dwatyKNY: HIKMAH KE DUA : jauhi prasangka buruk

Friday, April 22, 2011

HIKMAH KE DUA : jauhi prasangka buruk

Ada yang tertunggu2 entri aku ni ker??? alhamdulillah... kalau takde yang tunggu pun alhamdulillah juga coz, korg sudi baca... HIKMAH PERTAMA dah lama aku post... hari ni aku nak sambung HIKMAH KEDUA plak.... sekali lagi aku nak bagitau bahawasanya, entri ini merupakan ceramah yang disampaikan oleh seorg ustaz dan aku sekadar menjadi org tengah yang ingin kongsikannya dengan korg semua... nak baca Hikmah pertama klik bawah ni.... 



HIKMAH KE DUA:
Pernah satu ketika, Nabi Muhammad s.a.w memanggil salah seorang wanita yang sedang asyik berbual dengan rakan2nya.. "kenapa ya Rasul???" tanya wanita itu kerana berasa hairan... Rasulullah kemudiannya menghulurkan segelas air lalu berkata "tolong kamu minum air ini, tapi jangan ditelan, biarkan saja air ini dimulutmu".... "untuk apa ya Rasul"... tanya wanita itu lagi... "lakukan saja, nanti kamu akan tahu sendiri"... mendengar kata2 NABI Muhammad, wanita itu pun meminum air seperti yang diminta.... "kamu tunggu disini, sekejap lagi saya akan datang semula" kata Nabi Muhammad lalu berlalu pergi... Beberapa minit kemudian, Nabi Muhammad muncul semula, baginda bertanya kepada wanita tadi.."masih adakah air di mulutmu??"... wanita itu sekadar menggangguk kerana dia tidak boleh berkata. "Alhamdulillah, baikla sekarang, tolong muntahkan air itu" pinta Rasulullah.. Sebaik sahaja dimuntahkan, satu KEAJAIBAN telah berlaku... Subahanallah... apa yang keluar??? KUMPALAN2 DARAH... wanita itu terkejut lalu bertanya.. "kenapa boleh jadi begini ya Rasul??? tadi saya minum air, kenapa yang keluar Darah???"... mendengar saja pertanyaan wanita itu, Nabi Muhammad pun menjawab "ini kerana, semasa kamu duduk disini tadi yakni sepeninggalan aku, semua yang lalu dihadapanmu, semua kamu tak suka... semua kamu kutuk... semuanya kamu cela".

..............................................................................


Hadirin yang dihormati sekalian.... apakah yang kita boleh simpulkan dari kisah ini??? yeah!!! inila dia penyakit kaum hawa, kaum Adam pun ada juga, tapi lebih kepada kaum wanita... penyakit suka mengumpat, mengutuk dan bergosip. tak keterlaluan kalau saya katakan, menghadiri ceramah seperti sekarang ni pun masih sempat lagi nak bergosip... ada saudara islam yang dikenali dan baru belajar memakai tudung datang mendengar ceramah yang sama pun dia nak buruk2kan...

"awak tau tak kenapa dia pakai tudung???"
"tak!! kenapa???"
"sebab rambutnya gugur!!!"


datang lagi saudara baru yang juga baru belajar pakai tudung...

"kahkahkakah... tengok tu!!!!"
"mana????"
"tuuuuu... yang pakai tudung tapi tak matching langsung dengan baju"


Masyaallah... tak sampai 10 minit dah 2 org yang di umpat!!... tu belum masuk PENCERAMAH yang dikutuknya...

"sapa yang jemput ustaz pendek tu???... lain kali jangan panggil dia lagi!!"
"eh... kenapa pulak???"
"aku tak suka!!!"
"ok apa ceramahnya... tak bosan sebab banyak lawak"
"ahhhhh... aku tetap tak suka!!!"
"apsal kau tak suka??? bagitau kat aku!!!"
"yelah... 4 isu yang disentuh... semua kena batang hidung aku!!!"


Astagfirullahullazim.... Jiran sebelah rumah beli tv plasma baru pun dia tak puas hati "huh!!! mesti dia hutang tu... bayar bulanan!!!... jiran beli sofa baru..."huh!!! ansuran lagi... dalam rumah dia tu semua hutang!!! entah apala yang dia bagi anak dia makan kalau semua hutang???"

Masyaallah... suka hati dia la nak beli tv ker??? nak beli sofa penuhkan rumah dia ker??? nak hutang ker... nak bayar cash ker.... dia tak susahkan kamu pun!!... dia tak minta kamu yang bayar pun!!.... inilah yang dinamakan 'jiran murah rezeki, dia yang emosi'... 

wahai kaum Hawa sekalian... saya nak ajar... kalau jiran dimurahkan rezeki, jangan syirik, jangan dengki, jangan cari salah mereka... tapi berdoalah kepada ALLAH s.w.t.....

"Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku sama seperti jiranku, supaya aku tidak mendengki.."

Jadi, hikmahnya disini... mulai dari sekarang, jauhkanla diri kita dari berprasangka buruk sesama manusia yakni berkata benarla ataupun jika kamu takut sekiranya kebenaran itu boleh menimbulkan pergaduhan.... maka, baik kamu DIAMkan sahaja...


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."(QS. Al-Hujurat: 12)



seterusnya... HIKMAH KE-TIGA... kita sambung minggu-minggu depan..... selamat menunaikan solat jumaat... 

15 comments:

  1. semoga kita dijauhi dr melakukan dosa2 tnpa sedar.....

    ReplyDelete
  2. kalau dah jumpe geng yg sekepala, mmg payah nak diam. tu yg keluar segala gosip. =)

    ReplyDelete
  3. Kakak suka N3 macam nie. Moga manjadi pedoman kita sebagai insan yg selalu leka....

    ReplyDelete
  4. suker sgt baca sirah2 Nabi... :)
    tq sharingg hehe

    ReplyDelete
  5. haiiishh..

    kalo dah jadi tabiat tu, susah nak buang...

    "buang tebiat", senang pulak..

    ReplyDelete
  6. hmm..betullah tu kan..moga kita buanglah segala sifat2 buruk yg ada dlm diri kita dan perbaiki diri..

    ReplyDelete
  7. manusia, tiada benda buruk itu rasa semacam sahaja hihi

    ReplyDelete
  8. owhh betul tue..ini bukan masalah gender..tapi kalau sebaiknya..hilangkan rasa dengki dan benci pada orang lain..hidup pun tenang sikit

    ReplyDelete
  9. dengki kan antara penyakit kemestian orang melayu yang beragama Islam sekarang..dengki vs cemburu buta vs irihati = mata kejahatan

    ReplyDelete
  10. guys... sama2la kita perbaiki diri.. manusiakan seringkali leka.. bak kata.. @Kakzakie

    ReplyDelete
  11. nice entry.. sama2 kita berusaha utk perbaiki kelemahan diri..

    ReplyDelete
  12. terase gak ni coz aku pun kadang2 wat gak camtu.. name pun manusie kan.. hee

    ReplyDelete
  13. betul tu aDieyZa,kay_are.. kitakan selalu leka dan tak sedar...

    ReplyDelete
  14. salam dwaty, saya suka posting yang ini....dalam zaman sekarang ni manusia terlalu leka dan tidak peka akan apa yang mereka lakukan serta suarakan...

    sama-samalah kita ingat mengingati selagi perlu...

    Terima kasih kerana sudi jengah blog saya ye..sudi-sudikanlah follow sebab saya juga follow blog awak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis