dwatyKNY: LOYAR BURUK membawa PADAH!!!

Friday, January 14, 2011

LOYAR BURUK membawa PADAH!!!

Bersempena esok hari sabtu + lusa hari ahad = cuti.... aku nak tambah lagi satu entri hari ini... badan pun dah kembali normal, dah tak suam2 kuku lagi.... sekaligus melancarkan fungsi otakku yang telah kembali seperti sedia kala.... 

Sebenarnya dalam sehari, blog aku ni ada 1 jer post entri... kalau mood aku ok = 2 post entri, kalau mood aku lagi ok = tak pernah berlaku.... sabtu, ahad = comfirmla takde post entri, public holidayla katakan... sebab lain, nak tahu kenapa???? klik SINI
.............................................................................................................................

topik : LAWAK
sumber : SURIA FM
lokasi : DALAM KERETA
time : LUNCH

beberapa minggu yang lalu... aku bersama seorang member pergi ke bank... dalam perjalanan yang agak jauh tu, kami jadikan SURIA FM sebagai radio pilihan kami... DJ yang ke udara masa tu.... aku dah lupa nama dia!!! tapi, DJ tu memang sempoi dan kelakar.... dia menceritakan satu kisah yang bagi aku memang lawak sebab aku ketawa terbahak2...  ceritanya panjang... jadi aku pendekkan!!!

pada satu malam, di sekitar putrajaya, ada seorang mamat sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, dia menunggang motosikalnya dengan penuh berhemah, iaitu tidak terlalu laju dan juga tidak terlalu perlahan... semasa dalam perjalanan, tiba2 dia terdengar bunyi siren polis trafik yang semakin hampir dengannya... dia pun bergerak ke sebelah kiri jalan untuk memberi laluan... namun demikian, polis trafik yang kini berada di sebelahnya memberi isyarat supaya dia berhenti di bahu jalan... 

mamat : ada apa encik??? kenapa tahan saya??? saya bukan mat rempit...

polis trafikkamu di tahan kerana tidak memasang lampu...

mamat : oh!!! pasal tu..... ala encik.... kenapa nak pasang lampu???? encik tengok di sekeliling kita ni... kan banyak lampu.... sepanjang jalan ni pun dah terang benderang.... walaupun dah malam, saya masih nampak muka encik dengan jelas...

"eh!!! loyar buruk pulak budak ni", kata encik polis tu dalam hati... tanpa sepatah kata, polis tu kemudiannya bergerak ke bahagian tayar belakang motor, milik mamat tu, lalu membuka penutup tayar, dan menyebabkan tayar belakang tersebut pancit kerana ketiadaan angin.... 

mamat : eh encik!!! kenapa buka penutup tu??? kan dah keluar angin dalam tayar tu... macamana saya nak balik ni encik???... rumah saya jauh lagi la encik!!!

polis trafik : eh!!! kenapa kamu nak risau???... kat sini kan banyak angin.... sana angin, situ angin... tengok!!! kamu sendiri pun dah ber'hangin'....

HAH!!! kan dah padan muka.....

pengajarannyaagak2la wei nak LOYAR BURUK dengan pak polisi.....

happy holiday......

17 comments:

  1. free ja dia kena dgn pak cik polis tu haha

    ReplyDelete
  2. ha nak loyar buruk x bertempat...kan dh kene baik punya dr pak polisi..hehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha pandai pulak polis tuh loyar buruk yea hihihi

    ReplyDelete
  4. hahaha pdn muke kne balek..ha3
    lawak ah org loyar bruk nieh...kdg2 suke,tapi kalau salah tmpt mg bnci jd nyee hee like2!

    ReplyDelete
  5. haha.. cite betul ke neii ? adeiii

    ReplyDelete
  6. ha3.. nti pakcik polis bagi angin baru tau..

    ReplyDelete
  7. cite ni betul @ tak... tak dapat nak jawab... saya hanya mampu gelak... korg yang jgn buat cam ni tau!!!!!

    ReplyDelete
  8. hahahahah baca banyak kali pun tetap gelak gak hhahahahahah...

    ReplyDelete
  9. JO n HAN... GELAK JGN TAK GELAK....

    ReplyDelete
  10. ok la tu.. dri kene saman.. haha

    ReplyDelete
  11. salam kenal!!~~



    jom singgah my blog n being my followers too...tq

    http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/


    and

    jom singgah my shop blog...tq

    http://mummylovepink-shoppaholicblogspot.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. afiq din... mana tau dia tak kena saman...
    weiydaweingwaffa... dah follow

    ReplyDelete
  13. mmg kena dgn loyar buruk dua2 org tu..padan muka !

    ReplyDelete
  14. tau tak per... ninaz... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis