dwatyKNY: KELAKAR tapi MERBAHAYA

Sunday, January 30, 2011

KELAKAR tapi MERBAHAYA

Assalamualaikum sume....
wah !!!! seronok nampak!!!!
almaklumla dah cuti....
seminggu pulak tu....
mengalahkan orang yang nak sambut CHINESE NEW YEAR...
kalau tak balik kampung....
mesti korg plan nak pergi berCUTI-CUTI MALAYSIA kan?????
"aiyah!!! ini liang moi aaaa!!! sudah dapat angpow maaaa!!!
mestila mau nyalan-nyalan.... lagi mau tanya!!!"

ye tak iye juga kan... dah dapat 'angpow' + cuti = time macam ni jer la kita berpeluang 'jalan2 makan angin' dengan family... CNY tahun lalu aku 'sambut' kat kampung... tahun ni aku tak balik... so, inila masanya aku nak merealasasikan impian, merangkap azam tahun baru aku iaitu nak raund2 malaysia...hehehe

bulan ni jer aku dah melawat 2 negeri... MELAKA and JOHOR... negeri seterusnya masih dalam perancangan... insyaallah raya cina ni la... actually last year, aku dah pun jejakkan kaki kat MELAKA dan JOHOR ni, tp disebabkan masih belum puas, aku kembali lagi untuk meneruskan penerokaan.. entri kali ni, aku nak cite pasal ni la... tapi sebelum aku cite bab aku jelajah NEGERI DARUL TAKZIM... aku nak bagitau kat korg pengalaman yang aku alami semasa melancong di BANDAR BERSEJARAH dulu....

first time pegi MELAKA pertengahan tahun lalu... time tu melaka sangat meriah kerana menjadi tuan rumah SUKMA... dan aku pulak sangat teruja melihat Melaka dihias di sepanjang jalan.... aku dan 4 org member ofis ke Melaka bukan disebabkan kami terlibat atau mengambil bahagian dalam acara SUKMA... tp kami ke sana atas urusan kerja iaitu berkursus...


3 hari kat melaka macam2 perasaan dan pengalaman yang kami rasai... 

EXCITED sebab dapat menginap di HOTEL SERI COSTA.... 



GEMBIRA dapat naik beca... 



BOSAN dengar ceramah kursus...


SEDIH coz tak dapat naik taming sari....
dan satu peristiwa yang tak mungkin kami lupakan...
iaitu peristiwa yang sangat KELAKAR tp MERBAHAYA.... 
KAMI TERTIDUR DI TRAFIK LIGHT... time tu lampu isyarat MERAH... kami yang aku maksudkan ialah aku dan 3 org member selaku penumpang dan driver yang memandu ketika itu... kalau setakat penumpang yang tidur.. takpe la juga tapi ni dengan driver sekali tertidur... huahua 

kami dikejutkan pun dengan bunyi HON yang bertalu2.... bila kami tersedar jer kereta yang berada di hadapan dah terlalu jauh hampir tak kelihatan... bila diingat kembali memang terasa lucu... nasib baik driver tak tertidur masa tengah drive... palis2 minta di jauhkan...

pengajarannya disini, berhenti di petronas for coffee break dulu untuk hilangkan ngantuk sebelum memulakan perjalanan jauh... "ingatla orang yang tersayang"


kali ke2 ke melaka awal tahun ni... tak seEXCITED yang pertama... sebab dah pernah datang... apa yang berbeza pun dapat makan di MEDAN SELERA MUARA SUNGAI DUYUNG walaupun plan sebenar nak pegi UMBAI, tapi jauh sangat... kami stay 2 malam kat HOTEL MAHKOTA dan yang SEDIHnya... aku still tak dapat naik TAMING SARI... huhuhu... coz 'under construction'...

aku kena pegi lagi la nampaknya... coz banyak lagi tempat aku tak sempat terjah!!!

7 comments:

  1. 1 yang unik melaka 2, papan tanda bersepah siap macam2 kaler g nak differentiate..so memang xkan sesat nye r.. huu

    ReplyDelete
  2. ahala... banyak tul papan tanda... tu yang tak sesat langsung walaupun tak pernah pegi kat satu tempat tu..

    ReplyDelete
  3. waa..p melaka tak bitau..lau tak boleh la sy bawak jalan2..huu

    ReplyDelete
  4. Wahh sonoknye bila cuti panjang kita g berjalan jalan kan ;)

    ReplyDelete
  5. hakim...ok next time kita gi kita gitau...

    CA... mmg seronok....

    ReplyDelete
  6. wahh!!! sonoknyer pegi jenjalan, akak belum berkesempatan lagi huhuhu

    ReplyDelete
  7. nanti papairfan balik... akk bawala dia honeymoon kat melaka... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis