dwatyKNY: DUNIA @ AKHIRAT ???

Friday, July 29, 2011

DUNIA @ AKHIRAT ???

beberapa hari yang lalu, masa aku jalan2 dengan mata yang sepet sebelah (geram tak dapat MC).... aku terbaca satu perkongsian yang membuatkan aku @ sesiapa juga yang membacanya akan terfikir lalu tertanya "PELIK KAN KITA???"...  apa yang pelik???? korg baca dan renungkanla sendiri......


pelik kan... lebih Ramai orang yang suka ke taman rekreasi berbanding dengan pergi menziarahi sanak saudara @ rakan taulan... 
pelik kan... ramai orang yang sanggup mengeluarkan belanja memelihara kucing siam, pokok orkid dan sebagainya daripada memelihara anak yatim @ membiayai persekolahan anak2 orang miskin.. 
pelik kan... sedikit orang respon email yang diajak berfikir... tetapi ramai yang respon email yang bertelagah pendapat...
pelik kan... susahnya nak diajak menyebarkan dakwah... tapi mudah diajak untuk bergosip...
pelik kan... 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir... tapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi...
pelik kan... betapa susahnya untuk menghabiskan bacaan ayat al-quran walau satu halaman... tapi, majalah hiburan @ novel 100 halaman pun sanggup habis dilahap... 
pelik kan... betapa susahnya nak merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa @ solat.. tetapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan2...
pelik kan... dengar iklan jualan murah di tv, rasa tak sabar2 nak pergi membeli belah... tetapi bila dengar laungan azan... tak sabar2 nak tukar channel...
pelik kan... pasar malam yang jauh, rasa ringan jer kaki nak pergi walaupun terpaksa naik kereta@train... tapi masjid dekat rumah rasa berat plak kaki nak gerak..
pelik kan... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila dibawa ke shopping komplex...
pelik kan... betapa lamanya 1 jam berada dimasjid tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung...
pelik kan... tak sampai 30 minit mendengar khutbah di masjid dah rasa jemu... tetapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun berulang2 kali dipasang... 
pelik kan... ramai orang sanggup berebut untuk berada dihadapan menonton bola @ konsert... tapi berebut cari saff paling belakang bila solat jumaat supaya boleh cepat keluar..
pelik kan... betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu bola sepak jadi kegemaran kita... tetapi bosan bila iman solat terawih bulan ramadhan bacaannya lama dan panjang.. 


TIADA yang PELIK sebenarnya kerana itulah hakikatnya manusia kini... sesungguhnya DUNIA ini hanyala PERMAINAN buat mereka yang tidak memikirkan AKHIRAT... tidak ada salahnya untuk BERHIBUR selagi ia tidak bertentangan dengan SYARIAT ISLAM... tetapi biarla diSEIMBANGkan dunia dan akhirat sebagai contoh :


jika tak berpeluang menziarahi sanak saudara @ rakan taulan... apa salahnya ajak mereka ke taman rekreasi bersama...
tak salah melabur memelihara kucing dan sbgnya jika itu adalah hobi... tapi jangan dilupa anak2 yatim yang memerlukan bantuan kita...
respond la email yang bertelagah pendapat dengan nasihat... dan responla juga email yang mengajak berfikir dengan pandangan  
tak salah layan cerita komedi yang akan buat kita ketawa kerana ketawa boleh mengubati penyakit... tapi zikir jangan diabaikan kerana boleh menghilangkan stress...
tak salah membaca majalah@ buku kerana membaca tu jambatan ilmu tapi biarla Al-Quran yang dijadikan pegangan hidup kerana banyak ilmu didalamnya...
bersembang untuk mengeratkan silaturahim amat digalakkan... tapi jangan dilupa perkara yang paling disukai oleh ALLAH apabila kita menadah tangan memohon, meluah, merayu dan meminta sesuatu kepada-Nya...

tak salah kalau kita nak bershopping, menonton wayang, tengok bola dan sebagainya... tapi luangkanlah masa juga dengan berkunjung ke RUMAH ALLAH untuk sama2 bersolat jemaah... fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
sumber dari

Islam daripada awal lagi memperingatkan umatnya supaya jangan terlalu mementingkan kehidupan dunia sehingga melupakan kehidupan akhirat.... Tetapi.... Islam juga melarang umatnya hanya menumpukan akhirat dan meminggirkan dunia yang menjadi jambatan menuju akhirat yang abadi... perlu diseimbangkan kedua2nya supaya kita beroleh kebahagian dunia dan akhirat... bulan RAMADHAN yang bakal tiba salah satu jambatan untuk kita memperolehi lebih banyak ganjaran... so, janganla dipersia2kan... buat rakan2 blogger....


31 comments:

  1. Banyak yg pelik dah jadi tak pelik dwaty. Nanti masa terawih ada lagi yg pelik tapi dah biasa juga bila masa rokaat pertama duduk saf belakang last sampai witir kita jadi saf yg pertama macam gambar kartun tu...

    ReplyDelete
  2. masa awal ramadhan..surau penuh sampai ke luar ....dah tinggal sepertiga ramahdan...tinggal sebaris jek jemaah

    ReplyDelete
  3. dunia akhir zaman biasa lah kan..

    ReplyDelete
  4. asmlkm dwaty...

    trm ksh sdi berziarah di blog ina..apa shja..yg kita lakukan perlulah seimbang...
    mohon share info ni kt fb yea...

    ReplyDelete
  5. macam2 leh jadi dalam dunia sekarang kan

    ReplyDelete
  6. amboi panjangnya entri~~

    *tapi takde yang pelik pun~~dunia da akhir zaman~he~~

    ReplyDelete
  7. memang pelik dengan dunia sekarang..

    lebih banyak pentingkan dunia kan...

    sob3...

    salam ramadhan...;_)

    ReplyDelete
  8. iman umat akhir zaman senipis kulit bawang...slmt meyambut ramadhan

    ReplyDelete
  9. manusia zaman sekarang lebih pentingkan dunia..ape2 pun selamat menyambut bulan ramadhan ya..(:

    ReplyDelete
  10. susah sekarang nak ada org yg leh fikir mcm nie..kalau disuruh berfikir kite balik yg kena..kalau tau seimbangkan dunia and akhirat tak pe..nie tak..dunia je yg dikjar..selamat menyambut ramdhan..:)

    ReplyDelete
  11. Salam Dwaty..
    Memang orang sekarang ni, suka yg.pelik2...lagi pelik, lagi diorang suka...TQ ye, selalu ingatkan akak..semoga kita semua tak menjadi orang2 yang pelik itu...:)
    p/s selamat menyambut bulan Ramadan ye..selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  12. entri ni macam gi kat aku je , betul lah aku beli semua majalah bulan ni sebab bosan tak tau nak baca apa . bodoh giler padahal boleh je aku baca al-Quran kan ? aku pon tak tahu ahh ada lagi ke tak al-Quran tu ade ke takdek dlm bilik aku yg bersemak tu .

    sebab sebab kenapa aku tak hingin kat lelaki

    ReplyDelete
  13. salam,,

    byk sangat yg pelik2...dunia akhir zaman..

    ReplyDelete
  14. erm.. betul tu. renung2kan lah. terasa besar RM50 tu bila nak topup kan kredit untuk mak, tapi terasa kecik lak (tak cukup) untuk hiburan.

    ReplyDelete
  15. uik... sumber yang satu di jawapkan dengan sumber lagi satu... susah nak buat tuh :)

    ReplyDelete
  16. betul2..byk yg kita abaikan...selamat berouasa...gee singgah cnie..(^_^)

    ReplyDelete
  17. semua tu realiti yg berlaku hari ini...

    ReplyDelete
  18. [url=http://www.planet23.com/]online casino[/url] [url=http://www.realcazinoz.com/]casino games[/url] [url=http://www.ttittancasino.com/]casino spiele[/url] [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino online[/url]

    ReplyDelete
  19. terima kasih atas peringatan..
    semua yang diperkatakan tu benar belaka.. :'(
    semoga ramadhan kali ini menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah. amin, insyaAllah :')

    ReplyDelete
  20. selamat menunaikan ibadah puasa,
    semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
    Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)

    ReplyDelete
  21. selamat menunaikan ibadah puasa,
    semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
    Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)

    ReplyDelete
  22. itulah manusia zaman sekarang dik. Tak lupe juga ni pun peringatan untuk diri sendiri nih huhuhu. Banyak jugak yang akak terleka ropanya.

    hehehe Selamat Berpuase jugak dik dari mappiau sekeluarga yea :))

    ReplyDelete
  23. nice entry!!

    hidup ni kenalah beringat untuk akhirat jugak kan..

    selamat berpuasa.. semoga Ramadhan kali ni akan lebih bermakna untuk kita semua..

    ReplyDelete
  24. dtg sini bg senyuman, nk bawak milo tp xleh, pose kaaan =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html

    ReplyDelete
  25. pelik tp benar...kdg2 diri sendiri pun mcm tu..heheh..

    selamat menjalani ibadah puasa..:)

    ReplyDelete
  26. mmg dunia akhir zaman..bkn x sdr tp buat2 lupa kan..thanx utk peringatan ini..

    selamat menjalani ibadah puasa^^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis