dwatyKNY: HIKMAH PERTAMA : budaya malu semakin hilang !!!

Friday, April 8, 2011

HIKMAH PERTAMA : budaya malu semakin hilang !!!

Hari ni hari jumaat kan??? nak dengar ceramah tak??? tapi ceramah ni takde suara... korg yang kena baca... ceramah ni aku dengar dari mp3 yang disampaikan oleh seorng ustaz yang berasal dari indonesia... first time dengar, paham sikit2 jer... agak lama jugala aku nak ambil masa nak pahami maksudnya.... terpaksa guna khidmat kamus termasukla kamus bergerak.... bila dah boleh paham tu... best plak!!!... coz, pelbagai aspek dimasukkan termasuklak lawak jenaka... isu artis dan politik pun tak ketinggalan... tapi korg jangan risau.... ceramah yang korg akan baca ni aku dah tapis sebelum aku publish... aku ambil yang berkaitan dengan kehidupan org2 biasa saja... yang sensitif aku dah tolak tepi.... bahasanya pun aku dah melayu kan.... jom baca... kot2 terkena batang hidung sendiri macam aku.....


Assalamualaikum w.b.t... hadirin yang dihormati sekalian... lebih kurang 1432 tahun yang lalu, lahirla seorg manusia pilihan yang kemudian di perintahkan oleh ALLAH s.w.t untuk menjadi seorang pemimpin dan Alhamdulillah kepimpinannya bukan sahaja diakui oleh umatnya tetapi juga diakui oleh mereka yang bukan menjadi umatnya... siapakah gerangan manusia pilihan itu??? tak lain dan tak bukan Nabi Muhammad s.a.w...

sebagai umat Nabi Muhammad, kita acapkali di ingatkan oleh para ulama supaya mencontohi sunnah Baginda dalam menjalani kehidupan sehari-harian... tetapi, masalahnya sekarang ini... bagaimanakah kita hendak mencontohi Nabi, sekiranya sejarah asal usul baginda pun kita tak tahu...

sebagai contoh... ada dikalangan ibubapa yang ditanya oleh anak mereka..."mak, bila tarikh lahir Nabi Muhammad".. lalu ibunya pun menjawab... "tak gunala mak hantar kamu pergi sekolah, kalau yang tu pun kamu nak tanya mak???"... walhal sebenarnya ibunya tak tahu!!!. kemudian si anak bertanya kepada ayahnya pulak... "ayah, kenapa tahun kelahiran Nabi Muhammad di sebut tahun gajah???"... "kerana bukan tahun kambing nak" kata si ayah.... masyaallah...

saya, masa kecil2 dulu... dah hafal sejarah asal usul Nabi Muhammad... saya bukan nak bongkak atau berlagak... tapi itulah hakikatnya.... macammana saya boleh tahu??? sebab ibu saya, walaupun takde sekolah, beliau mempunyai cara tersendiri dalam memperkenalkan sejarah nabi kepada saya...antaranya melalui lagu yang masih ingat lagi sampai sekarang... bunyinya seperti ini...

pada zaman dahulukala,
pada zaman jahiliah,
lahirla seorang Rasul,
yang terakhir dan mulia....

Nabi Muhammad namanya,
Siti Aminah ibunya,
Abdullah nama ayahnya,
Madina tempat tinggalnya...

setelah dewasa,
diangkat menjadi Rasul,
oleh ALLAH yang kuasa,
Pencipta alam semesta...

sedapnya lagu zaman dulu2... walaupun mereka tak pernah sekolah, tetapi mereka tetap menyampaikan dakwah melalui lagu... baiklah, hadirin yang dihormati sekalian.... oleh kerana masa yang amat terhad saya akan terus ke topik sebenar iaitu sunnah2 nabi dan hikmah yang patut kita contohi.. 

HIKMAH PERTAMA
pada suatu ketika dahulu iaitu di zaman muda Rasulullah dimana ketika itu Baginda sedang berjalan2... tengah berjalan tu... tiba2 terselak kain yang dipakai sekaligus menampakkan betis Baginda... yelah zaman baginda dulu belum ada seluar... seluar dalam pun takde lagi... pakai kain jer... tau tak apa reaksi baginda ketika itu??? fuh!!! malu yang teramat sangat.. malu sehingga muka dan telinga baginda kemerah2an... malu kerana kelihatan betis baginda... itula dia Nabi kita... malu sangat walaupun hanya ternampak betis...

......................................................................................


Bagimana dengan umat NABI sekarang???? bukan saja betis, dada dan paha pun nampak, takdenya nak malu, suka lagi adala!!! sekarang ni budaya sopan, budaya malu dah hilang!!! pakaian wanita sekarag semakin kritikal!!! yang di atas semakin turun ke bawah!!! yang dibawah pulak semakin hari naik ke atas... bertemu di tengah... sempit pula tu!!! bila dia duduk.. segala macam daki pun boleh nampak!!!

saya sendiri pun, kalau terlihat wanita islam berpakaian seperti itu, saya sering tertanya2... mana orang tuanya??? siapa ibubapanya??? kenapa dibiarkan anaknya berpakaian tidak sopan??? DEMI ALLAH, wahai ibubapa sekalian... walaupun dia Haji, dah beberapa kali mengerjakan Umrah, solat tak pernah tinggal, isnin dan khamis dia puasa, setiap malam solat tahajjud, jadi imam di masjid.... tetapi, anaknya dibiarkan berpakaian seperti itu... Demi ALLAH, sebelum anaknya masuk neraka, ibubapanya yang akan berada didepan!!!


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
"jagalah diri dan keluargamu dari api neraka"


so, hikmah pertama ialah... kepada ibubapa, balik rumah nanti apa yang perlu dilakukan??? check almari anak perempuan anda!!! kalau terdapat pakaian yang menjolok mata... BAKAR!! dan jangan sesekali didermakan kepada jiran@org lain... jika diberikan kepada jiran contohnya, dan jiran memakainya... anda juga akan berdosa kerana ada hadis yang mengatakan..

"bersekutu dengan jahat, maka jahatla hukumnya"

HIKMAH KE-2.... minggu depan!!!! penatla aku nak taip panjang2..... marila kita sama2 ambil iktibar hikmah pertama ni dulu.... 

9 comments:

  1. alhamdulillah..
    good info..thanks dik..

    ReplyDelete
  2. gud entry..baginda rasulullah lebih pemalu daripada anak dara di sebalik tirai tetapi tidak malu untuk berdakwah..

    ape yg berlaku sekrg sudah terbalik..tak malu nak tayang susuk tubuh tapi malu untuk berdakwah =)

    ReplyDelete
  3. khalis tak sangka khalis baca sungguh2.. mula2 nak skip aje..tapi pengolahan dan intro awal2nya adalah sangta terkesan.. Khalis terbayang andainya anak khalis tanya,,soalan cam kat atas.. khalis akui..khalis tak ingat dah.. tq tq tq.. kerana share

    Blog terbaik

    Kenangan lahir 80-an

    Ada apa dengan dara

    khalis datang ziarah di sini

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang ni kalau tanye sejarah nabi muhammad konfem ramai xtahu..

    senang cerita..dunia dah akhir zaman..

    ReplyDelete
  5. salam..

    moga Allah swt memberi ganjaran pahala yg berganda kerana berkongsi tazkirah ini..

    ReplyDelete
  6. memang betul sangat.. budaya malu tu macam dah hilang.. yang x malu + banyak.. tu sebab banyak je yang nak join af, mystarz segala bagai tu..

    ReplyDelete
  7. GUYS thanx 4 comment... saya hanya tolong share... selebihnya terpulangla pada korg sendiri untuk menilainya.... apa yang baik tu semua datang dari ALLAH.. saya sendiri pun seringkali lalai dalam melakukan sunnah2 RASULULLAH...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis