dwatyKNY: mereka LEBIH BAIK dariku...

Friday, December 23, 2011

mereka LEBIH BAIK dariku...

salam jumaat...



1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu : 
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". 

2) Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu : 
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3) Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu: 
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4) Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu: 
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5) Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu: "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu: 
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".

-Syeikh Abdulkadir Al- Jailani

18 comments:

  1. salam jumaat dwaty..moga kita sama-sama memperbaiki diri jd lebih baik ..insyallah

    ReplyDelete
  2. kena ada perasaan humble dalam diri....bagus perkongsiaan ni..;)

    ReplyDelete
  3. kita harus percaya diri dan yakin serta memperbaiki setiap keburukan

    Wanita suka mengumpat sulit dikapankan

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat....
    Ilmu yg bermanfaat di hari Jumaat...barakahhhh

    ReplyDelete
  5. subhanallah... nice sharing

    p/s: arigatou my dear!

    ReplyDelete
  6. kata-kata syeikh jailani sangat sy suka baca

    ReplyDelete
  7. mengisafi diri...


    jemput ke rumah baru:
    http://pyejal.com/blog

    ReplyDelete
  8. perlu sentiasa bersangka baik,pasti hati lebih tenang~ =)

    ReplyDelete
  9. selalu ingatkan pada diri sendiri untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. jika semua berfikiran spt ini.. pasti tidak akan ada perasaan diri hebat.. dan ego.. dan sudah pasti tiada lagi yg akan berasa rendah diri disebabkan perlakuan manusia lain terhadapnya..

    ReplyDelete
  11. enrty yang baik dwaty. tq atas perkongsian. jmput bc SIGNAL KIRI? SIGNAL KANAN?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis