dwatyKNY: SELAMAT HARI MALAYSIA aku ucapkan.....

Thursday, September 15, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA aku ucapkan.....

Buat mereka yang suka roti canai cicah susu pekat,
yang bila beraya diluar negeri teringatkan ketupat,
juga mereka yang selesa tidur berkain pelikat.

Buat mereka yang boleh menguasai lebih dari dua bahasa,
yang berkunjung ke bazar ramadan di bulan puasa,
juga mereka yang main congkak bersama.

Buat mereka yang tak kenyang kalau tak makan nasi,
yang dikampung suka sekali mandi air perigi,
juga mereka yang kerap berulang-alik menaiki feri.

Buat mereka yang sering bertanya "awak dah makan???",
yang bila bertemu memberi salam menghulur tangan,
juga mereka yang peramah walau baru berkenalan.

Buat mereka yang setia menyokong pasukan HARIMAU MALAYA,
yang sukakan buah durian, langsat dan bidara,
juga mereka yang menghargai keindahan alamNya.

Buat mereka yang rela berkorban untuk NEGARA,
yang merintis kebebasan ketika seawal MALAYA,
juga mereka yang bangga bergelar warga MALAYSIA.

Buat mereka yang cintakan bumi bertuah ini,
yang di SEMENANJUNG, SABAH dan SARAWAK sekali,
aku ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA sekali lagi...














thanks to PERODUA

23 comments:

  1. salam ziarah

    selamat untuk semuanya...

    dah follow jom follow back
    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Malaysia...dan selamat bercuti!...

    ReplyDelete
  3. selamat hari malaysia untuk semua!!

    ReplyDelete
  4. Selamat hari 1st Malaysia.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah's Blog

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti.. :)
    selamat hari Malaysia

    ReplyDelete
  6. Cool gile entry nie! Selamat Malaysia utk kite semua!

    ReplyDelete
  7. samat ari mesia!~ ^^
    n selamat berhujung minggu~ =)

    ReplyDelete
  8. selamat hari malaysia...../salam kenal..;d

    ReplyDelete
  9. selamat Hari Malaysia.. cuti tak hari nieh?? hihihihihi..*puisi tu comey arr

    ReplyDelete
  10. selamat menyambut hari malaysia...

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Malaysia...
    Semoga kita semua bertambah makmur dan berjaya....

    ReplyDelete
  12. Cuma tergerak dihati ini
    janganlah nak kaya sendiri
    dengan kuasa yg diberi
    ramai rakyat yg tercari-cari
    walau sekadar sesuap nasi
    sedangkan dia duduk goyang kaki
    duduk kerusi empok hingga tak sedar diri
    ramai yg lapar menangis saban hari
    sama-samalah kita merasai
    pembentukan M'sia dgn hati suci-murni

    ReplyDelete
  13. hari malaysia tahun ini dapat anak buah baru..

    ReplyDelete
  14. Sempat lagi ke wish nih...! ya ya ya.. saaaaatuuuU... MALAYSIA

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis