dwatyKNY: kisah MUALAF # 1 (AISYAH, kenya)

Friday, October 21, 2011

kisah MUALAF # 1 (AISYAH, kenya)

Perkenalkan diri anda, pekerjaan anda dan bila anda mula memeluk islam...

Nama saya AISYAH, dilahirkan di KENYA... saya dah memeluk islam sejak 10 tahun yang lalu setelah berjuang dalam pencarian... sebelum memeluk islam, saya adalah seorang pramugari yang ketika itu saya seakan hidup dipuncak yang tinggi... seorang pramugari yang berjaya, meraih banyak duit dan saya mampu membeli belah di Milan mahupun Paris... pendek kata saya mampu beli apa saja yang saya impikan... tapi, semakin banyak yang saya beli semakin saya bertambah murung... Alhamdulillah, dengan rahmat ALLAH SWT... akhirnya ISLAM TELAH MENJUMPAI SAYA... BUKAN SAYA YANG MENJUMPAI ISLAM...


Apakah yang ada kagum tentang 
RASULULLAH SAW???

Kehidupan Baginda telah diajar kepada kanak2 dan semua peringkat umur sejak 15 kurun yang lalu.. baginda adalah manusia agung sepanjang 15 kurun dan seterusnya... TOKOH YANG PALING BANYAK DIBINCANGKAN DAN DIBACA KISAH HIDUPNYA... segenap hidupnya telah direkodkan... sebab itulah kita dengan mudah tahu cara baginda menjalani kehidupan seperti menjamu, duduk dan berbicara... terlalu banyak sebenarnya justeru itu payah untuk kita pilih bahagian mana yang hendak diperkatakan... apa yang pasti tiada lagi manusia yang hidupnnya telah direkodkan seperti baginda... 


Adakah individu muslim yang anda temui menceritakan tentang Islam???

Adakah saya kenal orang islam??? saya kenal orng islam sejak saya lahir lagi... jiran rumah saya org islam, rakan sekerja saya, sahabat saya dan kawan rapat saya adalah orang islam... sedihnya mereka tak pernah menyeru saya memeluk islam... mereka melebel kami sebagai orang kafir!! kami tak pernah lihat AL-QURAN dan menyentuhnya kerana kami dianggap bernajis...  saya sebenarnya tidak menyangka islam akan menjadi sebahagian daripada saya... sungguh saya tak sangka... saya tak diseru kepada islam, membuatkan saya menganggap islam tak sesuai dengan saya... bayangkanla saya pergi ke Mekah sebanyak 7 kali sebagai pramugari yang melayan jemaah haji... saya sentiasa mendengar seruan "labbaika Allah" tanpa saya mengerti maksudnya... mungkin ketika itu ALLAH belum lagi mahukan saya sebagai muslimah dan mugkin kalau saya peluk islam ketika itu saya takkan dapat rasakan seperti sekarang tentang islam... namun amat menyedihkan, UMAT ISLAM MEMILIKI BARANG YANG SANGAT BERNILAI, TAPI TIDAK MENYEBARKANNYA...


Perbezaan pandangan anda ketika sebelum dan selepas memeluk islam.

Sebelum memeluk islam, saya kenal Baginda sebagai seorg arab yang gila sambil tangannya memegang pedang... mengugut manusia bahawa dia akan memotong tangan dan kepala mereka... itu persepsi saya yang tak kenal baginda dan tidak diperkenalkan tentangnya... apa yang saya tahu lagi kami perlu belajar tentang hijrah iaitu 622 hijrah hanya untuk lulus periksa...  tetapi, selepas memeluk islam, apa yang saya boleh cerita.. KADANG2 SAYA INGIN MATI CEPAT AGAR BERPELUANG MELIHAT BAGINDA... tak layak rasanya untuk saya membicara tentang manusia yang dipilih oleh ALLAH SWT ini... yang dipilih untuk membawa seruan IMANNYA yang terakhir dan rahmat bagi sekalian alam... 


Nasihat anda kepada pemuda islam...

Masih sempat untuk mereka buka mata mereka... merenungi dunia, bahawa islam itu suci... rebutlah peluang ini, PELIHARALAH ISLAM DAN SAMPAIKANLAH SERUAN ISLAM KERANA KITA SUDAH KESUNTUKAN MASA... bagaimana ada org yang tergamak memohon syafaat daripada NABI SAW padahal dia melupakan baginda ketika didunia... begitu juga yang mengharap agar dapat berjalan bersama baginda merentasi "sirath" padahal didunia kita langsung tak berbuat sesuatu untuknya... sebenarnya ia sangat mudah... jika kau cintakan seseorang... kau perlu ikut dan bekerja untuknya... sama seperti, apa yang awak lakukan untuk kekasih awak??


Andai RASULULLAH SAW dihadapan anda... apakah yang anda ingin ucapkan??

Jika saya tidak pengsan atau mati... saya akan katakan kepada baginda... JANGANLAH BERSEDIH!! umat islam kini sedang tidur nyenyak dan tidak memahami seruannya... saya akan meminta baginda mendoakan kita yakni umat islam agar bangkit dan memahami risalahnya, bekerja deminya dan menyebarkan risalah keseluruh dunia agar manusia kenal siapakah Lelaki ini... dan saya juga akan memohon kepada ALLAH SWT supaya menyedarkan kita dari kelalaian dengan rahmatnya bukan dengan musibahnya sebelum terlambat... sebelum tibanya hari akhirat..

Sumber dari : 
Rancangan TV arab 'LAU KANA BAINANA'


"aku yang dilahirkan sebagai org islam pun tidak seALIM dia...
malunya aku kepada-MU ya ALLAH..." 

13 comments:

  1. Terkedu sejenak kakak yg kerja dilingkungi dgn manusia bukan Islam. Terasa kakak pun tidak pernah bersuara kepada mereka utk memeluk Islam. Rendahnya diri ini dwaty...

    Jadi iktibar buat kakak.Thanks dik...

    ReplyDelete
  2. nice sharing...kite ambil pengajaran dari cerita ni...

    ReplyDelete
  3. Sayu hati baca entry nie. Sedang seagama melenting diajak kembali, inikan pula yg berlainan...

    =(

    ReplyDelete
  4. Dwaty..
    TQ ye sudi share lagi ilmu tu...
    Memang akak kagum dengan org yg.mendapat Hidayah dari Allah ....mereka betul2 mencintai agama kita ini..tapi kita yg dilahirkan sebagai org.islam ni...terlalu banyak terleka....kita tunjukkan contoh yg tidak baik kpd.mereka....(contoh minum arak/berjudi) menyebabkan mereka tidak menghormati agama kita...yg salah adalah kita (orang islam ) sendiri...bukan agama kita......:(

    ReplyDelete
  5. apapun akak paling suka bila dia sebut 'labbaikallah....'

    p/s: akak suka entry kamu... thanks sayang...

    ReplyDelete
  6. aku jua malu dengan diriku..sesungguhnya dia adalah insan yang masih menyedari manusia zaman sekarang semakin lupa kat rasul agung kita..

    sekarang orang islam secara memeluk adalah lebih memahami berbanding islam secara keturunan..semoga hidayah terus mekar di hati kita yang rata2 lahir mengenali islam secara keturunan

    ReplyDelete
  7. sama-sama kita bermuhasabah diri..

    ReplyDelete
  8. bila nilai diri sendiri dgn muallaf,rasa macam banyak kekurangan dan kdg2 mereka lebih mendalami Islam..;(

    ReplyDelete
  9. kita seolah2 berada dlm comfort zone..terlalu selesa hingga melupakan segala..~

    iya, mmg x dinafikan, mereka yg baru memeluk Islam kdg2 lebih baik dari mereka yg sememangnya Islam~

    ReplyDelete
  10. dla pun kdg2 tertidur gak..wuwu..sm2 kita bykkan berdoa dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari2 semalam..Amin

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis