dwatyKNY: Dia seorang DERMAWAN...

Friday, June 22, 2012

Dia seorang DERMAWAN...

SALAM JUMAAT 2 Shaaban...


Ubaid dan beberapa orang kawannya yang tamak dan suka mengaut keuntungan dari kesusahan orang lain pergi menemui Khalifah Uthman Affan.

"Wahai sahabatku Uthman Affan, khabarnya kafilah dagang kamu dari Syam sudah sampai ke Madinah dengan membawa 1000 ekor unta yang sarat membawa gandum. jualkan kesemuanya kepada kami supaya dapat diedarkan kepada penduduk Madinah. kita sama2 mendapat untung." pujuk Ubaid

"Berapa jumlah keuntungan yang kamu sanggup berikan kepada saya?" tanya Uthman Affan pula.

"Modal 10, kami beli 12," jawab Ubaid.

"Ada yang berjanji memberi lebih dari itu." kata Uthman Affan.

"Modal 10, kami beli 15," pujuk Ubaid dengan harapan Uthman Affan tertarik dengan tawarannya.

"Ada yang berjanji memberi lebih dari itu," balas Uthman Affan.

"Wahai Uthman Affan, ini tawaran kami yang terakhir. Modal 10, kami beli 20," kata Ubaid.

"Ada yang berjanji modal 1 dibalas 10. adakah kamu sanggup?" tanya Uthman Affan.

Salah seorang daripada mereka marah lalu bertanya,"Wahai Uthman Affan, siapa yang berani memberi kamu sebanyak itu? sedangkan kami peniaga Madinah yang paling kaya tidak sanggup membelinya."

"Tuhan yang Maha Berkuasa, Dia berjanji satu dirham sedekah dibalas 10 pahala," jawab Uthman Affan.

kemudian katanya lagi, "ketahuilah wahai para perniaga yang Madinah, semua barangan dari Syam ini mahu disedekahkan kepada fakir miskin. saya lebih suka keuntungan akhirat daripada keuntungan dunia,"

17 comments:

  1. Masih adakah terselit umat Muhammad seperti pahlawan Islam ini pada hari ini? Tidak dapat berbuat seperti mereka menjadikan contoh utk kehidupan kita supaya tidak kedekut pun dah bagus...

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang ramai org kedekut huh

    ReplyDelete
  3. nk cari dermawan sejati zaman ni amat2 sukar dik!

    ReplyDelete
  4. keuntungan akhirat lebih dipandang...;)

    ReplyDelete
  5. ikhlas kerana Allah..sama-sama renungkan..tak ramai yang dermawan camnie..

    p/s:mizz dwaty..sy tag awk join GA klau free join ye bah..hehe,TQ..

    ReplyDelete
  6. Hidup ini kena sentiasa ingat pada orang yang susah juga diluar sana..:)

    ReplyDelete
  7. uthman affan memang terkenal dengan dermawan :)

    ReplyDelete
  8. c'jai baru je beli buku ni untuk anak..c'jai sendiri belum sempat baca..tentu menarik...

    ReplyDelete
  9. Salam Perkenalan...thanks for visiting my blog...

    thanks for the share...

    ReplyDelete
  10. subhanaallah... hebad kahlifah umar...

    ReplyDelete
  11. subhanallah... hebatnya beliau... kite nak derma sikit pun x sanggup.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. bgs kisahnya..kisah teladan yg harus kita contohi...moda diri kita sentiasa bermurah hati n ikhlas bersedekah ikhlas keranaNya

    ReplyDelete
  13. lamaaaaaaaaaaa tak berkunjung ke sini... salam kebizian dari teratak siFaqir 'ilmu...
    ..................................
    terima kasih atas kesudian meninggalkan komen (^___^)
    ..................................

    ReplyDelete
  14. dah lama x baca novel dari Abdul Latip...

    sangat best kan.. xboring...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis