dwatyKNY: 4 golongan lelaki yang ditarik wanita masuk NERAKA

Friday, October 5, 2012

4 golongan lelaki yang ditarik wanita masuk NERAKA

Assalamualaikum....

sedikit perkongsian yang besar maknanya dipagi jumaat ini... 
.................

Seseorang wanita itu apabila di akhirat, dia akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka iaitu :

1. Ayahnya.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuanya tidak menutup aurat. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk si suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila si suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim, Maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, maka dia juga akan ditarik ke dalam neraka oleh adik perempuannya.

4. Anak lelakinya.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Maka tunggulah tarikan si ibu di akhirat kelak.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" 
(Surah At-Tahrim,surah ke 66: ayat 6)

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat tarikannya juga hebat, maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang atau Anak lelaki harus memainkan peranan mereka.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian..


Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

sumber
FACEBOOK

20 comments:

  1. Sebagai anak perempuan, isteri, kakak dan adik perempuan kenalah sayangi lelaki yg mereka ada dgn melakukan suruhan Allah dan tinggalkan yg mungkar..

    ReplyDelete
  2. kalau kita sayangkan mereka, buat yang pahala, tinggalkan yang dosa

    ReplyDelete
  3. betul tu,mesti kita xnk org kita syg masuk neraka...

    ReplyDelete
  4. beratnya tanggungjawab org lelaki

    ReplyDelete
  5. jadi sebagai perempuan, kita kenalah lebih peka agar membuat lebih banyak kebaikan demi mereka yang kita kasihi..

    nice sharing!

    ReplyDelete
  6. insyaAllah.mudah2an kita tergolong dlm golongan yg baik2 saja. amin.. :)

    ReplyDelete
  7. patutlah golongan wanita selalu dipandang mulia........
    mudah-mudahan kita tergolong juga......

    ReplyDelete
  8. banyak lagi kekurangan diri saya yang kena ubah :'(

    ReplyDelete
  9. aduhh takutnya
    bukan mudah tugas lelaki
    harap2 keluarga kita tidak tergolong dari ini ..
    minta dijauhkan

    ReplyDelete
  10. perempuan ni kena jaga, bak akta ustat azhar, kekuatan mereka bukan di kudrat tapi di mulut..

    ReplyDelete
  11. bila kesedaran dan tanggungjawab diri sendiri ada barulah tiada tarik-menarik kan... sama2x kita muhasabah diri...

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah, sama2 kita saling ingat mengingati.

    ReplyDelete
  13. terima kasih ingat mengingati sesama kita disini

    :)

    ReplyDelete
  14. Besar tanggungjawab insan bergelar lelaki ni...sebab tu kalau sayangkan suami, ayah atau abang, kena dengar cakap "depa."..:)

    ReplyDelete
  15. takut nya..besar tanggungjawab ni


    jom p autoshow Gombak .http://gilamodified.blogspot.com/2012/10/autoshow-uptown-sri-gombak-oct-14.html

    ReplyDelete
  16. sayang sangat ngan ayah...nak heret ayah kesyurga....dan hanya ke syurga....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

ShareThis