dwatyKNY: jangan bercakap ketika AZAN!!!!

Friday, March 11, 2011

jangan bercakap ketika AZAN!!!!

Pagi tadi aku dikejutkan dengan kelunakkan suara iman membacakan AL-FATIHAH... dah subuh rupanya... aku bangun mandi, solat dan kemudian bersiap....

aku menaiki bas seperti biasa... didalam bas aku diperdengarkan pulak dengan ceramah dari seorang pendakwah yang aku tak pasti siapa gerangannya, melalui station radio yang aku juga kurang pasti channelnya... topik yang di utarakan ialah berkenaan dengan AZAN... 


sebagai orang ISLAM... kita semua sudah maklum bahawasanya... apabila kita mendengar AZAN, sebaik2nya jangan bercakap... kalau tengah menonton tv tu... rendahkan volume... tapi masalahnya kita sekarang, solat pun kita anggap REMEH inikan pulak AZAN.... contohnya semalam... lunch time, aku and the geng pegila satu restoran ni... malas nak ke tempat lain coz perjalanan pun dah ambil masa... masuk sahaja dalam restoran tu... kami lihat seperti ada majlis perpisahan sedang berlangsung... lagu yang diperdengarkan pulak... lagu PERGI dendangan AIZAT dan lagu FAV aku... 'jangan diucap selamat tinggal'... kedua2 lagu ini dimainkan berulang2 kali... sehinggala kami merasakan seperti ada suara lain yang turut berkumandang... lagu2 yang diperdengarkan itu menyukarkan kami untuk meneka suara yang entah dari mana... dan akhirnya setelah dipastikan, rupa2nya AZAN yang sedang  berkumandang!!! SUBAHANALLAH...

berbalik pada ceramah tadi... banyak info yang aku perolehi sepanjang perjalanan yang memakan masa 15 minit, terutamnya hikmah AZAN... AZAN bukan sahaja dilaungkan apabila masuk waktu solat ataupun ketika bayi baru lahir... tetapi  AZAN juga untuk keselamatan diri... berlaku KEBAKARAN, laungkan AZAN..... sesat dalam hutan, laungkan AZAN..... berlaku BENCANA seperti banjir@ tsunami, laungkan AZAN...  insyaallah dengan izin ALLAH.... API akan padam, kita akan menemukan jalan pulang dan pasti diselamatkan dari bencana... pernah berlaku didepan mata pendakwah itu sendiri, tsunami yang turut melanda utara Malaysia beberapa tahun lalu... dimana seorang ibu dan anak yang sedang hanyut... orang ramai yang melihat ketika itu diarah supaya melaungkan AZAN... dan semasa AZAN dilaungkan kedua2 ibu dan anak itu tersangkut di dahan pokok sehinggala mereka diselamatkan... ALLAHUAKHBAR...

AZAN sama seperti ZIKIR... dimana apabila kita menyebutnya, kita akan berasa tenang dan ringan... untuk buktikannya sendiri... pulang dari kerja, kita akan rasa penat dan mungkin stress, kan???... cuba korg pergi ke satu tempat yang lapang @ tinggi @ pun pantai.... buka kasut @ selipar supaya tapak kaki korg bersentuhan dengan pasir @ tanah.... kemudian laungkan AZAN didalam hati... tak perlu teriak!!! cukup dalam hati... balik rumah mandi, solat dan tidur... esoknya, bangun pagi, apa yang korg rasa????? berkesan @ tidak....

jadikanlah AZAN sebagai salah satu amalan dalam kehidupan harian kita... sekiranya AZAN sudah tidak lagi kendengaran, itu beerti dunia akan KIAMAT...
..............................................................................................................

menara apakah yang paling tinggi di dunia???


Menara masjid kerana mencapai bulan dan bintang.


Renung2kanlah dan selamat menunaikan solat jumaat sebentar lagi...

15 comments:

  1. Gud gud.. Azan juga boleh dibuat terapi.. 'Terapi azan' salah satu tajuk dlm program 'Halaqah' best untuk dihayati.. Tahukah anda Azan berkumandang diseluruh dunia tanpa berhenti2.. (fakta dari Halaqah).. wink!

    ReplyDelete
  2. Ye!..itulah yang sebaiknye kan?!

    ReplyDelete
  3. @ MLD... good info for me too..

    @ ADAMZICO... thanx for the info from halagah

    @ zeeleey... yup, sebaik2nya...

    ReplyDelete
  4. rumah aku betul2 sebelah surau...tiap2 subuh selalu dgr org masjid pasang kaset ngaji....tenang je dgr...

    barang pos dah sampai?

    ReplyDelete
  5. ada jugak cuba nak berhenti bercakap semasa azan.. tapi macam tak jadi lah. ades.

    ReplyDelete
  6. @ azza... i like..

    @ WAHIDA... samala, kat tempat aku tinggal skrg ni pun azan confirm dngar...

    @ zoey.. sama2la kita mengingatkan antara satu sama lain..

    @ hazari... aku pun kekadang tak sedar ada azan masa bercakap...tp bila dah sedar tu.. berhentila..

    ReplyDelete
  7. 2lh, trkdg org kita pndang remeh je hal2 agama..kalu kita boleh hormati lagu 'Negaraku"..apa salahnya kita terapkan dlm diri kita hormatkan laungan 'Azan".....

    ReplyDelete
  8. bagus.info yg mendatangkan keinsafan.

    ReplyDelete
  9. sedih bila ada orang yg mahu laungan azan di perlahan kan ..

    ReplyDelete
  10. ada yg tukar channel kat TV bila azan..

    ReplyDelete
  11. @ nza... saya setuju 100%

    @ kakarot... thanx... sama2 la kita menginsafi diri masing2

    @ ieda.. saya pun sedih gak dengar...

    @ SB... dah banyak kali jumpa spesis cam tu...

    ReplyDelete
  12. As-salam..

    MASYAALLAH.. bagusnya perkongsian ini.. terima kasih ya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis