dwatyKNY: surah AL-KAUSAR banyak khasiatnya...

Friday, October 7, 2011

surah AL-KAUSAR banyak khasiatnya...


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat , diturunkan di Makkah dan bermaksud SUNGAI di SYURGA. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
© S E B A R K A N W A L A U S A T U A Y A T █║▌│█│║▌║││█

16 comments:

  1. Kalau anak kakak baca bukan tahu apa hikmah disebalik ayat tapi sebab nak cepat habis masa solat sendirian...

    ReplyDelete
  2. ini antara surah wajib yg abg baca ketika solat ,,bagus surah ni klu di amalkan

    ReplyDelete
  3. Salam Dwaty..
    Terima kasih dikkkk...sudi kongsi ilmu lagi...itu yang akak suka pada waty ni...:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih kongsi info ini..ayatnya pendek tapi terkandung banyak hikmah..:)..

    ReplyDelete
  5. terima kasih dear...
    perkongsian yg sgt baik...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian..
    Barakallahufik'

    ReplyDelete
  7. tp nk leh amalkan ssh gak kn..tapi kita leh cuba

    ReplyDelete
  8. hmmm akak memang selalu amalkan surah ni dik :)

    ReplyDelete
  9. page rank tool seo steps backlink service backlink services

    ReplyDelete
  10. org kata bila memsk bacalah surah nih...mknana akn jd sedap..

    ReplyDelete
  11. terima kasih.. sebelum ni tak tahu pun..

    --------------------
    nak jemput join http://www.ohbelog.com/
    komuniti terbaru blogger Malaysia.

    jom dapatkan traffik free di ohbelog.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis