boleh bercakap... tp memek mukanya sudah cukup menghiburkan sesiapa saja yang menonton... ekspresi ditunjukkan dengan menukar warna kulitnya.... untuk pengetahuan korg.. Rapunzel ni punya keinginan untuk melihat 'tanglung'... tapi tidak mendapat keizinan dari 'mak' nya...

kita berkenalan dengan HEROnya pulak... cerita repunzel zaman dulu... heronya adalah seorang putera, tp yang ini, heronya seorang anak yatim, pencuri pulak tu... sangat dikehendaki kerana telah mencuri CROWN (rapunzel punya) dari istana... EUGINE nama sebenar tp nak glamor punya pasal, dia gelarkan dirinya sebagai FLYNN RIDER... 

Selain diburu oleh pegawai istana, Flynn juga dikejar oleh rakan2nya sendiri... kira 'kawan makan kawan' la ni... khianat... yelah sama2 mencuri... tapi 'makan' nak sorg2... kebijaksanaan FLYNN menyebabkan  dia dapat melepaskan diri dari diburu dan dikejar... tapi tak sangka rupanya ada seekor kuda  dari istana yang tak putus asa langsung untuk menjejakinya... lari punya lari, akhirnya si flynn ni sampaila kat menara tempat tinggal rapunzel....

Sebab dah biasa panjat2 rumah org, menara tu kira kacang jer la nak naik... tp si flynn ni tak tahu ada yang menunggu dia kat atas....  PANGGG!!!!! ambik ko!! tamparan bontot kuali...  pastu diikat kat kerusi dengan rambut... HAH 'PART' ni mmg lawak la... siap kena sumbat masuk almari lagi... ni semua si PASCAL punya pasal la... bagi gambaran kat rapunzel, lelaki yang menceroboh rumah mereka ialah org jahat...

Niat hati Rapunzel nak SURPRISE kan kat 'mak'nya (nenek kebayan) yang dia telah menangkap  seorang penjahat yang menceroboh masuk ke menara mereka... tapi tak sempat bagitau alih2 dia pulak kena marah... nenek kebayan tu ingatkan si repunzel ni nak minta izin tengok tanglung lagi...  so repunzel pun minta "something" (aku lupa apa) sebagai hadiah hari jadinya yang ke 19 tahun...

Dipendekkan cerita... nenek kebayan terpaksa pergi selama 3 hari untuk mencari "something" yang si rapunzel ni minta... dan  repunzel pulak membuat tawaran kepada FLYNN untuk membawanya keluar dari menara supaya dapat melihat tanglung... dan sebagai balasan... dia akan menyerahkan semula CROWN (si flynn curi dari istana) yang telah disembunyikan... 

Di awal perjalanan, mereka di temukan  dengan MAXIMUS iaitu kuda istana yang mengejar FLYNN RIDER sehingga ke menara dulu... siapa sangka repunzel dapat menjinakkannya... mereka juga bertemu dengan sekumpulan SAMSENG yang baik hati...

Apakah yang berlaku sepanjang perjalanan??? dapatkah rapunzel melihat "TANGGLUNG" yang di impikannya selama ini???... semuanya akan terjawab apabila anda  sendiri pergi menontonnya kat panggung yang berdekatan... saya dah tak larat nak cite....

Malam ni pulak... Saya and THE GENG akan terjah GSC MID VALLEY just for...

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

selamat berhujung minggu!!!! 

script by...

4 comments:

  1. cm best jerr..
    p xske sgt la lyn kartoon kt wyg.. :PP ..

    ReplyDelete
  2. mmg suka layan katon ni....
    hope dpt tgk la.....
    nak gi tgk kat wayang takut terberanak lak kat wayang nanti...huhuhuhu......

    ReplyDelete
  3. erm,
    rajinnya nonton wayang...
    hu2x

    ReplyDelete
  4. ZAKY.sekali sekala layan cite karton best gak....
    wanie.. best gak kalau dapat baby girl rambut panjang...
    dzul.. nonton wayang tu dah kira wajib... mengisi masa lapang... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis