dwatyKNY: "RUMAH TERBALIK???" tanya si OMEKK

Saturday, February 18, 2012

"RUMAH TERBALIK???" tanya si OMEKK

Salam guys…


Setiap kali pulang ke kampung halaman… ada saja cerita menarik yang ku dengar… ada saja perubahan yang berlaku….  Terbaru heboh diperkatakan tentang RUMAH TERBALIK… sejak minggu lalu lagi picture nya sudah memenuhi wall FB teman2… RUMAH yang kukira hanya dongengan dan sekiranya betul aku andaikan RUMAH ini berada di luar MALAYSIA… tanggapanku salah belaka… rupa2nya RUMAH TERBALIK  ini didirikan oleh org tempatan dan terletak di TAMPARULI, SABAH…  negeri kelahiranku… minggu ini, aku ingin melihatnya sendiri jika berkesempatan… insyaALLAH… 5 hari aku di kk pasti ada masa terluang… kalau boleh aku nak terbalikkannya ke asal… hehehe


Seawal 9.10 pagi semalam, aku tiba di terminal 2 KK (aku tersilap beli tiket sebenarnya, terbeli waktu subuh), aku dijemput oleh adikku atas permintaanku sendiri kerana tidak mahu menyusahkan ayahku… ada kiriman yang diamanahkan dan aku perlukan khidmat tenaganya untuk diserahkan kepada pemilik pada pagi itu juga… 

sepanjang perjalanan balik, banyak cerita yang dibualkan… antara yang menarik perhatianku ialah… WARGA KK termasuk adikku sedang sibuk memburu si OMEKK…siapa OMEKK??? Orang Misteri Era KK… dengan hanya membeli HARIAN EKSPESS untuk mengetahui KLU pertama… sentiasa mendengar ERA KK untuk mengetahui KLU kedua, ketiga dan seterusnya… warga KK dah boleh menjejaki si OMEKK… caranya, pergi ke tempat yang ada kaitan dengan KLU… apabila terserempak dengan seseorg yang mencurigakan, hanya perlu bertanya “Kau ka orang mesteri era kk???” jika betul… ganjaran lumayan menanti… sesuai dengan slogannya ‘kalau nda tanya nda menang’… minggu lalu saja dah ramai yang menang… ada yang menang RM6k… ada juga yang dah jumpa si OMEKK tapi tak berjaya coz pertanyaannya tak kena… kan dah rugi… semalam plak(khamis lalu), Pasar Besar KK sesak dipenuhi org ramai… ini kerana KLU pertama dan kedua ialah SAYUR-SAYURAN dan STRAWBERI… sekali rupa2nya si OMEKK bukan berada di Pasar, tapi di saaaaaaanaaaaa KUNDASANG… cilaka kata adikku…


patutlah sepanjang jalan hanya siaran ERA KK yang jadi halwa telinga… apabila DJ memberikan KLU… ku lihat adikku menguatkan volume radio… ni PEKAK ke PENANGAN… layan je la… KLU nya ialah POKOK RU… nah ambik ko… punya banyak pokok ru di KK ni… mana mau cari… adik ku meneka TANJUNG ARU… aku iya kan saja tapi tetap beri pendapat lebih baik tunggu KLU seterusnya… pagi2 begini lebih baik cari NASI GORENG drpd cari POKOK RU… hehehe

semasa menaip entri ini semalam… aku lihat abg baru pulang dari kerja… sampai saja dia didepan pintu, aku lantas bertanya “kau ka yang mau belanja makan seafood di Anjung Senja???”… dia menjawab dengan bertanya semula “kau kan yang setuju mau bayar bersama???”… hampeh punya abang, baru nak bodek cara omekk… dia kenakan aku balik…

OMEKK merupakan satu fenomena yang melanda warga KK tika ini… dimana2 semua cerita pasal OMEKK… Bila ku ingat kembali, ia sama seperti segmen yang pernah dianjurkan oleh ERA FM suatu ketika dulu… korg mesti masih ingat, pendengar kena SMS dan dengar ERA, tunggu KLU dan tunggu DJ call… yang bertuah akan dihubungi… tapi, tak boleh jawab HELLO sebaliknya kena jawab “ERA….… “ Ntah aku dah lupala… jika bernasib baik wang ringgit akan dimenangi… begitulah strategi yang dilakukan oleh pihak ERA fm untuk menaikkan ranking pendengar… 

psssttt: hari ini merupakan hari terakhir pemburuan OMEK... RM10k ditawarkan... KLU akan diberitahu dari semasa ke semasa selagi belum ada pemenang... setakat ini 6 KLU telah diberikan... adik aku dah mula memburu...

16 comments:

  1. Rumah terbalik tu masih OK lagi sbb jejak kat tanah, tapi kereta yg tergantung tu...

    Jumpa tak rumah tu?

    ReplyDelete
  2. superb awesome..xpernah tengok ag nie..nak g sana la dwaty...haha..oowh dah balik sabah ek...selamat bercuti..

    ReplyDelete
  3. rumah terbalik? gambar tu gambar rumah ke?

    komputer lady nmpk bluir jerk..

    OMEK tu ape?

    lady x pernah dgr segmen tu.. tp bunyinye menarik.. kene tanye setiap org lah ek?

    ReplyDelete
  4. serius cool rumah ni,.


    balik sbh sy mo p sna..

    ReplyDelete
  5. teringin nak pergi bila pergi sabah nanti..

    ReplyDelete
  6. Salam Dwaty..
    Selamat bercuti !!...seronok sakan lah ye balik kampung....akak rasa waty selalu balik kampung ni...bukannya nak jumpa mak ni...tapiii...nak jumpa buah hati...betul tak?...ha..ha..

    ReplyDelete
  7. kak azi... kalau buah hati di sabah saya dah lama minta transfer ke sabah... hehehehe

    ReplyDelete
  8. rumah tu dah pernah nampak tapi kereta belum..

    ReplyDelete
  9. demam OMEKK bahh orh sabah hehe..tp abis suda kan..d ofis pun omekk sajak dorg crita :P

    kalo d terminal 1, dpt la jmpa hehe

    ReplyDelete
  10. bertuah la bdn kalo dpt buru OMEK tu ye~ ^^

    ReplyDelete
  11. Еvеry weekenԁ i used tо pаy a visit thiѕ
    web page, aѕ i wiѕh for enjoyment, ѕince this this web page cοnations really good funnу data too.


    my blog: guaranteed payday loans

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis