dwatyKNY: FLIGHT AIR ASIA RESCHEDULE?? JANGAN PANIK.. ADA PENYELESAIANNYA

Tuesday, September 17, 2019

FLIGHT AIR ASIA RESCHEDULE?? JANGAN PANIK.. ADA PENYELESAIANNYA


السلام عليكم
Assalamualaikum W.B.T


Straight to the point... Pernah tak terjadi flight yang korang booking telah diubah masanya?? Benda ni akan jadi kalau time tu flight tak penuh atau masa penerbangan dijadualkan semula atau mungkin atas sebab-sebab tertentu...

Pengalaman aku... dah banyak kali kena dengan AIR ASIA... kenapa Air Asia?? sebab kapal Air Asia yang banyak kali bawa aku terbang balik kampung... hihihi... so pengalaman pertama kali flight aku di reschedule... seriously aku panik... aku booking waktu petang... sekali kena ubah waktu pagi... dia punya pagi... awal pagi... maunya aku tak panik... dengan aku takde transport nak ke KLIA2... tak pasal2 boleh tertinggal flight... huhu

For your information.. Air Asia akan sms dan emel untuk sebarang perubahan tiket flight... once aku dapat SMS tu... aku terus tanya member kot2 pernah terkena... dan solution yang aku dapat... pergi KLIA2 untuk ubah semula... maka pergillah aku ke KLIA2 kaunter service... Alhamdulillah berjaya diubah semula tanpa sebarang charge...

Kali ke-2 aku terkena... aku dah mula pikir... takkan aku kena pergi KLIA lagi... penat... rugi duit... rugi masa... so aku decide untuk call service center... Alhamdulillah... berjaya ubah semula ikut flight yang aku nak tanpa sebarang charge dan kos pengangkutan...

Kali ketiga aku terkena lagi... aku malas nak call service centre sebab No hotline tak jumpa... aku goggle sana sini.. last2 aku jumpa satu blog ni cara untuk ubah flight reschedule secara online... rupanya ada cara lagi mudah tanpa perlu ke KLIA atau call... yang ni aku nak share dengan you all.

Step pertama... bila korang dapat Notice flight reschedule... seperti dibawah... korang tengok dulu perubahan itu... kalau bagi korg takda masalah... abaikan... nanti pihak Air Asia sendiri akan call korang untuk dapatkan pengesahan yang korang tiada masalah dan bersetuju dengan perubahan itu..

Tapi sekiranya flight baru tidak sesuai dengan masa dan keadaan... korang boleh mohon semula kepada Air Asia untuk ubah ke tarikh atau masa yang korang inginkan secara online dengan mengisi >>>> eform custom contact support Air Asia

Caranya sangat mudah... lengkapkan eform seperti dibawah... pastikan NAMA, NO BOOKING, EMEL, NO HP diisi dengan betul... dekat ruangan komen tulislah apa yang korang nak ubah... tapi jangan mengarang plak... just explain yang mudah dipaham... tak reti berbahasa inggeris... korang taiplah dalam Bahasa Malayu... takde masalah... dah siap isi borang submit.. No Case akan dihantar melalui emel... sekiranya terdapat persoalan.. pihak Air Asia akan emel korang atau akan call korang untuk dapatkan butiran Flight... so please standby... dalam tempoh kurang 24 jam... korang akan dapat itinerary baru atau korang boleh cek sendiri dekat Air Asia - My Booking... Settle...


Now aku nak share Perkara yang perlu korang tahu jika flight di reschedule..

1. Korang boleh ubah semula mengikut tarikh atau masa yang korang nak... tarikh boleh pilih untuk tempoh sebulan dari tarikh asal flight... salah satu perubahan yang pernah aku buat... masa aku booking flight... aku nak hari jumaat malam tapi biasalah tiket mahal sebab esoknya weekend... so aku terpaksa pilih hari khamis yang lagi murah tapi kena apply cuti sehari... dipendekkan cerita flight aku reschdule... aku mohon untuk ubah dan aku pilih hari jumaat malam seperti yang aku nak sebelum ini... Alhamdulillah... kalau dah rezeki tak kemana..

2.  Perubahan hanya boleh dibuat SEKALI sahaja... so jangan salah buat pilihan... rancang sebelum buat pilihan... pilihlah dengan betul...

3.  Air Asia akan reply dengan cepat iaitu kurang 24jam dan biasanya korang akan dapat flight yang korang nak...

4.   Selain ubah semula tarikh/masa.. korang juga boleh minta refund... untuk refund kita cerita lain hari...

Psssttt : Semoga perkongsian ini membantu korang semua :)

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

ShareThis