dwatyKNY: ARAHAN tak KESAMPAIAN...

Monday, April 30, 2012

ARAHAN tak KESAMPAIAN...


ARAHAN Pengarah Urusan : "Esok ada gerhana penuh pada pukul 9 pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk  menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta berkumpul di padang dengan berpakaian kemas. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas, kita akan berkumpul di kantin saja!"

Lalu Pengurus menyampaikan arahan bosnya kepada ketua jabatan.. "ini adalah arahan Managing Director... esok pukul 9 pagi akan ada gerhana matahari penuh. Jika esok hujan, kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas. Dengan itu, peristiwa gerhana akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. ini adalah kejadian yang kita tidak boleh lihat setiap hari!"

Dan ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen. "Ini adalah arahan dari Managing Director. Esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pukul 9 pagi dengan berpakaian kemas. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari!"

Seterusnya ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia. "Jika esok turun hujan dikantin, kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director dengan berpakaian kemas akan gerhana pukul 9 pagi!"

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya. "Esok pagi, pukul 9... Managing Director akan gerhana. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari...hehehe"


psssttt : ini adalah rekaan semata2... tiada kaitan antara yang hidup dan yang telah pergi... juga tiada kaitan antara BOS dan pekerja... tapi APAKAH PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARI KISAH INI?? rasanya semua dah tahu kan???... ker pernah terjadi di tempat kerja korg??? apa2pun... kepada semua rakan2 blogger dan juga mereka yang tersinggah sama ada sengaja @ tidak sengaja di blog ini... aku ucapkan

21 comments:

  1. haha kepatuhan mendengar arahan ketua.. lawak2...

    selamat hari pekerja untuk semua pekerja

    ReplyDelete
  2. hahaha....
    lawak pulak nengoknya....
    mcm tu jugak la dgn kehidupan kita sehari2...
    lain yg kita sampaikan...
    lain pulak jadinya...
    dari cerita yg hanya sekadar semut merah...
    terus jadi cerita ular berbisa dek kerana tokok tambah...
    aduyai....

    ReplyDelete
  3. hehehe..
    betul2.. mcm ni la yg selalu nye terjadi dlm organisasi..
    arahan tak kesampaian.. ;)

    ReplyDelete
  4. Itulah pentingnya mencatat bukan sekadar mendengar... tak boleh jadi secretary nie...

    ReplyDelete
  5. selamat hari pekerja juga buat awak..
    salam perkenalan dr js..
    thanks sudi singgah di blog js yg tah apa2 tu..dan semoga awak hepi bila membaca di blog js..hihi

    ReplyDelete
  6. Salam dwaty..
    Selamat menyambut Hari pekerja juga buat Waty...

    memang selalu jadi waty...lain yang dicakap, lain yang disampaikan ....

    ReplyDelete
  7. hahaha...lain terus jadinya..sakan la semua pekerja tu =D

    ReplyDelete
  8. hahaha,, rasanya dah macam jadi game telefon rosak lah.. hehe

    ReplyDelete
  9. selamat hari pekerja kpd smua pekerja di Malaysia :)

    ReplyDelete
  10. huhuhu same lah kite dikk
    always miss communicate .. rasanya rata2 semua macam tuu lah dik huhuhu

    ReplyDelete
  11. xthn ayat yg akhir skali tu...ni mesti masa sk xblajar menyampaikan pesanan betul2...ngee.....

    ReplyDelete
  12. haha...mmg kelakar kisahnya...

    moral of the story: dgr dgn teliti...klo x pasti...confirmkn lg...lagi? better pengarah urusan buat statement dlm bentuk teks spy tiada tokok tambah...n isi adalah jelas

    ReplyDelete
  13. adoii fenin2...tapi lawak la hik2...

    ReplyDelete
  14. silap faham pulok..haha..kena pasang telinga betul2..tak pon record je..happy labour day okeh dwaty...:)

    ReplyDelete
  15. hahaha... telefon berkarat.

    tapi dalam situasi bekerja tak ada macam ni kan? semuanya pakai memo. emel ke emel. hehehe

    salam perkenalan!

    ReplyDelete
  16. memang selalu terjadi mcm tu...arahan yang tk kesampaian...

    selamat hari pekerja....

    ReplyDelete
  17. ~bila dah banyak sumber maklumat dah jadi lain..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis