dwatyKNY: FOLLOW susah, X FOLLOW pun susah....... mehla FOLLOW aku!!!!!

Tuesday, March 1, 2011

FOLLOW susah, X FOLLOW pun susah....... mehla FOLLOW aku!!!!!

aku letak tajuk macam ni... coz, aku dah cukup bersedia kena maki kutuk sumpah seranah dari korg.... dalam hati korg pun aku dah boleh baca dah apa yang tersirat dan apa korg nak kata...." eeee blogger ni, dah terdesak sangat ker sampai minta simpati macam tu...".. ker ada yang kata macam ni.... "menjatuhkan maruah blogger jer.... nyampah!!!".... hah!!! yang kata macam ni pun mesti ada kan??? " aku nak tengok dulu... kalau ramai yang follow dia... aku pun nak buat entri macam ni jugala.. hikhikhik" dalam hati...

untuk makluman korg ini tajuk semata2... tp kalau korg nak follow pun apa salahnya... follow biar dengan IKHLAS... nanti aku follow la UOLLS balik!!!!  OPSSSSSS!!!!!!  ni bukan isu FOLLOW I, I FOLLOW U  ker?????.... hehehe.... sebenarnya inila topik yang aku nak bangkitkan... isu yang sangat sensitive... macam2 pendapat serta luahan perasaan yang dah aku baca berkenaan isu follow memfollow ni... dan sebagai BLOGGER aku juga punya pendapat sendiri.... berikut antara yang pernah aku baca...


u follow i, i folow u balik....
isu ini adalah yang paling hangat di perkatakan... ada yang suka, ada yang tak suka...  bagi yang suka, mereka mengganggap bahawa ini adalah salah satu cara untuk menambah bilangan follower... so, dorg akan followla coz dorg tahu blogger yang bagi mesej macam ni mestila akan follow dorg juga... kan dah janji nak follow balik... so, bertambah lagila follower... happy tak??? mestila happy.... 

yang tak suka pulak.... akan timbulkan persoalan.... yelah!!! kenapa mesti dia yang follow dulu???? kenapa bukan blogger yang bagi mesej ni yang follow dulu???... malasla nak layan!!!... 

ada plak kes... sorg blogger tu followla satu blog ni... pastu letak link dan bagi mesej I dah follow u, jgn lupa follow i balik tau!!!!... kalau blogger tu buat macam ni kat aku... aku confirm follow dia balik!!! tp kalau dia buat macam ni kat BLOGGER yang pilih bulu, nak follow blogger yang dia suka jer @ pun dia ni jenis blogger yang tak kesah ada follower ker tak... hah nasibla!!! pastu bila tunggu punya tuggu, blogger yang difollow tu still tak follow dia... mulala nak MAIN PAKSA2 plak!!! nampak sangat tak ikhlas!!!... kenapa ada kes paksa2??? salah satu disebabkan munculnya BLOGGER MUNAFIK.


blogger munafik... 
ini blogger yang aku paling pantang betul.... dia bagi mesej u follow i, i follow u back... ok takpe!!! dia suru kita follow dulu, kita follow!!... tapi bila kita dah follow, takdenya dia nak follow balik... kita dah paksa pun... dia tak layan... follower dia semakin bertambah, tapi kita??? bertambah la juga, tapi kalau dia follow, lagi bertambah kan!!!! barula adil.. ni dia nak kita jer follow dia... walhal dia dah janji nak follow balik!!! tak ke munafik  namanya tu!!! kalau dia sibuk takpela... coz tgk post entri tak ubah2 ...tu yang takde masa nak follow... tp yang ni post entri sentiasa update!!! kalau boleh undi keluar... nak jer undi dia keluar.... macam AF tu... biar dia tersinggkir dari dunia BLOG!!! CAKAP TAK SERUPA BIKIN... tu yang timbulnya kes paksa2.... sebab dah terkena dengan blogger munafik, so.. "i dah follow u... u kena follow i balik!!!" tak kira!!!


follower kurang takpe!! janji ramai yang baca...
ini bukan setakat tajuk post!!! tapi ini adalah tajuk header seorang blogger pompuan... seorang yang TIDAK mementingkan berapa banyak follower yang dia ada... sape yang nak follow... followla... yang tak nak... takde paksaan... dia pun dah terang2 cakap kalau dia nak follow dia akan follow... dan apa yang aku perhatikan???? yup dia tak ramai follower tp setiap entri dia, komen yang diberikan mengalahkan blogger yang punya beribu2 followers... inila kelebihan mereka yang kreatif dan punya idea bernas... tp tak semua blogger sekreatif ni... aku contohnya!!! aku kena rajin BW, komen, join segmen sana sini semata2 untuk tinggalkan LINK sebab aku perlukan pembaca dan sekaligus follower!!!!... apa pentingnya follower????


pentingnya follower
yang ni  aku baca dari seorang blogger dimana bagi dia isu i follow dah u, follow i juga.. takde masalah... ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan bilangan follower... pentingnya follower ni ialah apa sahaja entri yang kita post... akan termasuk dalam READING LIST  follower kita... dia baca @ tidak belakang kira janji masuk dalam list!!! yang ni aku setuju sangat!!



pendapat aku sendiri.... 
aku buat blog coz nak share apa yang aku nak share mengikut versi aku sendiri... disamping tu boleh dapat side income... aku buat blog bukan sekadar untuk tatapan sendiri... tapi aku ingin berkongsi dengan semua orang... dan untuk mencapai matlamat ni... aku perlukan pembaca... bagi memaklumkan pembaca post entri aku dari semasa ke semasa... pembaca ni kenala follow aku.... tapi aku takkan sesekali paksa dorg untuk follow aku!!! ikut suka!!! macammana nak dapatkan pembaca@ follower??? aku follow blog yang aku suka... aku tinggalkan link dalam komen... blogwalking, join segmen dan terbaru join GENGBLOGGER...

setakat ni aku dah follow semua yang jadi follower aku...  sebagai tandanya aku menghargai mereka... walaupun aku tahu dorg ni bukannya selalu pun jengguk blog aku... sebabnya aku pun sama macam dorg... tp dengan follow dorg balik... itu sudah cukup mengembirakan kerana kita menyumbang kepada pertambahan follower mereka... kalau ada yang aku belum follow tu maybe coz tak de LINK.. ini cara nak letak link dalam follower pic ...

blogger lama tp follower 'sedang2'... aku anggap biasa... blogger setahun jagung tp follower ramai... aku anggap luar biasa... kalau kita compare kedua2nya... kita boleh perbaiki kelemahan kita... cari apa yang digemari follower... kepada blogger baru, jangan mengharapkan blogger lain masuk dan kenal blog kamu sahaja... tapi kamu juga kena rajin terjah dan kenali blog orang lain...

ini adalah pendapat aku berdasarkan apa yang aku baca... jangan terasa ye!!! sama2la kita perbaiki diri masing2... buat apa2 pun biarla dengan ikhlas... 

7 comments:

  1. Assalamualaikum ;)

    Hey, singgah sebentar kat sini. :D Setuju sangat dengan entri ni. Hehe :) Nazu tak suka konsep 'I follow you, You follow I balik.' Nazu follow kalau nazu suka baca blog tu je, kalau betul-betul best and menarik :D

    ReplyDelete
  2. sekarang makin ramai yang ajak ajak macam tuh. bila kita dah follow balik, dia takkan datang pon kat page kita. sah kan nak komen, datang pon tak. follow setakat follow je. tak pelik kalau ade blogger yg suruh follower dia follow dia balik. dia pon tak ingat yang orang dah follow dia. ish.

    kadang kadang, tak follow pon tak apa, asal beri komen dan respond, lagi rasa diri lebih dihargai ~

    ReplyDelete
  3. Aku x suka org polow aku..nnt aku kena goda..haha..xpe..aku polow je ko ek!..hek3

    ReplyDelete
  4. @ syaza... yup... baik tak yah follow kalau tak suka....

    @ hazari.... saya dah banyak kali tertipu... tu yang buat entri ni... hehehe

    @ skema... tak suka pollow ek??? tp u pollow i ni u nak goda i ek??? hehehehe... gurau jer... thax follow blog yang x seberapa ni... curi ayat blogger lain...

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat!!! cuma nak kate sikit je..
    Bukan kena bayarpun kalau follow orangkan..
    Ape la kudukut sangat..ni ehemm..takut orang punya follower lg ramai dari diaorang kot!! he..he
    n..lastly tekena jugak..u follow i..i follow u..k
    haram takde..cit! hipokrit!!!
    BTW..i like ur blog..hu..hu

    ReplyDelete
  6. saye senang jer..

    + saye ni rajin follow org.. kalau sape2 comment jer saye akan terus follow die..

    tapi kalau die dah follow saye dulu, saye follow jelaa balik kan..

    ReplyDelete
  7. @ ZEELEEY... thanx zee...

    @ qamarul...samala kita.... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis