dwatyKNY: TUHAN itu WUJUD dan ISLAM itu BENAR

Friday, May 20, 2011

TUHAN itu WUJUD dan ISLAM itu BENAR

Pernah tak sebelum ini korg ditanya oleh mereka yang bukan muslim tentang ISLAM... yakni mempersoalkan tentang islam sekaligus meraguinya... AKU PERNAH... yang bertanya ialah my ex-bos... CHINESE  dan beragama BUDDHA... time tu aku masih lagi kerja dekat kilang milik bos aku ni... oleh kerana kilang tersebut adalah kilang memproses makanan... so, my ex-bos ni mementingkan kebersihan dan HALAL produk yang dikeluarkan...

Lazimnya, kalau melawat kilang makanan... semua staff akan memakai pakaian putih, apron, sarung tangan dan topi... begitula juga dekat kilang tempat aku kerja... apa yang menarikanya my ex-bos  ni, dia lagi suka ambil pekerja wanita islam... sebab wanita islam kan memakai tudung... tapi tak semua wanita islam bertudung yang sanggup kerja kat kilang tu... aku jer yang bertahan... so, terpaksala dia mengupah pekerja yang bukan islam... 

Pernah terjadi... ada rambut dalam produk makan yang dah dijual... dia pun bengangla.. dan kalau boleh dia nak semua staff dia pakai tudung... tapi tak bolehla macam tu... takkan nak paksa walaupun ada juga staff beragama islam tapi tak pakai tudung... bermula dari situla my ex-bos ni mula tanya kat aku... "kamu yang islam bukan mesti pakai tudung ka??... tapi kenapa ada yang tak pakai pun???"... aku dah mula blur... tak tau nak jawab apa... kemudian barula aku terfikir... "kalau ikut, memangla wajib bos... tapi kita tak boleh paksa... yang penting kita dah bagitau dan dia pun dah tahu hukumnya kalau tak pakai berdosa... samala juga dengan agama bos... tak semua yang makan b**i kan??? ada juga yang tak makan espeacially vegeterian... takkan nak paksa dorg makan"... aku tahu jawapan aku ni tak berapa menyakinkan ditambah lagi dgn ilmu yang kurang didada... tapi nasib baikla bos aku ni jenis yang tak banyak soal....

.............................................................

apa yang aku nak share sebenarnya ialah... kalaula tetiba ada org tanya...

KENAPA ORG ISLAM SEMBAH BANGUNAN KAIN HITAM TU???

jawapannya begini....

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."

.............................................................

kisah dibawah ni plak khas buat mereka yang TAK PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN macam cikgu ni yang ingin memesongkan akidah anak muridnya bahawa tuhan itu tidak wujud....

CIKGU : nampak tak pen ditangan cikgu ni???
MURID-MURID: nampak cikigu...
CIKGU : jadi pen ni ada ke tak??
MURID-MURID : ada cikgu...

si CIKGU ni kemudian memasukkan pen tersebut ke dalam handbagnya lalu bertanya..

CIKGU : ok murid2 semua.. sekarang nampak tak pen cikgu???
MURID-MURID: tak nampak cikgu...
CIKGU : so, pen ada ke tak??
MURID-MURID: tak ada cikgu...
CIKGU : murid2 semua nampak tuhan tak???
MURID-MURID: tak nampak cikgu...
CIKGU : tuhan ada ker tak???
MURID-MURID: tak ada cikgu...

cikgu itu tersenyum tanda kemenangan... tiba2 seorng MURID yang bengang dengan cikgu ni berdiri...

MURID :cikgu saya nak cakap sikit boleh???
CIKGU : boleh silakan..
MURID :kawan2 semua nampak tak pen cikgu tadi???
MURID-MURID: tak nampak...
MURID :pen ada ke tak???
MURID-MURID: tak ada...
MURID :kawan2 semua nampak tak otak cikgu???
MURID-MURID: tak nampak...
MURID : cikgu ada otak ke tak???
MURID-MURID: tak ada!!!

dengan selamba si murid itu duduk semula dan membiarkan cikgunya ternganga....

MORAL OF THE STORY : jangan mudah terpedaya... sesungguhnya islam itu benar...

16 comments:

  1. singgah sini pagi jumaat yang penuh mulia.

    ReplyDelete
  2. Melalui Kaabah itulah simbol penyatuan umat Islam sejagat. Peristiwa bilamana rasulullah dijadikan sebagai hakim bila semua berebut hendak meletakkan Hajarul aswad di Kaabah.

    Islam terlalu indah kerana di sini juga kita melihat semua manusia sama tanpa pangkat dan darjat.

    ReplyDelete
  3. amboi..
    sampai hati anak murid tu kenakan cikgu..kuang ajo namenye tu.

    ReplyDelete
  4. Assalam dwaty..
    perrrghhh kuang ajo btol anak murid cikgu tue erk...kita bako..kita bako..

    ReplyDelete
  5. entry yg sngt2 menarik..memng kadg2 kite trpaksa brhadapn ngn suklan2 gitu..cik suha pon penah kena (^_^)

    apakta kite balas suklan dorang ngn gurauan..gurauan yg ada lam entry kt bwh neh
    http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/05/taktik-gurauan-terbaru.html

    ReplyDelete
  6. @nurkass dgn
    @Cik Sue... salah faham ni... murid tu bukan kuang ajar... cuma dia nak kenakan cikgu yang ajar dorg bahawa tuhan tak wujud coz tak dapat dilihat... murid yang percaya bahawa tuhan itu wujud gunakan 'otak' tuk kenakan cikgu... yelah... otak kita guna tuk berfikir.. walaupun kita tak boleh lihat degan mata kasar tapi kita percaya bahawa otak digunakan untuk berfikir...

    ReplyDelete
  7. anak2 sekarang suka bagi soalan yang sukar dijawab, bagi jawapan bergurau pun bagus jugakan..biar dorang berfikir sendiri...thankz sis dengan infonya..

    ReplyDelete
  8. info ini memang terbaik sis..:)..

    boleh guna perumpamaan2 kat atas tuh sebgai pedoman kot2 nanti berdepan situasi sedemikian..

    ReplyDelete
  9. anak murid tu buat lawak la pulakkk...kat cikgu ye...kasi rotan same dia...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...
    tazkirah utk semua..:)

    btw,sy dah tgk video sham kamikaze terima hidayah..
    Alhamdulillah...semoga berterusan hendaknya..Amin...

    ReplyDelete
  11. Salam Dwaty..
    Akak suka singgah sini sebab suka baca semua coretan Waty...banyak ye ilmu waty...malu akak...Waty tahu...saat memandu kereta..bila dipermudahkan laluan...perjalanan lancar, akak benar2 berasa kebesaran Allah..benar berasa kewujudanNya disisi akak...saat itu akak berasa begitu kerdil.. Dia selalu permudahkan urusan kita...sesungguhnya Allah itu maha penyayang dan mengasihani...

    ReplyDelete
  12. prince tertarik dgn entri ni..byk pengisiannya..tq sbb sudi share..

    ReplyDelete
  13. anis pon tertarik dgn entry nie..menarik tok dibace..:)

    ReplyDelete
  14. hahaha..` best entry ni .. :)

    cikgu tu mmg takde hotak.. amik kauu.. hehhee...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis