dwatyKNY: andai QURAN boleh berkata....

Friday, July 1, 2011

andai QURAN boleh berkata....

Assalamualaikum...

aku telah dihantar MENGAJI oleh mak aku sejak aku berumur 9 tahun lagi, sekali dengan abg aku yang ketika itu berumur 12 tahun... mengaji adalah antara KENANGAN yang takkan aku lupakan sampai bila2... guru mengaji aku yang pertama ialah seorang HAJJAH... rumahnya terletak tidak jauh dari rumah aku... belakang rumah jer pun... dari tingkap dapur, aku dah boleh say 'hi hi bye bye' kat dia... hehehe... HAJJAH ni seorang yang tegas... berkawan baik plak dengan mak aku... dan mak pun dah bagi GREEN LIGHT kat dia... "ajarlah anak2 aku ni sampai pandai, kalau dorg salah pukul jak!!! kalau dorg buat silap rotan jak!!!"... kata2 mak yang aku masih ingat... 

selain aku dan abg... GENG2 aku yang membesar sama2 masa kat RANAU, SABAH dulu turut dihantar oleh mak bapak dorg mengaji sama2 dengan aku... kalau tak silap, kami semua  dalam 6 org termasukla anak perempuan HAJJAH tu sendiri... zaman aku mengaji dulu takde istilah YURAN... kami perlu membayar dengan PELUH!!! so, sebelum mengaji kami diarah untuk mengangkat air dari TELAGA@PERIGI yang berada di kaki bukit, seorang SEBALDI untuk keperluan harian HAJJAH dan keluarganya... 

kampung kami masa tu takde bekalan air... terletak pulak di atas bukit... so, kenala guna air perigi yang terletak dikaki bukit lagi curam... masa nak turun bukit, NO HAL!!... tapi masa nak daki bukit sambil membawa air tu yang semput aku dibuatnya... sampai2 jer, air dah tinggal separuh... kena turun balik tuk penuhi syarat SEBALDI SEORANG... tu baru guru mengaji yang suruh... belum mak aku lagi yang perintahkan ambik air untuk keperluan kami sekeluarga plak!!! bila aku mengadu yang guru suruh itu ini, mak aku tanya aku balik.. "kau mau pandai ka bodoh??"

mengangkat air dari telaga adalah rutin harian kami sebelum mengaji... selepas mengaji... kena kemas rumah HAJJAH ni plak sekali dengan sapu halaman rumah dia sampai dia puas hati baru boleh balik... nak pandai mengaji punya pasal, kami patuh!!! walaupun tak puas hati coz, anak HAJJAH tu tak tolong pun... mentang2la rumah dia...

Aku N the geng mengaji dengan HAJJAH ni IQRA jer yang aku biasa panggil AL-QURAN kecik... bila dah melangkah ke AL-QURAN besar, kami pun bertukar guru mengaji... seorang PAKCIK tapi bukan HAJI... pakcik ni tinggal jauh dari kampung kami... nak sampai rumah pakcik ni kami perlu melalui HUTAN tebal yang dipenuhi dengan pokok getah... 

bergurukan pakcik ni memang BEST... kami tak perlu bersusuh payah nak angkat air coz... rumah dia dah lengkap semua...hehehe... rumah pakcik ni terletak di kawasan terpencil dan dikelilingi DUSUN BUAH-BUAHAN... tapi dusun tu bukan pakcik ni yang punya... majikan dia yang punya dan dia hanyalah penjaga kat situ... habis jer mengaji, kami pun apalagi... pegila kutip buah... nak buah apa, semua ada... panjat pokok kami dah pakar... digigit serangga kami dah tahan... dikejar anjing kami lari... janji kami puas makan buah!!! sebab tu la mak selalu bising... yelah... pegi mengaji lepas sekolah... balik dari mengaji nak dekat maghrib dengan baju kotor... tapi mak bising2 pun still senyum coz kami pulang dengan tangan yang penuh dengan buah dan biji getah... hahaha... itu pun sebab pakcik tu yang suruh bawa balik...

aku khatam mengaji AL-QURAN pada usia 10 tahun beberapa bulan sebelum aku dan family berpindah ke KOTA KINABALU... abang aku pulak tak sempat khatam coz dia kena duduk asrama... 

SEKARANG... dah lama juga aku tak MENGAJI... bila disuruh baca SURAH pun dah tak SELANCAR masa aku kecik2 dulu... ANDAI KATALA AL QURAN BOLEH BERBICARA, IA MUNGKIN AKAN BERKATA :

"waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku, dengan wudhu kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras, sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? yang tinggal sejarah? sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. aku menjadi kusam dalam almari. berlapis debu, dimakan kutu, ku mohon peganglah aku lagi, bacalah aku setiap hari, kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu!!!"




19 comments:

  1. Apabila telah biasa mengamalkan kalau sehari tidak membaca Al-Quran pasti hati akan rasa serba tidak kena.....

    ReplyDelete
  2. jgn lupakan kan nya..
    kerana ia adalah senjata dalam diri kita..
    dang nasihatkan untuk dang juga amalkannya...


    peace

    ReplyDelete
  3. muhasabah di hari jumaat.. good sharing

    ReplyDelete
  4. entri ni membuatkan aku insaf..:)

    tq..aku pun dah lama x baca dia..sudah tidak selancar tika dulu..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum :)

    menarik cerita ni. Memang mengimbau kembali zaman dulu kala ketika naif. disuruh mengaji, pergi mengaji. tujuan utama sebab nak khatam al-quran. kalau tak, macam pelik je bila kawan2 tanya dah habis baca ke belum. ~uhuu. tu zaman2 dulu kala.

    bila dah besar panjang, ditinggal-tinggalkan. dan bila baca semula, mulalah rasa lidah tergeliat. Time tu memang sedih tahap apa entah.

    hmm, setuju dengan kata2 akhir tu. bacalah kerana ia penerang waktu kita dalam kubur. tika habis talkin dibaca, ahli keluarga meninggalkan kita, Ia lah yang akan jadi peneman kita dan melindungi kita tika malaikat ingin menyoal. :)

    thanks for sharing ya.. :D

    ReplyDelete
  6. tenang je rasanya lepas baca alquran disamping menghayati maksudnya..byk yg tersirat..sayu dibuatnya..

    ReplyDelete
  7. ya betul tu...
    sekarang dah mulakan balik lepas maghrib baca satu mukasurat...

    ReplyDelete
  8. sekarang dah agak kerap mengaji sebab bacakan untuk baby sayf,zaman bujang dulu meamng jarang sangat

    ReplyDelete
  9. fiq start mengaji masa umur 9 tahun gak..time tu fiq baru tinggal dekat umah nenek fiq..dan dah khatam sekali je mengaji al-quran.

    ReplyDelete
  10. betul...skrg baca surah dh x selancar dulu...mujur la AL-Quran masih diamalkan wlupun x sekerap dulu.. :'(

    ReplyDelete
  11. dik, bace kisah2 mase ko nak pandai mengaji tuh memang tacing. pastu kenangan sangat kan.

    then sampai bab yang bawah tuh tetibe teringat akan diri sendiri.

    mase kecik2 sangat lancar, sekarang same la kite dik. :((

    sedih.

    ReplyDelete
  12. kenangan dwaty mengaji rumah hajjah sama dgn pngalaman yg akak alami cuma yg bab2 angkut air tu je xde cz rumah makcik ngaji akak dh ada paip air.....
    dik, jadikan al-quran teman setia krn membacanya jiwa kita selalu tenang n Allah akn prmudahkan segala urusan kita.....

    ReplyDelete
  13. laa , akak orang Sabah ?
    dulu2 best . tak payah bayar . sekarang semua kena bayar dah :(

    ReplyDelete
  14. menarik kisah ni..setahun je dh khatam..bagus betull..

    ReplyDelete
  15. entry yg sgt bermakna.. sememangnya boleh membuat hati kita tersentuh utk lebih bermuhasabah diri..

    terima kasih untuk entry ni..

    ReplyDelete
  16. salam dwaty,
    terima aksih singgah ke blog abg eq.
    happy monday...

    ReplyDelete
  17. samalah, akak pun panggil quran kecik dan besar, nice entry my dear, sama2 kita muhasabah dan perbaiki diri, insyaAllah....

    ReplyDelete
  18. xdpt d bayangkan al-quran berkata2..

    ReplyDelete
  19. http://quranexplorer.com/quran/ SENANG BACAIKUT 10 QARI DAN TERJEMAHAN BM TAPI LOG IN DULU

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis