dwatyKNY: Officeku berGEGAR dilanggar PENYU...

Thursday, May 19, 2011

Officeku berGEGAR dilanggar PENYU...

Assalamualaikum...

Baru 3 hari aku tak datang kerja... office ku dah HURU HARA.... macam2 yang berlaku.... di tambah lagi dengan otak aku yang SERABUT.... seawal pagi tadi pun dah kecoh dibuatnya... aku apa lagi... korek dan korekla... 


KES PERTAMA melibatkan KECURIAN HANDPHONE... berlaku isnin lalu... lunch time... staff lain semua dah keluar makan.... kecuali, member ni yang juga seorang pegawai atasan tengah tidur beralaskan lengan diatas meja... lazimnya dia akan akan balik rumah sekejap... tapi mungkin disebabkan terlalu penat so, dia pun malasla nak balik... tengah dia tidur tu...  dia merasakan HP yang diletakkan di bawah lengan seolah2 ditarik oleh seseorang... apabila dia tersedar dilihatnya seorang lelaki berpakaian putih sedang memegang HP tersebut sambil memandangnya... dia pun menjeritla dan lelaki itu pun lari lintang pukang menggunakan pintu belakang.... dalam masa yang sama seorg staff yang berada tidak jauh dari situ yang terkejut dengan 'jeritan wanita' hanya mampu melihat pencuri itu melarikan diri... yang menjadi persoalan ialah... macamana Pencuri tu tahu ada laluan di pintu belakang??? so, kesimpulannya disini ialah... pencuri itu mungkin salah seorg pekerja @ pernah berkerja di bangunan ini sama ada di bahagian MAINTANANCE @ CATERING atau mungkin dibahagian lain... ALLAHUALAM...


KES KEDUA plak... kecoh berkenaan STATUS kami sebagai pekerja... perubahan ORGANISASI menyebabkan kami terumbang ambing.... yang ni aku tak boleh cite panjang2 coz melibatkan masalah negara... hehehehe...


KES KETIGA... melibatkan diri aku sahaja... semalam aku tanya member rumah, boleh tak kalau aku nak guna tiket free tahun ni balik SABAH tapi bukan ke wilayah asal KK... contohnya ke wilayah lain seperti Tawau... dia kata TAK BOLEH... cite punya cite.... baru aku terperasan yang aku ada satu 'tiket free 2010 balik wilayah asal' yang belum diguna... ADOI!!! macammana aku boleh tak tahu pasal tiket ni... ni mesti dalam kepala aku dah ter 'SET' yang tiket free tuk setahun sekali jer... RUGI la tak guna... last period tiket free ni bulan julai ... kalau ikutkan hati nak jer aku balik walaupun baru jer balik minggu lalu... tapi cuti plak yang tak de.... dan aku pun dah kira dah cuti aku sume... cukup2 makan jer... kejap lagi nak tanya pada yang pakarla......


KES KEEMPAT... kerja aku bertimbum.... aku stop sampai sini.. coz, aku nak sambung buat kerja... ni pun aku curi2 masa lunch time update... aku tinggalkan korg dengan picture PENYU PASIR kat bawah ni.... 

ceTEKA... kat mana ni???


14 comments:

  1. Mas cuti semua tak terfikir kes 1 - 3. Bila dah balik baru jumpa kan. Itulah dunia namanya.

    Pantai masa bercutilah ye... Kakak tak nampak pun penyu...

    ReplyDelete
  2. owh.. p pulau2 taman TAR ker? hehehe..


    penyu langgar ok lagi.. jgn garuda langgar dah ler.. :D

    ReplyDelete
  3. wah, banyak betul kes ye...itu ke kes penyu langgar ofis????hahhahaha

    ReplyDelete
  4. alaaaa yang penyu tuh konpem la kat pantai kan kan kan akekeke (sile la lempang saye :P)

    eh eh yang pencuri hp tu betul2 berani yeh time tuan empunye hp tu ade pun die boleh berani curik lagi uiiii takuittt kalau satu opis ngan orang cenggitu huhuhu

    ReplyDelete
  5. buat leklok kerja yang bertimbun tu ya....(:

    ReplyDelete
  6. toyol dewasa agaknya yang datang curi tuh heheh...emm kat ner pantai tuh??

    ReplyDelete
  7. selamat malam.. salam singgah di malam hari...
    terima kasih kerana singgah ke blog kak ayu..

    PS: mmg itulah kehidupan, hidup dibebani pekerjaan.. semoga kamu sabah dan tabah menghadapinya..

    ReplyDelete
  8. ingatkan di langgar todak...hehe

    ReplyDelete
  9. berani sungguh pencuri tu ye....

    kalau dpt tangkap kasi bakar jer tangan dia tu...

    ReplyDelete
  10. uisshhh byknya kes... kes pencuri tu mmg menakutkan...!

    ReplyDelete
  11. erkk..
    bergegar ke dik kalau penyu langgar...kantoiiiii..hehe

    mmg kuang hajau pencuri tu..tak selamat hidup..cam best je tiket free tu..camne nak dpt tu dik..ce citer..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis