dwatyKNY: susu tak sedapla mama!! nak ROKOK juga!!

Tuesday, June 7, 2011

susu tak sedapla mama!! nak ROKOK juga!!

Sejak dulu lagi... dah bermacam2 jenis kempen yang dijalankan untuk membanteras budaya merokok... antara slogan2 yang aku masih ingat...  'MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'....... 'SAYANGILA ORANG YANG TERSAYANG'... erk??? ni bukan slogan jalan raya ker??? ah tak kira... aku rasa sesuai jer slogan ni buat perokok2 supaya tidak merokok dihadapan mereka yang tersayang!!!... coz, asap rokok tu pun bahaya untuk mereka yang menghidunya...  LOGIK tak??? LOGIK!!! dan slogan terbaru 'TAK NAK MEROKOK'


selain slogan, kesan2 sampingan @ penyakit yang bakal dihidapi oleh para perokok juga dipaparkan pada kotak rokok sebagai salah satu pencegahan... Tapi... apsal semakin ramai pulak aku tengok yang jadi PEROKOK???... bukan setakat lelaki... POMPUAN pun ada... aku pernah tanya abang aku... "kalau tak merokok tak boleh ker???" dia jawab apa???... "tak gentlemen la kalau tak merokok!!!" banyakla cekadak kau punya gentlemen... habis yang tak merokok tu PONDAN la???... 

baru2 ni plak aku ada terbaca satu artikel dimana wartawan bertanya kepada seorg wanita melayu... "kenapa awak merokok???"... dia jawab... "apsal?? tak boleh?? eh u jgn berfikiran kolot sangatla... benda ni biasala... its normal ok!!! jgn nk kecoh2!!"... ROSAK budak2 ni... ermmm lantak korg la... bak kata org... 'KUBUR LAIN2'... eh!! org yang kata tau!!! bukan aku!!!... 

cikgu sekolah menengah aku dulu... dia tak hisap rokok tapi dia punya bakat untuk mengenalpasti samaada anak2 muridnya merokok@tidak dengan hanya menilik tangan... biasanya org tengok bibir kan??? tapi tengok bibir tak boleh percaya sangat coz, ada juga perokok yang bibirnya merah merekah!!!... so, macamana nak tahu dengan hanya melihat pada tangan??? ermmmm aku tak sempat belajarla... hehehe

PERHATIAN!!
Jika LELAKI tak suka WANITA PEROKOK,
WANITA Juga tak suka LELAKI PEROKOK!!!


Di atas ni baru kisah org dewasa yang merokok... bagaimana pulak dengan budak2 bawah 10 tahun yang merokok??? dekat MALAYSIA aku tak pernah jumpa lagi tapi dekat LUAR NEGARA banyak... tak percaya???... Percaya @ tidak... tengok dulu gambar bawah ni...  


kanak2 yang seusia dengannya masih lagi menyusu... tapi bagi kanak2 yang dilahirkan di Selatan Sumatera ini akan menghentak2kan kakinya jika tidak diberikan rokok...tengokla gayanya dah sama macam samseng jalanan.... umur baru 2 tahun... nak lagi gambar bergaya??? tengok bawah ni plak... siap kepul2kan lagi asap tu...



Di China juga tidak kurang hebatnya... seorg budak perempuan berusia 3 tahun berasal dari wilayah huizhou ini berubah tingkah laku selepas terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkannya koma selama 5 hari... perilaku terbarunya membuatkan mak bapak terkejut beruk  dibuatnya... mana tidaknya... keluar jer dari hospital dia dah mula menghisap rokok!!!! giler kau!!!! siap tunggang beer pulak tu... perwatakannya juga mula berubah.... dimana dia lebih suka berpakaian lelaki.... 



AMARAN KERAS!!
Jangan biarkan ANAK2 anda meniru aksi ini!!!

32 comments:

  1. smoge ank2 cik scya mase dpn nnt terpelihara .

    eeee busuk lah baw rokok wekkkk

    ReplyDelete
  2. SB suka Gudang Garam! kekeke...

    ReplyDelete
  3. ish3x... apsal budak2 ni dah pandai nak merokok pulak!

    kalau tak sayang keluarga pun takper lah tapi sayangilah nyawa anda sendiri!

    ReplyDelete
  4. hmm, rasanya kempen kerajaan tu tak berjaya. that why senyap je. pernah isu keluar orang persendakan iklan tak nak merokok tu sebab guna gambar rokok yang kene penyek tu. memanglah tak nak merokok kan. haish! short betul pemikiran.

    slogan 'lelaki tak suka wanita merokok n wanita tak suka LELAKI MEROKOK!' ahah sangat setuju setuju setuju. :)

    ReplyDelete
  5. hehe..
    semuanya terpulang pd si perokok..
    kalau dia determined nak berenti sure dpt punya tp if tak berusaha mmg berterusanlah jd perokok tegar..
    sbg cth my uncle..hehe :)

    ReplyDelete
  6. anak ema selalu cakap dgn ayahnya..kalau ayah hisap rokok nanti kaki jadi buruk (tunjuk gambar pada kotak rokok)....

    ReplyDelete
  7. emm merokok membahayakan orang sekeliling..di arap kalau nak merokok..sila merokok dalam gua heheh

    ReplyDelete
  8. amboiiii..
    kecik2 dah pandai..sapelah mak pak budak nih..haihhh

    ReplyDelete
  9. cheqna sangat tidak suka kepada perokok...lemas r kalau duk dekat2 ngan orang isap okok ni.....

    ReplyDelete
  10. a,ah biasa kalau nak tahu orang tu perokok ke tak..tengok kat bibir dia.

    ReplyDelete
  11. Ni budak kecik lagi kan? mcm mna mak ayah boleh kalah dgn anak? kalau kecil dh macam ni esok lusa bygkan sendiri jelah kelakunya...melentur buluh biar dr rebungnya...mrk belajar dr persekitaran..itu pndapat akak

    ReplyDelete
  12. mmg mak pak gila lah tu.. tadak hotak.

    ReplyDelete
  13. sila pantau anak masing2 .. yang baru tingkatan 1 pun dah pandai nak cuba2 ..

    ReplyDelete
  14. alamak.budak2 pon merokok.apa nak jadi =='

    ReplyDelete
  15. mmg menakutlkanlah tgk budak2 ni hisap rokok huhu... yg tak tahan kucing pun nk jugak haha lawak ok,betul2 tu kena pantau anak2/budak2 sebab mereka cenderung utk tiru apa yg kita buat

    ReplyDelete
  16. gayo budak sumatera tuh x bleh tahan...hehe

    ReplyDelete
  17. tulah.. pmpn sekarang pn dah ramai merokok kn.. hurmm

    ReplyDelete
  18. kempen xnak merokok tu mungkin agak x berjaya sebab memang susah nak ubah persepsi & tingkah laku si perokok ni..

    ReplyDelete
  19. scary aku tgk gambar budak merokok nok...

    ReplyDelete
  20. takut plak tngk budak2 ni dok merokok...

    ReplyDelete
  21. tak suka kepada sang perokok!!

    peace

    ReplyDelete
  22. aish, macam2 pulak zaman sekarang ni,

    kanak2 pon dah cepat terpengaruh,

    bila dah dapat penyakit, baru dorang nak sedar kot,

    ReplyDelete
  23. cube kasi dia hisap satu kotak rokok baru dia serik nak lagi kann...

    mane la pegi mak bapak budak2 ni...

    ReplyDelete
  24. Kalau rokok tak ada di kedai baru boleh berhenti kakak rasa. kalau tidak kempenlah tetap tak ada kesan....

    ReplyDelete
  25. Kalau rokok tak ada di kedai baru boleh berhenti kakak rasa. kalau tidak kempenlah tetap tak ada kesan....

    ReplyDelete
  26. kecik2 dh di ajar merokok..teruk betul.benci rokok..

    ReplyDelete
  27. sayang..kenapa kamu jadi begini..meh la minum susu...

    ReplyDelete
  28. uisssh mintak dijauhkan lah. Giler saiko budak kecik tuh dah merokok. Ishhh sedih la tengok gambar tuh :(

    ReplyDelete
  29. maik aihh...rokoknya dijadikan barang mainan 2....uish2..

    ReplyDelete
  30. kat sumatera dh jadi perkara biasa budak2 kecik merokok....kita tgk pn ngeri....

    ReplyDelete
  31. biar betul.. kecik2 lagi dah pandai hisap rokok ye.. ish ish.. ape pun, gua tak merokok.. ^__^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis