dwatyKNY: penangan HARIMAU MALAYA...

Thursday, July 28, 2011

penangan HARIMAU MALAYA...

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian.... dia menendang bolanya terlalu kuat sehingga memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita... Budak itu lantas melarikan diri ketika wanita itu keluar dan menjerit.... dia kemudiannya bersembunyi sambil berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan bolanya semula... 

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang untuk membetulkan tingkap yang pecah.”

Dan seperti yang dikatakan... seorang lelaki dengan kotak perkakas datang ke rumah wanita tersebut... “Maaf. Saya nak betulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilakan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkap rumahnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu memberikannya sambil berpesan agar lain kali lebih berhati-hati. Budak itu hanya mengangguk lalu segera pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itu hairan lalu bertanya, “Bukankah anda ayahnya?”

lelaki itu pulak berkata. “Apa??? bukankah anda ibunya?” 

.....................

si budak tadi sedang tersenyum didepan tv sambil menunggu perlawanan bola sepak yang akan berlangsung....


aku pun tak sabar nak tengok malam ni.... 
tak sabar nak duduk depan tv dengan mata SEPET sebelah...
tak sabar nak dengar HARIMAU MALAYA MENGAUM menentang SANG SINGA..
TAPI... ada ker siaran langsung dekat tv selain ASTRO???

17 comments:

  1. aha..rtm and astro ade live kat tv...jgn xtgk..hehe

    ReplyDelete
  2. harap2 rtm ade siarkan perlawanan malam ini..sebab takde tiket nak pergi stadium ni..(:

    ReplyDelete
  3. sory lari tajuk.....

    waty masa akak nak masuk blog ko mesti benda alah tu ada...ko ada tak..tak buang mana2 link gengblogger ni?

    http://makencikladyzul.blogspot.com/2011/07/kenapa-benda-alah-ni-wujud.html

    ReplyDelete
  4. harap2 harimau dpt mengalahkan singa...

    ReplyDelete
  5. bijak jugak budak tu ehehe

    GO TIGER..belasah singa

    ReplyDelete
  6. Dwaty..
    Akak harap..."Harimau' kita akan terus mengaum sepanjang perlawanan dan membaham sang "Singa"..
    p/s akak takut nak tengok, kalau tengok, mesti kita kalah..hu..hu..

    ReplyDelete
  7. hahaa . sengal yang amat .. dua2 kena tipu daa ..

    ReplyDelete
  8. haha... dua2 kena tipu ngan budak techik tu...

    ReplyDelete
  9. hihihi.. kelakar la budak kecik tu.. ada2 jer idea dia nak kenakan org..

    ReplyDelete
  10. huwaaa sadis n kachiwa wuwuwu, apapun malaysia totap di hati ku!

    Dwaty cyg thank u so mch for the wish! :-*

    ReplyDelete
  11. Good job Malaysia. nice spirit!!

    ReplyDelete
  12. aduhai kecundang juga akhirnya...

    ReplyDelete
  13. auuummmmmmm eh? tetibe :P hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis