dwatyKNY: KIAMAT.... sudahkah anda persiapkan diri???

Friday, February 25, 2011

KIAMAT.... sudahkah anda persiapkan diri???

assalamualaikum...

2 hari memerap dirumah MINGGU LALU (sabtu&ahad)... bagi aku sanggatla membosankan... eh silap!!! SABTU jer...yang best pun boleh bangun lewat!!!! yakni tido balik selepas solat subuh!!! satu amalan yang sangat tidak baik dan janganla menjadi ikutan.... tapi itula masalahnya... sebab dah jadi kebiasaan susah pulak nak hilangkan... aku kategorikan tabiat ni sebagai takde displin... dah tahu tabiat tu boleh menyebabkan OTAK LEMBAB... masih juga di amalkan.... kalau dekat kampung, adala juga 'alarm bergerak' (mak aku membebel) boleh tolong kejutkan... tapi ini bandaraya... harapkan jiran, langsung tak kenal... harapkan housemate, 2 x 5... persoalannya... takkanla asyik nak harapkan org dak???...tak reti2 nak bangun sendiri!!!! maaf kalau terasa pedas...

Lazimnya sabtu ahad... aku ada jer plan dengan kengkawan... tp minggu lalu... takde plak yang sound2 kat aku ada projek... so duduk rumah jerla jawabnya... HARI SABTU tu... keja aku lepas bangun tido.... mandi.... pastu tengok tv... bila perut aku dah buat demonstrasi jalanan a.k.a mogok lapar.... aku pun tunjukkanla kepakaran aku memasak.... hehehehe... NASI GORENG + TELUR MATA KERBAU = LAZAT SEHINGGA MENJILAT PINGGAN JARI...

Pesanan orang tua2 ... JANGAN TIDO SELEPAS MAKAN... aku ikutkan walaupun mata aku dah kuyu balik akibat kekenyangan... ditambah lagi rancangan tv tak menyeronokkan langsung (takde astro)... aku celikkan juga mata aku menghadap screen tv... jarak dekat plak tu.... dalam sejam aku masih layan cerita yang aku sendiri tak tahu tajuknya... takpela janji aku tengok tv... tapi tak sampai 15 minit... tv pulak yang tengok aku... HUH!!! aku tersedar pun apabila telinga aku disapa dengan kelunakkan suara ALKA YAGNIK (yer ker??) menyanyikan lagu2 hindustan.... disebabkan aku minat cite hindustan... so aku layanla cite HUM TUM lakonan RANI MUKHERJEE  ni sampai habis...

Rancangan tv seterusnya lagi tak best... masa tu la aku terpandangkan buku MASTIKA milik housemata... tajuk muka depannya dah buat aku gerun.... ada cite pasal GAY.... HANTU.... dan KIAMAT!!!! dari cerita pertama aku baca sehinggala ke topik  KIAMAT HAMPIR TIBA dimana untuk topik ni... penulis menemubual  seorang artis awal 80an... yang dulunya banyak kontroversi tapi kini boleh dianggap seorang yang warak!!!... pesanan beliau ialah tolong ingatkan peminat2 beliau serta org2 muslim supaya bersediala menghadapi hari kiamat...

penulis bertanya.... bagaimanakah persediaan yang perlu kita buat????... jawapan artis ini ialah kenal dahulu siapa TUHAN kita kerana itula yang dinamakan TAUHID... kemudian carila seberapa banyak PAHALA yang TERDAYA.... cara yang paling senang ialah... IKUT SUNAH NABI..... antaranya....


  • JAGA SEMBAHYANG..... menunaikan sembahyang dan menjaga sembahyang merupakan 2 perkara yang berbeza... menjaga sembahyang ialah sembahyang diawal waktu... manakala menunaikan sembahyang ialah hanya bersembahyang.... dan sesungguhnya menjaga sembahyang itu lebih baik daripada besembahyang sahaja... 

Tiba2 aku rasa takut sangat.... sebabnya aku juga seperti manusia lain yang tidak lepas dari melakukan dosa antaranya lewat mengerjakan solat... "ya ALLAH ya tuhanku... ampunkanla dosa hambamu ini"

  • BERZIKIR.... sebagai umat islam kita perlu belajar ILMU ZIKIR... bila kita tahu fadhilat ZIKIR ia akan menimbulkan keseronokan berzikir dan sentiasa ingin melakukannya... dengan cara ini kita akan sentiasa dekat dengan ALLAH swt....apabila berzikir yakni mengulangi kalimat2 memuji ALLAH seperti... subahanallah, alhamdulillah, allahuakbar secara automatik beberapa kawasan otak yang terlibat akan semakin aktif... ia juga terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambahkan kemampuan...
 benarla firman ALLAH yang bermaksud
"maka ingatla kepada aku, supaya aku ingat kepada kamu"
surah Al-Baqarah ayat 152

  • MEMULIAKAN SAUDARA.....yakni jangan berperasangka buruk @ dalam erti kata lain JANGAN MENGUMPAT.... ini merupakan salah satu cara membersihkan HATI.... 

  • BUAT APA MESTI IKHLAS.... apabila kita belajar ILMU IKHLAS.... seseorang itu tidak akan merasakan sesuatu MUSIBAH yang menimpa sebagai MASALAH malah menganggapnya sebagai KEMANISAN kepada dirinya untuk meniti hari2 yang mendatang...

Pasanan AKHIR beliau... jadikanlahRASULULLAH  sabagai IKON  dalam hidup... insyaallah bila kita sudah persiapkan diri, kita tidak akan gentar menghadapi HARI KIAMAT.... MAMPUKAH KITA LAKSANAKAN????  tanda2 kecil semua dah keluar... takkan nak tunggu tanda besar... BARU NAK INSAF???? 

ada banyak lagi SUNNAH NABI yang patut kita contohi ... ini adalah sebahagian kecil sahaja yang dikongsi oleh 'artis' untuk pembaca.... 

5 comments:

  1. sama2 lah kita berlumba mendekat diri kepadaNYA.....:-)

    ReplyDelete
  2. Dimana ambil gambar org solat tu, nampak hebat, sukar ditemui di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  3. @ EP... semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang lupa pada penciptaNYA.. amin..

    @ NORGADIS... pakcik goggle yang sponsor hehehe

    ReplyDelete
  4. org putih ramalkan kiamat 2012.. hehe... bagi komen sikit dwaty..

    ReplyDelete
  5. @ tu ar bukan setakat 2012... dorg ramalkan 21.12.2012... siap ada tarikh lagi... tp sebagai umat islam... kita kena percaya pada ALLAH... dalam hadis ada mengatakan hari kiamat hanya ALLAH sahaja yang tahu... even NABI MUHAMMAD SAW pun tak tahu... SO, SEKARANG NI KITA PERSIAPKAN LA DIRI KITA...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis