dwatyKNY: Kebaikan SUJUD dalam SOLAT..

Friday, September 21, 2012

Kebaikan SUJUD dalam SOLAT..

Assalamualaikum... jumu'ah mubaraka

pakar sains mengatakan SUJUD ketika SOLAT adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah dan kebaikan yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggalkan solat dan mengejar berbuat solat sunat. 


KEBAIKAN BERSUJUD

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6.Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.

15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
sumber
Pen Patah

INFO : minimum bacaan Subhana Robbiyal 'Adzimi pada saat rukuk dan Subhana Robbiyal 'A'la pada saat sujud adalah 3 kali... Menambahkan bacaan lebih dari tiga kali adalah digalakkan, bahkan lebih baik dengan bilangan ganjil iaitu 5, 7, 9 atau 11 kali... 

14 comments:

  1. terima kasih sudi kongsi info nii..

    ReplyDelete
  2. banyaknya kebaikan...
    tq share info.....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, nikmatnya solat, Allah bagi pahala dan juga ada juga manafaat kesihatan. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. terima kasih diatas info dikongsikan.

    ReplyDelete
  5. ya Allah..punyalah banyak kebaikkan yg insan kerdil ni xtau

    tq 4 sharing ya..:)

    ReplyDelete
  6. itulah..setiap perkara yang diperintahkan Allah pasti ada hikmahnya kan?

    ReplyDelete
  7. banyak kebaikannya...setiap yg Allah perintahkan..pasti ada hikmah dan sebabnya.. hanya kita kurang mengetahui kan... byk sungguh nikmatnya...

    ReplyDelete
  8. banyaknya kebaikan yg selama ni tak semua kita sedari....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis