dwatyKNY: GANJARAN seorang IBU...

Friday, July 8, 2011

GANJARAN seorang IBU...

"ibu.. ibu engkaula ratu hati ku....
bila ku berduka... engkau hiburkan selalu...."


lagu yang cukup sinonim dalam kehidupan kita... buktinya... apabila seorg kanak2 disuruh menyanyikan lagu untuk ibunya... pasti lagu ini yang menjadi pilihan... kerana lagu ini adalah antara lagu yang diajar semasa tadika@sekolah (juga terdapat dalam iklan tv)...  seorg ibu pulak, pasti akan tersenyum apabila anaknya menyanyikan lagu untuknya... dan mungkin akan mengalirkan airmata... kegembiraan seorg ibu jelas terpancar di wajahnya apabila anak yang dilahirkan, dibesarkan, dididik dengan sepenuh jiwa raga tidak menderhaka kepadanya... kerana seorg ibu tidak mengharapkan wang ringgit sebaliknya cukup kebahagiaan anak2 serta ketaatan seorg anak itu terhadapnya... itula kebahagiaan yang kita boleh lihat pada wajah seorang IBU...

Bagaimana pulak dengan KEMULIAAN @ GANJARAN yang dijanjikan buat ibu2, yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar seperti yang dinyatakan dalam Al-quran dan hadis??? TERLALU BANYAK... antaranya, DARJAT tertinggi seorg ibu adalah SYURGA itu terletak di telapak kaki ibu.... 


seorg sahabat menemui RASULULLAH SAW meminta izin untuk turut serta dalam perang jihad... lalu RASULULLAH bertanya... "adakah engkau masih punya ibu???"..."ya" jawab lelaki itu... lalu baginda bersabda..."jika begitu tetapla engkau bersamanya kerana syurga itu terletak di bawah tapak kakinya"..


selain itu.... mari kita hayati betapa mulianya menjadi seorg ibu....

DOA seorang ibu lebih makbul dari seorg lelaki kerana sifat penyayangnya... Rasulullah pernah bersabda... "seorg ibu lebih penyayang daripada seorg ayah... dan doa org penyanyang itu tidak akan sia2..." Rasulullah saw bersabda lagi... "wanita yang tinggal bersama anaknya akan tinggal bersamaku didalam syurga"

Apabila seorg wanita itu hamil... setiap hari para Malaikat akan beristighfar untuknya dan ALLAH telah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus seribu kejahatan...

Apabila wanita itu sakit untuk melahirkan bayinya... maka ALLAH telah memberikan pahala sama seperti org yang berjihad ke jalan ALLAH swt...

Setelah wanita itu melahirkan anak... terhapusla segala dosa-dosanya ibarat dilahirkan semula dan setiap urat yang putus itu, Allah berikan  pahala sama seperti org yang menunaikan haji...

Setelah lahir bayi itu lalu disusui... maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebajikan oleh ALLAH SWT... seorg ibu yang menyusui anaknya sehingga tempoh 2 tahun... maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan syurga adalah wajib untuknya...

Seorg ibu yang memberikan susu kepada bayinya yang menangis kelaparan.. maka ALLAH memberinya pahala setahun solat dan puasa....

Seorg ibu yang bersengkang mata pada waktu malam menjaga anaknya yang sakit... maka ALLAH SWT memberinya pahala sama seperti memerdekakan 70 org hamba...

Seorang ibu yang menghiburkan anaknya... Allah memberinya 12 tahun pahala beribadah...



Lihatla bertapa tingginya darjat seorg ibu disisi ALLAH... pahala berganda diterima sang ibu kerana melahirkan dan membesarkan anaknya... Sayangnya, segelintir ibu tidak mahu mengambil peluang ini... susah payah mengandung, tanggung sakit melahirkan... boleh plak anak itu dibuang seperti sampah... belum sempat si kecil mengenal dunia.. terlebih dahulu dia dihantar 'pulang' ke syurga....


Semalam... aku ada terbaca sebuah kisah di blog kak LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™... KISAH seorg ibu yang baru melahirkan anak tiba2 jatuh sakit dan disahkan mengidap penyakit cancer... sungguh menyayat hati... benarla org kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... kita sama2 doakan ibu ini supaya cepat sembuh... dapat menjalani kehidupan sebagai seorg ibu.... agar anak kecil ni merasa belaian kasih sayang ibunya...


ingin tahu cerita lanjut... klik SINI..


p/s : sok korg plan nak gi mana??? aku nak 'bersih'kan rumah n pergi keja... hikhik

11 comments:

  1. huhu..rindu ngan mak kat kampung..
    ibulah segala-galanya bagiku..

    owh..esok nak BERSIH kan kereta, BERSIH kan baju dan BERSIH kan rumah..haha..amik ko..lupa pulak..nak pi cari angsa ketih..wakakaka

    ReplyDelete
  2. Salam Dwaty..
    kasih, sayang dan pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya hingga dewasa takkan dapat dibalas walau dengan semangkuk emaspun..syukurlah waty..kita masih ada ibukan..kadang2 akak rasa apa yg akak beri pada emak akak masih tak mencukupi dengan apa yg dia beri pada akak...
    p/s akak dah start "bersih" dah hari ni..esok sambung lagi..he..he..bersih rumah le..

    ReplyDelete
  3. Bila dah jadi ibu tahulah kita betapa kasih ibu terhadap anaknya tidak ada batasan. Hatta nyawa pun boleh jadi taruhan. Teringat kisah nurse yg terbakar selepas dapat menyelamatkan semua nak-anaknya keluar ikut jeriji tingkap. Sedih...

    Kakak kerja half-day. Nak juga BERSIHkan mana yg patut:)

    ReplyDelete
  4. Semoga para wanita menjadi seorang ibu yang menjadi suri tauladan untuk anak-anaknya.
    Dan kita lebih dapat menhargai peran wanita yang menjadi seorang ibu bukan hanya bagi anak-anaknya, tetapi dapat membagi kebahagiaan untuk orang lain.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah's Blog

    ReplyDelete
  5. kasih ibu mmg tak kan pernah berakhir..bile kite tak jadi ibu kite tak tau ape rasa nye jadi ibu..anis selalu tny kat kazen2 yg dah kawin..dorg selalu ceirta cm ne bile dah jadi ibu nie..

    kesian ibu yg cancer nie..nie lah pengorbanan sorg ibu..

    ReplyDelete
  6. kasih ibu membawa ke syurga.. sayangilah dia selagi dia masih ada..

    nice entry dear.. touching & bawak makna yg mendalam..

    ReplyDelete
  7. akak juga seorang ibu dan anak dan memang sangat sebak bile bace kisah norma tuh.

    mudahan Allah permudahkan segala urusan perubatan norma. Dan mudahan norma cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. thanks 4 the info dwaty..
    ilmu yg sgt2 berharga..

    ReplyDelete
  9. sy share certain info yer....

    ReplyDelete
  10. @apik's.. ok.. nak share... sharela... diizinkan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis