dwatyKNY: apabila DOA tidak DIMAKBULKAN...

Friday, November 25, 2011

apabila DOA tidak DIMAKBULKAN...

Assalamualaikum...

aku ada terbaca sebuah kisah mengenai....

seorang lelaki yang berdoa kepada ALLAH agar diberikannya bunga dan rama2... namun keesokkan harinya, ALLAH memberinya sepohon kaktus berduri dan seekor ulat beluncas... si lelaki berasa sedih, tidak faham dia, mengapa pemberian-NYA berbeza dengan permintaannya...Tetapi dia kemudian berfikir untuk menyejukkan hati, ALLAH mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.. dan dia pun memutuskan untuk tidak mempersoalkannya lagi...
selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan... lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh sekuntum bunga yang cantik... dan daripada seekor ulat beluncas yang berselindung, telah bertukar menjadi seekor rama2 yang cantik...

SUBAHANALLAH...... ALLAH swt sentiasa melakukan semua perkara dengan betul, walaupun pada mata manusia sentiasa salah... jika kita memohon dan menerima sesuatu yang lain dari ALLAH, percayalah pada kurnia itu... pastinya ALLAH sentiasa mengurniakan apa yang dipinta sesuai pada masanya... yang kita pinta tidak semestinya apa yang diperlukan... ALLAH tidak akan gagal memenuhi permintaan umat-NYA termasuklah berdoa tanpa ragu dan mengeluh...kerana DOA ITU SENJATA MUKMIN...

janganlah kita sesekali bersedih dan menyalahkan takdir apabila DOA tidak dimakbulkan... sebaliknya, yakinlah bahawa duri hari ini adalah bunga hari esok.. ALLAH mempunyai pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerah kepada-NYA... buat kak niezzareenamemory02 tahniah kerana DOA dimakbulkan ALLAH setelah sekian lama... 


psssttt : malam ni aku balik kampung lagi... tak pernah dalam sebulan aku balik 2 kali... ini yang pertama... doakan aku selamat sampai... aku terjah blog korg dari KK bah....

16 comments:

  1. Allah ada perancangan yg terbaek buat setiap insan di muka bumi ini

    ReplyDelete
  2. setiap yang terjadi ada kelebihannya
    anum dokan selamat smp kg

    ReplyDelete
  3. mgkn apa yang saya mintak tuhan tak beri...malah saya dpt yg lain... semua itu ada hikmah disebaliknya....

    ReplyDelete
  4. Bila Allah makbulkan doamu,maka DIA menyayangimu,bila DIA lambat makbulkan doamu,maka DIA ingin mengujimu,bila DIA tak makbulkan doamu,maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu...sentiasa bersangka baik dgn Allah...

    ReplyDelete
  5. yg penting, kita jgn putus doa dan doa dan doa..

    ReplyDelete
  6. Setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya, kerana DIA sentiasa sayang kepada kita.
    KM suka baca entry ni...

    Selamat balik ke kampung, moga dipermudahkan segala urusan....

    ReplyDelete
  7. yg penting berdoa dulu..tak di maqbulkan skang.. di maqbulkan suatu hari nanti

    ReplyDelete
  8. Kita sebagai seorang umat islam tidak harus berputus asa sehingga doa kita dimakbulkan.

    ReplyDelete
  9. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. mungkin hikmah tu x kan nampak dalam masa terdekat, apa yg pasti Allah dah rancang yg lebih baik utk kita..

    thanks utk entry peringatan yg baik ni..

    ReplyDelete
  10. Rezeki Allah itu dtgnya dari celah2 yg x disangka..Maha suci Allah~

    ReplyDelete
  11. Salam Dwaty,

    Kak Ros doakan perjalanan Dwaty selamat semuanya...

    Allah tu maha pengasih dan penyayang,setiap apa yang dia bagi kat kita tu ada hikmah disebaliknya...bersyukurlah....

    ReplyDelete
  12. balik kampung mmg best...nnt bila2 nak gi kampung ko boleh? nak pekena lokang panggang...hehe....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis