dwatyKNY: KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...

Friday, March 30, 2012

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, 
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)



Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,? menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Imam Muda Hilal

20 comments:

  1. Bapak kakak punya 7 anak perempuan dan satu anak lelaki. Kakak pula mempunyai 3 anak perempuan.

    Moga kakak dapat mendidik anak kakak seperti bapak kakak mendidik 7 anak perempuannya...

    ReplyDelete
  2. istimewa nyer kaum hawa kan...

    ReplyDelete
  3. wanita itu sgt istimewa..sy bangga jadi seorang wanita :)

    ReplyDelete
  4. bukan senang mak ayah nak jaga anak perempuan nie kan....moga Allah je yg mampu balas jasa2 mereka...

    ReplyDelete
  5. errr dwaty nnt nk anak perempuan brapa? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ tak kesahla anis... Anak ksn rezeki ;-)

      Delete
  6. bestnya...tq ya..kak ita ada 2 anak perempuan dan 1 adik ipar perempuan kat rumah..

    ReplyDelete
  7. sy...x kisah sis..dikurniakan anak girl or boy..janji sihat..but smpai skrg blom lg dpt rezeki tu....
    hmmm..yg penting usaha kan...
    byk kn keistimewaan dpt anak pompuan...teringin sesgt...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. inshaAllah.

    mymum selalu sebut, 'baguslah ada anak perempuan ramai2' ~anak dia sorang je perempuan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sar... Samalah kita... Sorg jer pompuan..

      Delete
  9. ada yg buta mata hati xnampak kelebihan ni.....:(

    ReplyDelete
  10. tulisan yang bagus dan sangat menginspirasi, salam kenal dari Mas Huda

    ReplyDelete
  11. berat t/jwb yg punya ramai anak pompuan,kan~

    p/s: bila nak add aku fb~ ;p

    ReplyDelete
  12. untung ada anak perempuan nie..andai kate si ayah diberi ujian dalam memlihara anak pompan nie si ayah sabar n harungi dengan tenang n memaafkan ganjaran pahala akan dapat kan..

    ReplyDelete
  13. family akak rmai perempuan dr lelaki
    gud info dek

    ReplyDelete
  14. hehe,, susah nk jaga anak perempuan.. tapi bila dijaga elok2.. syurgalah kita..=)

    jom tambah ilmu sikit=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/04/kalau-lah-kita-faham.html

    ReplyDelete
  15. didikan yang sebaiknya patutu diberikan kepada anak perempuan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis