dwatyKNY: CINTA YET-YET...

Tuesday, January 18, 2011

CINTA YET-YET...

Salam sume...
tak sempat nak wish MONDAY BLUES semalam....
sibuk dengan 'ROADSHOW  MASA DEPAN'

apa2 pun....
selamat bertugas bagi mereka yang bekerja...
dan selamat bekerja bagi mereka yang bertugas...
menariknya minggu ni ialah...
kita kerja 4 hari sahaja...
YAHOO MESENGER!!!!!
coz hari khamis kan THAIPUSAM...
Tapi aku rasa cam nak buat 'dajal' plak...
jumaat cuti sekali....
hikhikhik....
so keja 3 hari jer la...
"hai senangnya dalam hati....lalalalalala"

stop bab cuti... 
beralih kepada bab segmen abg BEN iaitu CINTA MONYET= dah tutup la wei!!!!!!
baru jer aku nak pecah rahsia!!!!...
tak per la....
AKU NAK CITE JUGA!!!!


cinta monyet lazimnya dikaitkan dengan cinta zaman sekolah @ cinta budak hingusan...  cinta monyet ku tidak seindah mimpi dan juga tak semanis impian.... bermula di tadika... tapi aku nak cerita zaman akil baligh iaitu zaman sekolah menengah punya... 

aku meminati seorang budak lelaki ni R bukan nama sebenar sejak form 1 lagi... kiranya aku masuk sekolah menengah jer dah jatuh cinta pandang pertamala... dasar gatai... yang lebih mengembirakan hatiku apabila kami ditakdirkan sekelas... semangat pegi sekolah, apalagi berkobar2la...

nak kata R ni handsome macho, takla sangat... sedap mata memandang jer... orangnya tinggi, hitam manis, mesra alam.... senyumannya pulak lemak berkrim disukai ramai termasukla aku yang confirm2 cair punya... dan aku pulak yang pada masa itu dalam kategori pendiam kuno tahap skema hanya mampu memerhati pujaan hati dari jauh.... huhu

satu yang aku respect kat R ni... dia berkawan tak kira pangkat, rupa, pandai atau tidak seseorang itu... selama 3 tahun sekelas dengannya, aku la 'kaunter pertanyaan' apabila dia musykil dalam subject MATEMATIK...

masuk form 4, aku masih tak mampu luahkan perasan kerana tak mahu digelar 'perigi cari timba'... nawaitu tu ada, cuma tak berani coz aku tahu, R tidak menaruh minat dengan mana2 budak pompuan termasukla aku... 

pada masa yang sama, seorang budak lelaki pulak S bukan nama sebenar, iaitu bestpren kpd R menaruh hati kat aku... bukan aku yang cakapla... tp bestpren aku yang cakap... dia perasan pun melalui cara S ni pandang aku, usik aku.... dan aku yang tak tahu apa2 layan jer... tapi bila aku mula perasan tindak tanduknya... aku mula menjauhkan diri.... coz aku tak suka dia, aku suka kawan dia!!!  

selama 5 tahun aku bertepuk sebelah tangan, tiba2 aku dikejutkan dengan berita, R couple dengan budak kelas sebelah!!!! "hancur hatiku mengenang dikau.... menjadi keping2......" dan bermula saat itula, aku ingin fokus sepenuhnya pada SPM... aku berazam, no more cintan cintun, tak kira la yang datang tu R ker... S ker... T ker... U ker... even Z pun aku tolak tepi...

tapi siapa sangka, muncul pulak SECRET ADMIRED..... mesti bagi surat cinta kan???? oh tidak!!! budak ni tak main surat2 cinta !!!! dia guna orang tengah iaitu ketua kelas ku untuk sampaikan salamnya padaku... pelik ada, bangga pun ada... nak buat cammana dah org tu minat kat aku, sambut je la macam biasa, waalaikumsalam.... tak sambut kang berdosa...

masuk minggu seterusnya... semakin banyak pulak kiriman salam yang ku terima... sampaikan aku tengok muka ketua kelasku macam nak tak nak jer sampaikan salam... hah!!! kan dah padam muka, bila aku tanya sape gerangannya, tak nak bagitau.... yang buat aku marah!!!  apsal budak tu tak nak jumpa aku sendiri face to face... pastu asyik kirim salam jer... kirimla nasi lemak ker... air sirap bandung ka???

desakan bertubi2... akhirnya ketua kelasku memaklumkan bahawa, 'secret admired' tu adalah rakan sebiliknya di asrama yang juga merupakan junior kami iaitu budak form 3.... hasil selidikan ku pulak, budak junior ni ialah adik angkat kepada bestprenku....

kalau ditanya adakah aku masih suka dengan R??? jawapannya TIDAK!!! walaupun aku tahu dia masih bujang... hehehehe... kami still keep in touch melalui FACEBOOK... S pula dah lama tak dengar berita... manakala si budak junior hilang tanpa dikesan....

peminat misteri yang juga punya secret admired

6 comments:

  1. whoaa.. sggh tragik skali.. hehee

    ReplyDelete
  2. kalau nak dikenag cinta monyet yg manis2 gitu best jugak...sesekali melayan perasaan...kenapa tak cari sijunior tu..Fb kan ade?

    ReplyDelete
  3. kak lady... kena ambil gambar monyet gak...
    ninaz... ada gak tya dengan kakak angkat dia tp.. dia pun tak tau... hehehe

    ReplyDelete
  4. cinta monyet kalau dingat kekadang ketawa sendiri...;d

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis