dwatyKNY: HIKMAH KE 3 : jangan malas solat!!!

Friday, June 3, 2011

HIKMAH KE 3 : jangan malas solat!!!

Jumaat datang lagi... salam buat semua... hari ini aku nak sambung kesinambungan HIKMAH PERTAMA dan HIKMAH KEDUA adapatasi dari ceramah seorg ustaz dari Indonesia... bagi yang baru baca HIKMAH hari ini... sudi2kanla klik HIKMAH2 sebelumnya... iaitu...



HIKMAH KE-3

Pada suatu malam, Nabi Muhammad s.a.w sedang menunaikan solat tahajjud... isterinya SITI AISHAH yang ketika itu sedang tidur terjaga apabila mendapati suaminya tiada disisi... setelah melihat Rasulullah rupa2nya sedang solat,Siti Aisya pun tidur semula... beberapa minit kemudian, Siti Aisya terjaga lagi, dan apabila mendapati suaminya masih lagi solat, dia pun tidur semula... kemudian Siti Aisya terjaga lagi... dan masih seperti tadi dia melihat suaminya masih juga sedang solat... akhirnya Siti Aisya membuat keputusan untuk menunggu sahaja suaminya sehingga habis solat.. setelah Rasulullah selesai beribadah, isterinya pun berkata "wahai suamiku, kamu adalah yang paling bagus amalannya.. diampuni dosa2nya... dijamin masuk syurga... jadi, kalau solat, yang biasa2 saja lah, jangan terlalu panjang dan jangan terlalu lama"... dengan senyuman Nabi Muhammad saw pun bertanya "wahai isteriku, apakah gelaran Abdan Saifullah yakni 'hamba2 yang paling bersyukur' yang diberikan kepadaku itu tidak bagus pada pandanganmu???

.................................................................................................

Apakah HIKMAH dari kisah ini???... mari kita sama-sama renungkan.... RASULULLAH saw yang diJAMIN MASUK SYURGA dan TIADA DOSA-DOSAnya... masih LUARBIASA solatnya... BAGAIMANA DENGAN KITA umatnya???... saya tahu masih ramai dikalangan umat ISLAM diluar sana yang tidak solat... ada sesiapa yang hadir hari ini juga malas solat??? apa ALASAN anda tidak mahu solat??? kenapa mesti MALAS solat??? saya akan jawab!!!  


ustaz saya tak boleh kena air..... TAYAMUM!!!... 
ustaz saya tak boleh berdiri..... DUDUK!!!
ustaz kaki saya tak boleh lipat..... duduk atas kerusi!!!
ustaz tak boleh duduk atas kerusi, ada bisul..... BARING dan gunakan mulut!!
ustaz tak boleh gerakkan mulut.... solat dengan SYARAT iaitu guna MATA!!!
guna mata pun tak boleh ustaz.... solat guna HATI!!!
kalau masih tak boleh guna hati.... BUNGKUS bawa ke KUBUR!!!


apa lagi alasan malas solat???? 


TERLALU KAYA jadi tak perlu solat???- ada sesiapa disini yang mampu menandingi kekayaan NABI SULAIMAN as??? bagaimana kekayaan Nabi Sulaiman??? perkarangan rumahnya dipagari EMAS!!! siapa disini punya rumah pagar emas??? kalau tak silap saya... zaman nenek moyang kita dulu... paling kaya pun pakai GIGI PALSU EMAS!!... Nabi Sulaiman yang kaya tetap beribadah kepada ALLAH swt...


TERLALU MISKIN, macammana nak solat??? - Demi Allah, dari Adam sampai detik ini... belum ada yang semiskin NABI ISA as... bagaimana miskinnya Nabi Isa as??? Nabi Isa hanya mempunyai 2 harta iaitu buah sisir dan pakaian yang melekat di tubuhnya.... tapi Nabi Isa tetap beribadah kepada ALLAH swt...


SAKIT jadi tak boleh SOLAT???- ada sesiapa disini yang punya penyakit seperti NABI AYUB as???? bagaimanakah kesakitan yang dialami oleh Nabi Ayub as??? seluruh tubuhnya dimakan ulat tetapi Nabi Ayub sentiasa berdoa kepada ALLAH swt "ya ALLAH, jangan sampai hati dan lidahku dimakan ulat... kerana, kalau hati dan lidahku juga dimakan ulat, maka siapa lagi yang akan menyebutmu ya ALLAH!!"... walaupun pipinya dimakan ulat sehingga menampakkan gigi... Nabi Ayub tetap beribadah kepada ALLAH swt...


TERLALU TINGGI PANGKAT??? - bicara tentang pangkat... demi Allah, sampai detik ini, belum ada yang mampu menandingi pangkat RASULULLAH saw... apakah pangkat Baginda??? Baginda ialah AMIRULMUKMININ yang kita gelarkan PRESIDENT di zaman moden ini... President sekarang memerintah sebuah negara... tapi Amirulmukminin memerintah beberapa buah negara di zaman RASULULLAH... Baginda juga ialah PANGLIMA PERANG yang kita panggil JENERAL di zaman ini...


GAGAH PERKASA lagi TAMPAN, jadi tak perlula solat??? - ada sesiapa disini yang mampu menandingi KETAMPANAN NABI YUSUF as??? ALLAH menciptakan kecantikan @ ketampanan sebanyak 100... Nabi Yusuf as sahaja dah diberikan 65 untuk dirinya sendiri... bakinya masih ada 35... 34 dibahagi2kan untuk semua para Nabi... jadi berapa lagi balance??? 1 la!!! dan 1 itula yang dibahagi2kan untuk kita manusia biasa termasukla saya... kita saja pun dah ada yang luarbiasa cantik dan tampan inikan pulak Nabi Yusuf, 65 untuknya seorang... tetapi Nabi Yusuf tetap sujud kepada ALLAH swt...


sebab tula saya berasa sungguh sedih dan hairan jika ada yang masih tidak solat... jikalau ORANG KAYA yang tak solat.... kita mungkin beranggapan bahawa dia kaya, ada rumah besar, ada kereta mewah, punya jawatan yang tinggi, popular dan handsome lagi... meskipun diakhirat nanti dia tetap akan MISKIN... tapi ada juga sesetengah org... dia dahla miskin, takde keja, takde kereta apatah lagi rumah, tak popular, tak handsome dan TAK SOLAT lagi!!!... tak guna betul jadi manusia!!!


Walau  bagaimana pun... saya tetap bersyukur... Alhamdulillah kerana apa yang saya perhatikan... anda2 yang lain masih solat walaupun ada yang mengerjakan solat jumaat sahaja... tapi, hadirin yang dihormati sekalian... alangkah indahnya jika solat wajib itu kita kerjakan bersama-sama solat jumaat dan solat-solat sunat yang lain... kerana sesungguhnya...


"tiada keselamatan bagi mereka yang tidak solat"

Insyaallah, saya akan update HIKMAH seterusnya iaitu HIKMAH KE-4, jika ada kelapangan... bukan apa... saya dah lupa2 ingat... so kena dengar balik mp3 tu... pastu nak terjemahkan lagi ke bahasa melayu supaya korg senang faham... kita ambil iktibar dulu HIKMAH 1,2 dan 3....


Sharing is Caring

24 comments:

  1. allahuakbar..
    tazkirah yg benar2 meruntun hati..
    alhamdulillah syukur kerana diri ini masih diberi peluang untuk mengingati dan menyebutnya..

    thanks dear..:)

    ReplyDelete
  2. moral of the story, jgn bagi alasan utk tak solat...

    ReplyDelete
  3. cuba mengingati bahawa itu solat terakhir kita

    ReplyDelete
  4. Telah selalu diperkatakan tiang agama adalah solat. Maka akan robohlah rumah tanpa tiang.....

    Tidak ada alasan utk tidak bersolat....

    ReplyDelete
  5. mengucap panjang...insafi diri sendiri..munasabah mana yang patut..thanks sharing..

    ReplyDelete
  6. =) kadang2 ilmu kita tak cukup dalam untuk paham kenapa ada yang tak solat.. kadang bukan kerana alasan2 tersebut.. tp kerana memang tak paham apa solat... =)apapun, bersangka baik itu lebih baik kan... =)

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana mengingatkan sesama manusia..betul..tiada alasan untuk tinggalkan solat..

    ReplyDelete
  8. ALhamdulillah islam sangat mudah

    ReplyDelete
  9. thanks..masuk sini, insaf pula..tq sudi singgah..

    ReplyDelete
  10. dah terlepas hikmah pertama dan kedua...nak baca semua nih..huhuh

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.

    salam kunjungan kembali. ~eheh.

    menarik menarik menarik. suka sangat.
    :)

    entry lepas2 pun best.

    hmm, kurang ilmu tentang solat jadikan manusia beralasan kan. astaghfirullah.

    ReplyDelete
  12. :) xde alasan utk tidak solat..

    ReplyDelete
  13. entry yang sangat menarik! thumbs up.teruskan usaha ya ukhti :)

    ReplyDelete
  14. terima kasih kerana share.. :)
    benda ni bagus untuk kita saling ingat-memperingati.. :)

    ReplyDelete
  15. nice entry..org sekarang terlalu bnyk alasan tok xsolat..and paling ramai..puasa tp xsolat..haish..

    anis tag awk..
    http://anismelon.blogspot.com/2011/06/banner-box-lucky-draw-bulan-jun-by.html

    ReplyDelete
  16. best sgt bce ni :) ! terima kasih sebab share ,

    ReplyDelete
  17. sy penah di jemput bagi motivasi dkt pelajar 14 tahun - 25 tahun seramai 300 org.. sekali sy suh tutup mata, sy tnya dlm dewan ni, angkat tngan sape yg smyg x penah cukop 5 wktu..ternyata 1 dewan angkat..

    ReplyDelete
  18. terima kasih coz sudi share hikmah2 ni yer...sgt berguna...

    ReplyDelete
  19. dwaty.. bagus entri ni.. rasa insaf.. :D

    ReplyDelete
  20. Huhuhu, thanks for the information^^

    ReplyDelete
  21. uissshhh entri yang buat akak2 terkesan dalam hati dik. Sesungguhnye islam tu banyak carenyer kan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis