dwatyKNY: aku tak mahu jadi PENJAMIN tapi...

Friday, July 13, 2012

aku tak mahu jadi PENJAMIN tapi...

salam..

beberapa bulan yang lalu... aku menerima panggilan daripada adik sepupuku... meminta aku menjadi PENJAMIN kerana dia telah mendapat tawaran BIASISWA untuk melanjutkan pelajaran... aku berasa hairan sebenarnya... kenapa aku yang jauh disini yang perlu hulurkan bantuan... apakah saudara2 lain tidak ada yang sudi untuk membantu??? 

jawapan yang aku terima... bukan tidak ada yang sudi... tapi tiada sorg pun yang layak... even kedua2 orang tuanya... adik beradiknya juga sama... si abang sulung masih mencari2 peluang pekerjaan setelah berhenti kerja untuk pulang ke negeri kelahiran... manakala dua orang kakaknya masih lagi belajar... 

surat tawaran yang diterima lewat dan memerlukan jawapan dalam masa 2 hari sebelum tarikh tutup juga salah satu sebab aku adalah harapan terakhir...

selain itu, aku juga diberitahu bahawa dia telahpun meminta bantuan guru nya sendiri terlebih dahulu... tapi pelbagai alasan diberi, yang ku kira si guru sebenarnya tidak sudi menjamin kerana menjadi PENJAMIN bermaksud anda perlu merelakan diri anda untuk membayar gantirugi dalam bentuk kewangan jika pihak yang dijamin gagal memenuhi syarat yang ditetapkan dalam borang perjanjian...


begitulah juga dengan aku... bila sebut pasal PENJAMIN... aku jadi risau... serba salah... mendengar cerita2 PENJAMIN MENANGUNG BEBAN HUTANG GARA-GARA MENJAMIN TEMAN/SAUDARA-MARA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB buat aku jadi takut... jika yang meminta itu bukan keluarga... mungkin aku sudah menolak dengan cara yang baik sama seperti yang dilakukan oleh si guru... 

tapi aku tak sampai hati... aku tak boleh pentingkan diri sendiri... bukan sebab jasa ayahnya yang telah banyak membantu keluargaku... tapi sebab aku sendiri pernah katakan pada adik sepupuku supaya sambunglah belajar setinggi yang boleh... jangan jadi seperti aku... dan aku percaya dia boleh... kerana dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang disekolah... diantara adik beradiknya yang lain... dialah yang paling cerdik tetapi pemalu... aku masih ingat, setiap kali aku ke rumahnya... pasti dia akan berkurung di dalam bilik ditemani buku2 sekolah... hingga aku mengelarnya si gadis ulat buku...

tahun lalu... seperti yang ku jangka... dia mendapat keputusan cemerlang dalam SPM sekaligus melayakkan dia terpilih untuk diberi tawaran BIASISWA... tapi, aku sama sekali tidak menjangkakan bahawa aku juga terpilih untuk jadi PENJAMINnya... 

setelah berpikir panjang... aku setuju jadi PENJAMIN kerana aku tak sanggup menjadi penghalang untuk dia melanjutkan pelajaran... peluang mungkin hanya datang sekali... cukuplah aku sorg yang telah melepaskan peluang yang pernah muncul dalam hidupku... aku tidak mahu dia merasa yang sama....

turut mendorong aku bersetuju adalah KEPERCAYAAN aku terhadapnya setelah melihat dia bersungguh2 dalam menuntut ilmu... aku harap dia tidak akan menghampakan aku dan keluarganya... aku tak mengharapkan balasan... cukuplah dia bertanggungjawab dan membuktikan bahawa pengorbanan kami untuknya tidak sia2...

kepada ibu bapa... dan juga bakal ibubapa... rancanglah masa depan anak anda... buatlah simpanan untuk mereka sedari kecil... kelak bila mereka ingin melanjutkan pelajaran... anda tak perlu membuat pinjaman atau mencari penjamin... melainkan dia jika ditawarkan biasiswa, perlu ada penjamin...

korg plak macammana?? pernah ada pengalaman sebagai PENJAMIN atau yang DIJAMIN???

psssttt : kejap lagi nak jumpa budak tu... nak bagi ceramah free kat dia supaya belajar rajin2... 

23 comments:

  1. ms blaja dlu, abah kyra la yg jamin.. hehe.. kyra blum pnh jd penjamin g stkat ni..

    ReplyDelete
  2. selalu ayah saya je yang jadi penjamin...tapi insyaallah, penjamin untuk belajar ni ok sikit kot..kalau penjamin pinjaman kereta ke, rumah ke, tu yang agak takut..

    ReplyDelete
  3. setakat ni x pernah lg jadi penjamin. pernah la adik mintak jadi penjamin utk kereta dia. tp x berani sbb tau dia slalu skip bayar. so, x berani amik risiko. huhuhu

    ReplyDelete
  4. adik beradik ok kot, orang luar fikir balik...risau tak bayar aja.....

    ReplyDelete
  5. Kita doakan segalanya dipermudahkan Allah ye?

    =D

    ReplyDelete
  6. xde experience tu..tp dwaty sentiasa la tanya khabar dia esp ttg pelajaran..sekurang2 nya dia akn igt jasa dwaty...

    ReplyDelete
  7. mohon petunjuk dari Dia, insyaAllah semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  8. Setakat ni belum pernah dan tak mahu menjadi penjamin sape2....

    ReplyDelete
  9. dwaty..memang kalau saudara yang minta bantuan, susah untuk kita menolak ...Tak palah, bantulah sepupu tu, mudah-mudahan allah akan mempermudahkan urusan waty dan sepupu tak lupakan jasa waty untuk dia...

    akak ada banyak pengalaman:-
    1)Cik Abang tolong jadi penjamin sepupunya beli kereta, last-last kami kena bayar 12,000.00 sebab dia tak bayar hutang...Cik abang akak bayar sebab takut nama blacklist.bukan tak mampu sebab sekarang ni keta dia menjalar banding dengan keta antik akak tu.

    2) akak jadi penjamin anak saudara Cik abang, masa nak minta jadi penjamin, selalu datang rumah, sekarang bila dah kerja dan hidup senang, rumah akak ni langsung tak dijejakkan kaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.,, kkdg kkwan pun sama...mse susah...merayu mintak tolong, bile senang....ingt kat kita pun x....

      Delete
  10. agak susah klu org suruh jadi penjamin nie..

    melainkan adik beradik sendiri.. tu pon kena tgk keadaan gak.. xsemudah itu je kita nak jadi penjamin kan..

    ReplyDelete
  11. nnt kena monitor2 lah study dia ;)

    ReplyDelete
  12. kalau boleh biar adik beradik...senang sikit agaknya.

    hmmmm....

    ReplyDelete
  13. Semoga hang di permudahkan satu hari nanti....setelah hang mempermudahkan perjalanan org lain...IsyaALLAH...

    ReplyDelete
  14. Bagus2..tolong saudara mara. Insyallah harap2 nanti lps dia habis belajar. Dia bayar dengan baik. Mana tahu tak perlu bayar jika dapat keputusan yang baik. Dpt biasiswa kan..

    ReplyDelete
  15. xde pengalaman jd penjamin..yg dijamin masa belajar dululah

    ReplyDelete
  16. abg dh ada pengalaman dlm bab2 ni..jgn la dok jd penjamin..terok kita nanti

    ReplyDelete
  17. Msti berfikir pnjg namun bersyukur mgkin dwaty dipilih Allah rasa kepercayaan pihak itu pd dwaty.. moga Allah m'permudahkn urusan dwaty akn dtg.. Insya-Allah..Salam Ramadhan bakal mnjelang tak smpai 5 ari lagi... moga kedatangan bulan ni memberi p'hijrahan diri ke arah lebih baik dalam mendapatkan redha Allah dunia dan akhirat :) Insya-Allah.... moga kita dapat bertemu Ramadhan.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ;)

    ReplyDelete
  18. aku pernah jadik penjamin utk study loan....

    serik woooo...malas nak citer panjang, buat sakit hati jer...

    ReplyDelete
  19. lega bila baca komen @nur anis

    @Sue-Rya Qistina... kalau penjamin keta mmg tak kan sudi... hihihi

    tak harap dia balas jasa @KhaiRin : anies... cukupla dia belajar rajin2...

    @Qu azniza ;) tak la terpaksa sangan... cuma tak sampai hati...

    @azi... x bertanggunjawab betulla dia tu... huh... tu yang saya takut kak...

    yup... insyaALLAH @Pokok Manggis Depan Rumah...

    @wahida macam kes berat jer... takutla plak... huhuhu

    @sea_lavender.. salam RAMADHAN...

    ReplyDelete
  20. jamin je la... org nk g belajar.. bukan nya jamin org pg beli kereta pn...
    dpt pahala bantu org nk belajar... amal jariah tu...

    ReplyDelete
  21. Adakah anda memerlukan pinjaman? atau memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan, dan jika ada, sila hubungi kami di: jeffersoncarsonloanfirm@hotmail.com

    nama:
    Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    negeri:
    negara:

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis