dwatyKNY: ILMU dan HARTA, yang mana lebih baik???

Friday, April 13, 2012

ILMU dan HARTA, yang mana lebih baik???


Suatu hari semasa Khalifah Ali bin Abi Talib memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.

"Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota dan Ali adalah pintunya?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.

"Memang benar...." jawab Ali bin Abi Talib

Lelaki pertama bertanya, "Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"

"Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta," jawab Ali.

"Apa dalilnya, wahai Ali?" tanya lelaki itu lagi.

"Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para Nabi dan Rasul. harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain," jawab Ali.

Lelaki kedua pula bertanya, "wahai Ali manakah yang lebih baik antara ilmu dan harta?"

"Tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta", jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.

"Apa dalilnya?" tanya lelaki kedua itu.

"Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya," jawab Khalifah Ali.

Lelaki ketiga pula bertanya,"wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?"

Maka di jawab oleh Khalifah Ali,"Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai banyak musuh. Tetapi orang yang mempunyai banyak ilmu mendapat ramai kawan".

Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, "Wahai saudaraaku, harta itu apabila dibelanjakan ia akan berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah".

Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, "Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati".

Lelaki keenam pula bertanya lalu dijawab oleh Khalifah Ali, "Pemilik harta akan dihisap pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat."

Khalifah Ali memandang ke arah lelaki ketujuh lalu berkata, "Harta   menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati"

Kepada lelaki ke lapan Khalifah Ali berkata,"Harta semakin lama disimpan ia akan semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk. Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah."

Akhirnya  10 lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib itu beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifah Ali dapat memberi banyak jawapan dengan hanya satu soalan.

"Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh  memberi 100 jawapan yang berbeza," kata Khalifah Ali bin Abi Talib.

psssttt: esok aku akan berkursus selama 4 hari... kursus bina insan... semoga perjalanan kami lancar dan semoga akan bertambah lagi ilmu didada...

16 comments:

  1. nice entry..

    ilmu jaoh lbh pntg dari harta..:)

    ReplyDelete
  2. nice!

    apa2 pon ilmu ttp lbh berharga..xperlu bimbang akn kehilangannya..berbanding harta

    ReplyDelete
  3. ilmu takkan hilang setelah dicari.. tapi harta boleh hilang sekelip mata setelah dicari :))

    ReplyDelete
  4. Kakak pun suka buku-buku Pak Latif keluaran PTS Publications. Seronok baca kan dan bagaikan tak mahu berhenti.

    Sungguh menghayati buku ini banyak membuka minda kita bagaimana ajaran baginda rasululullah menjadi ikutan Kahlifah Ali bin Abi Talib ini dlm kehidupan dan memberi pengajaran kepada umat Islam seluruhnya...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dwaty,

    Apa pun tentulah ilmu yang lebih penting kan....tak dak harta tu rasanya ok lagi lah,tapi kalau tak dak ilmu ni maka tak bermakna dan tak berguna langsung lah hidup kita ni kan dwaty...

    ReplyDelete
  6. entry yg menarik...terima kasih dik krna berkongsi..

    ReplyDelete
  7. betul..ilmu lebih bernilai dr harta

    ReplyDelete
  8. ilmu jauh lebih penting dari harta...

    ReplyDelete
  9. ilmu kalau diguna makin bertambah,tp harta akan makin susut.jelas ilmu lebih berguna dan bermanfaat..:)

    ReplyDelete
  10. bijaknya khalifah Ali..

    ilmu lebih bernilai dr harta

    ReplyDelete
  11. lps baca AL-Quran,kak selalu baca doa ni..

    Ya Allah tundukkan aku,suamiku dan zuriat-zuriatku hanya untuk mencari ilmu.

    nice info.tq adik.

    ReplyDelete
  12. of course ilmuuu ..
    tiada ilmuuu tidak berhartalah kita ;)

    ReplyDelete
  13. ilmu adalah harta yg tak pernah hilang....menambah2 harta pn boleh dgn ilmu...:)

    ReplyDelete
  14. ilmu dibawa smpai ke mati tp hrta letak tepi jln je lahh labuuuu

    ReplyDelete
  15. ilmu lah harta yg berharga sekali. harta juga penting tapi tak sepenting ilmu sis

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis