ketika diumumkan angka yang terkorban semakin bertambah, hatiku jua semakin resah... sama resahnya ketika amaran tsunami dikeluarkan di Perairan Sabah tahun lalu... cuma yang berbeza... ini angkara manusia tapi ia terjadi kerana kehendak ILAHI... seperti negara lain juga, walau seteguh, sekuat dan secanggih mana pun pertahanan sesebuah negara itu... jika ALLAH SWT mengkehendaki ia dicerobohi... maka ia pasti akan tetap diceroboh kerana sesungguhnya ALLAH itu MAHA BERKUASA diatas setiap kejadian...
persoalannya... bila semua ini akan berakhir... walaupun pertempuran berlaku di beberapa buah daerah yang terletak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu... tetapi selagi daerah ini termasuk didalam Negeri Dibawah Bayu... maka haruslah aku risau... keluargaku... rakan2ku... kenalanku... jiran2ku... semuanya ada di merata daerah ini... bagaimanakah keadaan dan perasaan mereka??? hope mereka kuat menghadapi ujian-Mu ini ya ALLAH... Amin...
sebenarnya... aku dah ada beli 1 tiket balik kampung bulan ini... aku beli bukan kerana insiden yang berlaku di Sabah maka aku ingin pulang... tapi sebab aku dah beli tiket ni sejak tahun lalu lagi :) dan aku tetap akan balik coz... aku rindukan kampungku... rindukan keluargaku... lagipun dah ada PROGRAM yang aku rancangkan bila berada di tanah kelahiranku nanti... salah satunya, menghadiri majlis perkahwinan kakak kepada teman baikku... aku berharap semoga majlis ini akan berlangsung dengan meriah dan semoga pencerobohan ini akan cepat berakhir kerana bakal pengantin yakni abang ipar kepada teman baikku ini adalah salah seorang angota polis yang ditugaskan berkawal di LAHAD DATU...
hari ini dah masuk hari ke-3 OP DAULAT... tapi, aku sedih sangat... dalam keadaan sekarang pun masih ada spekulasi... kenapa tak bersatu hati... ini bukan masa untuk berperang mulut... ini masa untuk menghalau penceroboh... bukan duit, tapi nyawa yang jadi taruhan... nyawa rakyat Sabah dan pejuang negara...
siapa betul, siapa dalang... aku dah tak peduli... aku hanya mau sabah kembali aman... Ya ALLAH... bantulah kami...

setuju
ReplyDeletepray for sabah!!
ReplyDeletejgn perang2 doa utk sabah ba
ReplyDeletesemoga negara kita Malaysia terutamanya negeri Sabah sentiasa dilindungiNya. semoga perajurit negara berjaya mempertahankan keamanan negara di sana.
ReplyDelete#letsprayforsabah
yep betull...
ReplyDeleteSungguh itulah harapan rakyat tapi yg duduk nun di atas bagaikan tak memahami. Kuasa mereka mahukan dgn menjadikan nyawa rakyat sebagai taruhan. Sedih.
ReplyDeleteBersama kita berdoa moga semuanya segera setel.
dwaty..
ReplyDeleteakak setuju..semuanya memang ketentuan Allah ..semoga keadaan akan menjadi tenang seperti sediakala...
semoga kemulut diSabah akan kembali aman.
ReplyDeleteHarap2 cepat2 la pulih, sebab date saya nak ke Sabah sudah hampir ni
insyaALLAH TP... tak puas erk jenjalan kat SABAH :)
Deletedatang jangan tak datang...
harap takde perkara lebih buruk terjadi..
ReplyDeletesentiasa mendoakan semua di sana..
ReplyDeletedwaty, saya pun nak balik sabah minggu dpn
hati berbelah bagi. risau, takut, tp saya tetap akan balik.
memula tu hati berbelah bagi gak... tapi... saya nekad balik juga... coz, family kat sana... insyaALLAH semua ok...
Deletesaya juga tumpang sedih dgn apa yang berlaku
ReplyDeletesemoga Sabah kembali aman seperti selalu
banyakkan doa ya dwaty.
Aminn...
ReplyDeletemoga cpt2 aman kembali.amin
ReplyDeleteaamiin
ReplyDeletemoga pihak keselamatan dpt mengawal keamanan di sabah
sian jgk tgk penduduk yg kena berpindah
semoga sabah aman mcm dulu..
ReplyDeleteYezaaa.. Setuju.. =)
ReplyDeletei like 23..x
ReplyDelete